Meski Watak Utama Nama Lee Jihoon Tidak Disebut Langsung Di Sidang Media Sponsor
Merupakan pelakon utama, menghairankan apabila pihak drama “Sponsor” sepertinya menolak ketepi Lee Ji-hoon kini.
Terbaru, nama lelaki itu langsung tidak disebut semasa sidang media “Sponsor” yang berlangsung pada pagi tadi.
Meskipun Lee Ji-hoon mengumumkan sebelum ini bahawa dia tidak dapat menghadiri acara promosi berkenaan kerana mempunyai komitmen lain, namun netizen berasa pelik apabila tiada siapa yang menyebut mengenainya langsung.
Dihadiri oleh pelakon lain seperti Han Chae-young, Koo Ja-sung dan Ji Yi-soo, kelibat lelaki tersebut hanya kelihatan dalam trailer drama yang dimainkan.
Bahkan pihak produksi sepertinya berjaga-jaga mengenai kontroversi yang menimpa apabila meninggalkan pesanan ini semasa awal sidang media,
Kami hanya akan bercakap mengenai kandungan yang berkaitan drama ini sahaja.
Kontroversi bermula apabila rakan Lee Ji-hoon dikatakan membuat hal di set penggambaran “Sponsor” apabila bergaduh dengan salah seorang kru. Walaubagaimanapun, Lee Ji-hoon sudah pun menjelaskan salah faham yang timbul dan telah berbaik dengan kru yang terlibat.
Tak lama kemudian, timbul pula cerita bahawa pelakon itu tidak sebulu dengan penulis asal drama berkenaan hingga menyebabkan penulis asal dan beberapa staf lain digantikan dengan yang baru. Katanya, Lee Ji-hoon tidak berpuas hati dengan jumlah babak yang melibatkannya. Pun begitu, hal tersebut telah diselesaikan antara mereka dan lelaki itu sekali lagi memohon maaf.
“Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan.
Hmmm.. pelik kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/meski-watak-utama-nama-lee-jihoon-tidak-disebut-langsung-di-sidang-media-sponsor/