Peralihan Kuasa Selepas November 2020 Sukar Diterima Dibimbangi Selesai Sidang Apec Alasan Lain Pula Dicipta




Kebimbangan banyak pihak selama ini bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang pernah dijanjikan sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad, nampaknya hampir pasti menjadi kenyataan.

Sebaliknya, kebimbangan banyak pihak bahawa Perdana Menteri tertua itu akan terus berdolak dalik dan mencipta pelbagai alasan untuk melewat-lewatkan peralihan kuasa, sudah pun sekarang ini menjadi kenyataan.

Dalam kenyataan terbaru melalui interbiunya dengan Reuters, Perdana Menteri berkata, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tempatnya hanya akan berlaku selepas November 2020.

Tun Mahathir memberi alasan bahawa beliau perlu menyelesaikan urusan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC di mana Malayia menjadi tuan rumah pada November 2020 terlebih dahulu.

“Saya berjanji menyerahkan kuasa dan saya akan kotakannya, tetapi saya rasa perubahan segera sebelum Sidang APEC akan menimbulkan gangguan.

“Setakat yang saya tahu, saya akan berundur dan menyerahkan kuasa kepadanya. 

“Jika rakyat tidak mahu dia, itu hal mereka, tetapi saya akan kotakan janji saya. 

“Tidak kira apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya,” demikian kata Tun Mahathir menegaskan tentang tempoh terbarunya melakukan peralihan kuasa, sekaligus mengesahkan dolak dalik pendiriannya.

Sesungguhnya, tindakan Tun Mahathir memanjangkan lagi tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri dan memungkiiri janji yang pernah dilafazkannya sendiri bahawa hanya mahu dua tahun memegang jawatan itu, adalah sesuatu yang sukar diterima.

Ini kerana Sidang APEC pada November 2020 itu bukanlah penting sangat untuk Tun Mahathir terus berada di jawatan Perdana Menteri pada ketika itu memandangkan Malaysia sudah pun pernah menjadi tuan rumah pada 1998 dahulu.

Apa yang istimewanya lagi  Sidang APEC itu kepadanya, walhal ia adalah kali kedua Malaysia menjadi tuan rumahnya?

Bukankah yang paling istimewa ialah menjadi tuan rumah buat kali pertama pada 1998 dahulu?

Dua kali menjadi tuan rumah Sidang APEC dan keinginan berada di kedua-duanya dengan jawatan Perdana Menteri tidak lain hanyalah untuk menunjuk-nunjuk kepada dunia dan memenuhi keegoan sendiri semata-mata.

Malah, kalau mahu dikira istimewa, Sidang APEC kali kedua itu lebih penting buat Anwar sebagai Perdana Menteri baru yang pertama kali menjadi tuan rumah kepada delegasi dunia.

Maka itu, kalaulah Tun Mahathir merasakan peralihan kuasa yang segera atau pada Mei 2020 akan menimbulkan gangguan kepada Sidang APEC itu, beliau sepatutnya menyegerakan lagi tarikh pengundurannya kepada Februari atau Mac 2020., bukan melewat-lewatkannya.

Begitu pun, meski Tun Mahathir menyebut hanya selepas November 2020 baru ada peralihan kuasa, hakikatnya tidak banyak pihak yakin dengan kata-katanya itu.

Rekod bellau berdalik-dalik, mungkir janji dan melakukan pusingan U selama ini terlalu banyak untuk kata-katanya yang terbaru ini boleh dijadikan sandaran yang kukuh.

Tidak mustahil selepas Sidang APEC nanti, ada alasan lain pula yang dicari atau sengaja dicipta untuk terus melewat-lewatkan lagi peralihan kuasa.

Selagi tidak ditetapkan tarikh yang khusus, bilakah sebenarnya Tun Mahathir benar-benar sedia mahu menunaikan janji peralihan kuasa itu?

Apakah beliau menunggu malaikat maut menjadi penentunya? (ShahbudinHusin 11/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/peralihan-kuasa-selepas-november-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Sidang Apec November 2020 Apakah Ketika Itu Anwar Sudah Dipenjara

Menjelang Sidang Apec November 2020 Apakah Ketika Itu Anwar Sudah Dipenjara

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 381 hits
Dalam interbiu dengan Reuters meskipun Tun Mahathir Mohamad seperti menunjukkan keikhlasannya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas Sidang APEC pada November 2020 beliau bagaimanapun agak berbelit di hujung k...
Selepas Kalah Teruk Di Tg Piai Tun M Tak Sepatutnya Melewatkan Lagi Peralihan Kuasa

Selepas Kalah Teruk Di Tg Piai Tun M Tak Sepatutnya Melewatkan Lagi Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 268 hits
Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020 tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu Sebaliknya lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pe...
Selepas Pisang Seni Durian Dilekat Pada Dinding Pula

Selepas Pisang Seni Durian Dilekat Pada Dinding Pula

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 404 hits
Durian Tape to White Wall cuba meniru karya seni pisang hasil cetusan idea artis dari Perancis SINGAPURA Durian Tape to White Wall cuba meniru karya seni pisang hasil cetusan idea artis dari Perancis Jika karya seni pisang dilekatkan pada d...
Anwar Mampu Kendalikan Persidangan Apec November Nanti

Anwar Mampu Kendalikan Persidangan Apec November Nanti

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 250 hits
Anwar bukan baru di dalam politik Anwar lama menjadi TPM dan pernah memangku tugas PM Itu semua Tun M tahu kerana ia berlaku di era Tun M jadi PM ke 4 Mengendalikan Persidangan APEC bukanlah sukar sangat jauh lebih sukar mengendalikan Sukan...
Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

Dr M Ulangi Lepas Jawatan Selepas Selesai Masalah Tinggalan Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 256 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selepas menyelesaikan masalah masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu Saya telah berjanji bahawa saya akan melepaskan jawatan seba...
Kpk Tanggapi Pkpu Luluskan Eks Koruptor Maju Pilkada 2020 Enggak Ada Yang Lain

Kpk Tanggapi Pkpu Luluskan Eks Koruptor Maju Pilkada 2020 Enggak Ada Yang Lain

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 227 hits
Komisi Pemilihan Umum menerbitkan Peraturan KPU berkaitan dengan Pilkada 2020 Dalam PKPU tidak dicantumkan larangan mantan koruptor maju dalam pilkada
Tetapkan Tarikh Serah Kuasa Dan Krisis Akan Selesai

Tetapkan Tarikh Serah Kuasa Dan Krisis Akan Selesai

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 326 hits
Sama ada memang dirancang atau hanya kebetulan semakin hari krisis yang berlaku dalam PKR ternampak lebih mempunyai satu tujuan menggagalkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad Tetapi jika diimba...
Gugatan Uu Kpk Tak Diterima Karena Salah Nomor Ini Penjelasan Kuasa Hukum

Gugatan Uu Kpk Tak Diterima Karena Salah Nomor Ini Penjelasan Kuasa Hukum

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 241 hits
Majelis Hakim Mahkamah Konstitusi tidak menerima uji materi terhadap Undang undang Nomor 19 Tahun 2019 tentang perubahan kedua atas Undang undang Nomor 30 Tahun 2002 tentang Komisi Pemberantasan Korupsi yang diajukan oleh 18 mahasiswa
Selepas Bn Umno Kerajaan Ph Salahkan Penjawat Awam Pula

Selepas Bn Umno Kerajaan Ph Salahkan Penjawat Awam Pula

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 277 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization