Selepas 80 Hari Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat



Akhirnya selepas 80 hari masjid di tutup bagi seluruh Malaysia termasuk di Pahang, akhirnya hari ini (jumaat) Masjid Temerloh Jaya dibenarkan beroperasi bagi melakukan ibadah Solat Jumaat untuk julung kalinya sepanjang PKP dan PKPB.

Sejak 18 Mac 2020, semua rumah ibadah ditutup termasuk masjid kerana penularan COVID-19 berlaku di seluruh Malaysia. Sejurus itulah arahan dikeluarkan bagi lakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kita semua diarahkan untuk duduk di rumah sahaja termasuklah tidak dibenarkan melakukan solat jemaah di Masjid.

Masjid telah dibuka secara berperingkat bagi seluruh Malaysia bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula iaitu sekitar 4 Mei yang lepas. Sejak itulah, setiap negeri dibenarkan beroperasi tetapi dengan syarat dan operating procedure yang ketat telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.


Pelaksanaan Solat Jumaat Di PahangPelaksanaan Solat Jumaat agak menarik sebenarnya berbanding pelaksanaan di negeri lain. Ini kerana jumlah jemaah yang dibenarkan tidak terhad kepada 12, 30 atau 40 orang sebaliknya mereka bebas mengikut kapasiti masjid tetapi SOP mesti dipatuhi. Di Pahang, ianya bermula seawal 15 Mei dahulu dengan tempoh percubaan bermula di Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Indera Mahkota dan Masjid Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu

Selepas itu, barulah dibuka secara berperingkat kepada daerah lain dalam Pahang dan akhirnya termasuklah di Temerloh iaitu Masjid Temerloh Jaya. Kebenaran ini bukanlah sekadar tunggu giliran, tetapi ianya mestilah mendapat kebenaran daripada pihak KKM dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sendiri selepas meneliti semua langkah yang ditetapkan telah dipenuhi dengan baik dan cemerlang

Panduan SOP Solat Jumaat Bagi Negeri PahangPanduan SOP Solat Jumaat ini dikeluarkan oleh pihak JAIP dengan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
1.   Kebenaran hanya diberikan kepada mereka berumur 15-70 tahun sahaja
2.   Dikehendaki mendaftar dan menerima jemputan untuk melakukan Solat Jumaat. Kaedah terserah kepada pihak Masjid sendiri sebagai rekod kehadiran

3.   Dikehendaki memasuki masjid dalam tempoh 1 jam sebelum azan dilaungkan

4.   Perlu beratur sebelum masuk ke masjid dan mematuhi penjarakkan sosial. Anda mestilah dalam keadaan sihat tubuh badan dan tiada simptom COVID19

5.   Perlu bawa bukti yang anda telah diterima permohonan bagi tujuan rekod kehadiran

6.   Perlu memakai face mask serta datang ke masjid dalam keadaan berwuduk dan membawa sejadah sendiri

7.   Guna hand sanitizer terlebih dahulu selepas pendaftaran
Solat Jumaat Masjid Temerloh Jaya
Selepas 11 minggu, penduduk Temerloh Jaya khususnya tidak dapat melakukan Solat Jumaat, akhirnya pada 5 Jun 2020 (Jumaat), Masjid Temerloh Jaya (MTJ) buat pertama kali menyampaikan khutbah di mimbar masjid dan bersama-sama melakukan Solat Jumaat bersama lebih 60 ahli qariah yang menjadi makmum pada hari tersebut.


Jemaah mestilah terdiri daripada ahli qariah MTJ tersebut dan mestilah mendaftar lebih awal bagi mendapat giliran bagi melakukan Solat Jumaat. Selepas mendapat kebenaran, jemaah mesti sampai ke masjid awal satu jam bagi memudahkan segala SOP yang ditetapkan seperti semak suhu badan, dapatkan petak kawasan bagi lakukan solat, pendaftaran dan sebagainya

Alhamdulillah, pada hari pertama, segala SOP diikuti dengan cemerlang oleh qariah MTJ sendiri. Mereka datang dalam keadaan sihat, bawa sejadah sendiri, ambil wuduk terlebih dahulu di rumah, ikuti segala arahan pergerakan yang ditetapkan dan akhirnya berdedar selepas selesai lakukan Solat Jumaat.


Masjid Temerloh Jaya (MTJ) sebelum ini pernah digelar sebagai masjid viral dimana setiap hari para jemaah berpusu-pusu memenuhi setiap ruang di dalam masjid itu untuk melakukan solat fardhu terutamanya solat subuh. 
BACA : Apa Rahsia Ramai Jemaah Solat Di Masjid Temerloh Jaya Setiap Kali Waktu Solat

Dengan keadaan isu pandemik ini dan masjid ditutup, pasti ramai antara ahli jemaah tetap di MTJ berasa rindu untuk solat beramai-ramai di masjid tersebut. Selepas 18 Mac 2020 yang lepas, mereka hanya lakukan solat jemaah di rumah masing-masing sahaja.


Pastinya dengan kebenaran awal ini, dapat menghilangkan rindu para jemaah untuk terus melakukan solat jemaah 5 kali sehari di masjid. Inilah antara norma baharu yang perlu kita hadapi selepas ini terutamanya bagi melakukan solat jemaah di masjid
Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa MTJ yang bertungkus lumus bagi menjayakan dan memenuhi segala SOP yang telah ditetapkan

Apa-apapun, koi dah daftar, nok juga solat jumaat sini. Tunggu giliran la yek. Dah 11 kali kot tak Solat Jumaat ini. Fuhh~ 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/06/masjid-temerloh-jaya-lakukan-solat-jumaat-semasa-pkpb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Semua Masjid Telah Dibenarkan Untuk Mendirikan Solat Jumaat Bermula Esok

Alhamdulillah Semua Masjid Telah Dibenarkan Untuk Mendirikan Solat Jumaat Bermula Esok

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 381 hits
Alhamdulillah hari ini bersamaan 11 Jun 2020 hari Khamis menyaksikan Jakim telah mengeluarkan arahan kebenaran untuk solat Jumaat di semua masjid di Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia Namun begitu setiap masjid perlu mematuhi sop yang tel...
6277 Buah Masjid Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Di Seluruh Negara

6277 Buah Masjid Dibuka Secara Bersyarat Untuk Solat Jumaat Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 382 hits
Setelah hampir dua bulan masjid dan surau ditutup bagi membendung COVID 19 daripada terus menular kepada aktiviti yang dilakukan secara berjemaah kini umat Islam dibenarkan untuk melakukannya secara berperingkat Bermula pada minggu lepas be...
Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

Solat Berjemaah Jumaat Hanya Rakyat Malaysia Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 427 hits
PUTRAJAYA Hanya rakyat Malaysia dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid masjid yang diberi kebenaran untuk dibuka semula Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu setakat ini warga asing masih belum d...
Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 457 hits
Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam ker...
Solat Jumaat Menggunakan Borang Jemputan Ajk Masjid Pilih Kroni

Solat Jumaat Menggunakan Borang Jemputan Ajk Masjid Pilih Kroni

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 555 hits
Alhamdulillah bermula hari ini Jumaat pertama PKPP yang mana semua masjid di seluruh negara telah dibenarkan beroperasi untuk solat Jumaat dan solat fardu dengan sop yang ketat dari kerajaan negeri masing masing Pelbagai kaedah dan cara dig...
Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

Semua Masjid Patuh Sop Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 302 hits
Semua masjid yang dibenarkan beroperasi di negeri ini sejak minggu lalu mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menyediakan cecair sanitizer dan pemeriksaan suhu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata po...
Selepas Hampir Tiga Bulan Ditutup Banyak Masjid Surau Kini Sudah Dibuka

Selepas Hampir Tiga Bulan Ditutup Banyak Masjid Surau Kini Sudah Dibuka

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1148 hits
KUALA LUMPUR Setelah hampir tiga bulan ditutup akhirnya masjid dan surau di kebanyakan negeri berstatus hijau kembali dibuka semalam membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu Sudah tentu ia adalah saat yang ...
Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 351 hits
Kerajaan membenarkan semua masjid surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat dan berjemaah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan dengan kapasiti jemaah diluaskan kepada satu perti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu