Suami Zeti Nafi Pernah Terima Rasuah Tak Kenal Tim Leissner


 
Suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz hari ini melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan berkaitan rasuah yang dibuat Tim Leissner terhadapnya.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini, Tawfiq Ayman menolak dakwaan dalam keterangan bekas pengerusi bank Goldman Sachs itu di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York itu. 
Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan mahkamah berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat yang sedang dijalankan terhadap seorang lagi bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng.
“Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat terhadap saya oleh Tim Leissner yang telah dilaporkan media.
“Saya tidak mengenali Tim Leissner atau Roger Ng dan saya tidak pernah bertemu (dengan mereka), mahupun pernah berkomunikasi dengan salah seorang daripada mereka.
“Saya ingin menyatakan bahawa sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada sesiapa.
“Memandangkan perbicaraan sedang berjalan di New York, saya telah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan lanjut kerana ia mungkin boleh menyebabkan subjudis.
“Kami akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap kenyataan yang dibuat terhadap saya,” kata Tawfiq.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh peguamnya daripada Tetuan Jagjit Ariff & Co, yang juga disahkan oleh rakan kongsi firma guaman itu Wan Muhd Ariff Ameer.
Semalam, Leissner, dalam keterangannya menyebut “rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara”.
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.
Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.
Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng – orang bawahan Leissner pada masa itu – bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.
Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura memulangkan semula dana ke Malaysia sejumlah AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.
Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.
SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/611912


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/suami-zeti-nafi-pernah-terima-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Zeti Seumur Hidup Saya Tak Pernah Makan Rasuah

Suami Zeti Seumur Hidup Saya Tak Pernah Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 273 hits
Hidir Reduan Abdul RashidSuami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz hari ini melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan berkaitan rasuah yang dibuat Tim Leissner terhadapnya Dalam kenyataan kepada Malaysiakini pagi ini Ta...
Selepas Skandal Dengan Ceo Media Didedah Rasuah Melibatkan Suami Zeti Pula Disebut Di Mahkamah As

Selepas Skandal Dengan Ceo Media Didedah Rasuah Melibatkan Suami Zeti Pula Disebut Di Mahkamah As

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 549 hits
Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York menyebut rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara Bagaimanapun dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suap...
Siasatan Terhadap Suami Zeti Belum Selesai Kerana Sempadan Singapura Tutup Kata Mas Ermieyati

Siasatan Terhadap Suami Zeti Belum Selesai Kerana Sempadan Singapura Tutup Kata Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 276 hits
freemalaysiatoday com March 1 2022 8 00 PMTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mas Ermieyati Samsudin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 14 Okt 2021 dan 7 Dis 2021 PETALING JAYA Polis tidak dapat ...
Gempar Tim Leissner Mengaku Bantu Curi Berbillion Dollar Dana 1mdb

Gempar Tim Leissner Mengaku Bantu Curi Berbillion Dollar Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 512 hits
February 26 2022 Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner yang mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1 Malaysia Development Berhad memberi keterangan dia turut mencuri puluhan juta dolar daripada rakan jenayah dalam p...
Bila Suami Zeti Akan Dikenakan Tindakan

Bila Suami Zeti Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 197 hits
Ahli parlimen Subang Wong Chen mempersoalkan mengapa kerajaan masih belum mengambil tindakan terhadap bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya Kenyataan itu hadir selepas bekas pengerusi Goldman Sachs Tim Leissner menyentu...
Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 239 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2022 8 16 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan Pa...
Tim Leissner S Testimony Being Further Investigated

Tim Leissner S Testimony Being Further Investigated

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 235 hits
In his testimony it was reported that Leissner told the US court that former Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz s husband Datuk Tawfiq Ayman was bribed to facilitate BNM approving an overnight foreign exchange transfer o...
The 3 Well Connected Muslim Women Tim Leissner Claims To Have Banged

The 3 Well Connected Muslim Women Tim Leissner Claims To Have Banged

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 306 hits
In a recent court proceeding Goldman Sachs former Southeast Asia Chief Tim Leissner revealed that he had affairs with a few very well connected and powerful Muslim women in Malaysia The man at the centre of the 1MDB corruption trial had zoo...
Anak Najib Akhirnya Mengaku Tim Leissner Bantu Dapatkan Kerja Pelatih Di Firma London

Anak Najib Akhirnya Mengaku Tim Leissner Bantu Dapatkan Kerja Pelatih Di Firma London

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 286 hits
February 25 2022 Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Nooryana Najwa Najib mengakui bahawa ada cuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs sebelum ini Malah dia juga sempat bertemu dengan profesional perbankan kanan seperti ...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk