Selepas Hadi Tuan Ibrahim Pula Mengaku Diberi Tawaran Nampaknya Usaha Memikat Pas Bukan Main Main




Aduhhh….kini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengaku beliau dihubungi oleh seseorang untuk mengajak parti Islam itu menyertai kerajaan perpaduan.


Tuan Ibrahim berkata, tawaran itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu sendiri dengannya.


“Pertama saya sahkan apa yang dinyatakan oleh Presiden (Hadi Awang) sebelum ini, bahkan mereka (wakil kerajaan perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.


“Namun, kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi,” katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian.


Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang mendedahkan beliau dihubungi berkali-kali oleh orang tertentu untuk menawarkan parti itu menyertai kerajaan perpaduan.


Hadi bagaimanapun menolak tawaran tersebut dengan alasan Pas mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling banyak sekali, dengan itu mahukan peranan yang lebih, termasuk mengetuai kerajaan, jika penyertaan Pas ingin dijadikan kenyataan.


Dengan dua pemimpin tertinggi Pas sekarang secara terbuka mengaku dihubungi dan ditawarkan untuk menyertai kerajaan, ini bermakna usaha ke arah itu bukan perkara main-main.


Bersungguh-sungguh nampaknya kerajaan perpaduan ini mahu memikat Pas dan tidak mustahil, ada pemimpin lain juga turut dihubungi dan diberikan tawaran.


Tidak mungkin Hadi dan Tuan Ibrahim sengaja mereka-reka cerita, berbohong atau mengalami halusinasi berhubung kemasukan ke dalam kerajaan perpaduan.


Yang nyata, ada pihak tertentu dalam kerajaan ini yang begitu bersungguh-sungguh dan amat tertarik hati untuk membawa Pas menyertai kerajaan perpaduan, meskipun majoriti sedia ada sudah pun cukup kukuh.


Siapakah mereka itu?


Sebagaimana desakan sebelum ini agar Hadi mendedahkan siapakah orang yang menghubunginya itu, tuntutan yang sama juga kali ini ditujukan kepada Tuan Ibrahim.


Beliau mesti berani mendedahkan siapa wakil kerajaan yang bertemu sendiri dengannya itu.


Kalau berani mengakui telah ditemui, bahkan sudah menolak tawaran tersebut, tiada sebab Tuan Ibrahim harus menyembunyikan lagi identiti orang berkenaan.


Pun begitu, lebih budiman lagi sebenarnya jika wakil kerajaan perpaduan yang menghubungi dan membuat tawaran kepada Hadi dan Tuan Ibrahim itu sendiri yang mendedahkan identiti dirinya.


Tiada guna lagi beliau berdiam diri atau menyembunyikan diri kerana misi tersebut – sekurang-kurangnya setakat ini – adalah dikira sudah tidak berjaya.


Kalau Pas menerima tawaran itu, tidak mungkin Hadi dan Tuan Ibrahim secara terbuka mengumumkan penolakan serta ingin terus kekal bersama PN.


Lagi pula, lambat laun nanti, identiti mereka akan tersedah dan diketahui ramai juga akhirnya. – ShahbudinHusin 30/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/selepas-hadi-tuan-ibrahim-pula-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua hari Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi ...
Kerja Sia Sia Tawar Pas Sertai Kerajaan Tapi Elok Jika Hadi Dapat Dedahkan Siapa Yang Membuat Tawaran Berkenaan

Kerja Sia Sia Tawar Pas Sertai Kerajaan Tapi Elok Jika Hadi Dapat Dedahkan Siapa Yang Membuat Tawaran Berkenaan

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 211 hits
Semalam Presiden Pas Hadi Awang mendedahkan beliau telah dihubungi beberapa kali oleh orang tertentu yang menawarkan parti itu untuk menyertai kerajaan perpaduan Namun demikian Hadi jelas keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana men...
Ha Ha Ha Dah Cukup Jomlah Tawaran Sertai Kerajaan Dibuat Selepas Pru15 Kata Hadi

Ha Ha Ha Dah Cukup Jomlah Tawaran Sertai Kerajaan Dibuat Selepas Pru15 Kata Hadi

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 232 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan tawaran kepada partinya untuk menyertai kerajaan perpaduan dibuat selepas berakhirnya PRU15 Ahli Parlimen Marang itu berkata tiada tawaran yang dibuat selepas itu selepas P...
Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 326 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk m...
Pas Info Chief Claims Kit Siang Made Govt Offer Tuan Ibrahim Says Otherwise

Pas Info Chief Claims Kit Siang Made Govt Offer Tuan Ibrahim Says Otherwise

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 224 hits
PAS today claimed that it was DAP veteran Lim Kit Siang who offered the Islamist party to join the coalition government In a statement PAS information chief Khairil Nizam Khirudin claimed that Lim had made the offer because the ruling coali...
Pas Sarawak Beritahu Hadi Jangan Tolak Dulu Bincang Dengan Pn

Pas Sarawak Beritahu Hadi Jangan Tolak Dulu Bincang Dengan Pn

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 174 hits
Amirul FaizPETALING JAYA Tawaran orang tertentu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk bekerjasama dalam kerajaan perpaduan perlu dibincang Perikatan Nasional kata pemimpin negeri Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berpandangan tawar...
Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 173 hits
agendaily com01 06 2023Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional dijangka tidak terhenti dan akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Negeri nanti kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man T...
Imam Meninggal Dunia Rebah Selepas Set Pertama Main Badminton

Imam Meninggal Dunia Rebah Selepas Set Pertama Main Badminton

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 166 hits
Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru Nur Nikman Yusof meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi dekat Kampung Abdullah di sini malam tadi Menurut laporan Berita Harian Allahyarham yang juga mantan Imam Masjid Bandar...
Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

Pas Chief Hadi Unable To Justify Hate Speech Against Dap Kit Siang Reminds Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 219 hits
Lim Kit Siang said that Abdul Hadi had failed to substantiate his seven wild and preposterous allegations against DAP and him for as long as six months File picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR May 26 Lim Kit Siang today said that Parti Pri...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Kesilapan Utama Owner Homestay Yang Sering Berlaku

Bila Dah Kahwin Mulut Jangan Puaka Suami Isteri Bergaduh Bila Suka Cakap Lepas

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Ini Kata A Kadir Jasin

Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun