Satu Pertiga Jemaah Dibenar Solat Jumaat Di Masjid Surau Di Zon Hijau Wp


Shakira Buang
Kerajaan membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan (WP) berstatus zon hijau menunaikan solat Jumaat dan berjemaah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dengan kapasiti jemaah diluaskan kepada satu pertiga daripada kapasiti penuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad berkata, perkara itu diputuskan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengangkat sembah cadangan Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di Wilayah Persekutuan.
"Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan titah perkenan bagi cadangan tersebut.
"Bagi Wilayah Persekutuan, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama.
"Ini bermula dengan solat Jumaat pada 12 Jun 2020 bersamaan 20 Syawal 1441H.
"Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 333 orang buat masa ini," katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau juga boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat.
“Sistem penggiliran atau apa-apa cara yang sesuai pada hemat jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak kariah lain untuk hadir.
“Kapasiti akan ditambah secara berperingkat dengan makluman dari semasa ke semasa atas nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Selain itu, Zulkifli juga mengumumkan bahawa muslimah dibenarkan ke masjid dan surau dengan syarat ditemani mahram.
Bagi warga emas pula, tidak ada had umur ditetapkan, namun perlu memiliki kesihatan yang baik.
Bagaimanapun, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan jemaah yang bergejala serta menghidap penyakit kronik, masih tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau buat masa ini.
“Masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan ‘rider’ perkhidmatan e-hailing.
“Kuliah Maghrib dan kuliah Subuh boleh dijalankan semula dengan mematuhi beberapa syarat, iaitu kuliah Maghrib dihentikan sebaik sahaja masuk waktu Isya.
“Manakala kuliah Subuh boleh berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit sahaja. Saya juga ingin mengingatkan jawatankuasa masjid, surau Jumaat dan surau bahawa jamuan makan selepas kuliah adalah tidak dibenarkan pada masa ini,” katanya.
Penjarakan sosial

Zulkfili turut mengingatkan jemaah yang akan menunaikan solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan surau untuk melaksanakan penjarakan sosial di dalam dan di luar masjid, dengan jarak sejauh 1 meter antara satu sama lain.
“Jemaah wajib memakai pelitup muka. Semua ahli jemaah hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid.

"Jika wuduk terbatal, anda dibolehkan untuk mengambil wuduk di pili air ditetapkan sahaja. Penggunaan kolah tidak dibenarkan.
“Jemaah juga perlu terus bersurai dalam keadaan tenang serta tidak bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau. Bahkan tidak ada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat, sama ada di dalam atau di luar masjid,” katanya.
Jelasnya lagi, pihak berkuasa agama negeri turut diminta mengambil serius beberapa perkara seperti mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah.
“Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
“Bahkan kehadiran hendaklah direkodkan di dalam buku kehadiran atau aplikasi yang disediakan pihak jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau.
“Bukan itu sahaja, pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan,” katanya.
Bukan warganegara akan dibenarkan sikit masa lagi

Sementara itu, Zulkifli sekali lagi menggunakan nama gelaran 'Pok De dan Mok De' bagi menyampaikan nasihat.
Namun, kali ini Zulkifli meminta Mok De mengingatkan Pok De bahawa kuliah Subuh dan Maghrib kini telah mula diadakan kembali di surau-surau dan masjid.
"Sepanjang tempoh PKP dan PKPB, mungkin Pok De memenuhi masa lapang dengan mendengar ceramah saya melalui Spotify dan Youtube.
"Mok De boleh ingatkan Pok De yang Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh telah mula diadakan kembali.
"Selesai solat, Pok De dan Mok De bolehlah bersedekah barang seringgit dua bagi tabung masjid. Moga-moga berkat hidup Pok De sekeluarga," katanya lagi.
Menyentuh soal kebenaran bersolat bagi bukan warganegara, Zulkifli memberi jaminan bahawa mereka akan dapat mengimarahkan masjid dan surau di negera ini sedikit masa lagi.
"Bagi bukan warganegara, sejujurnya saya amat mengasihi anda semua. Tidak ada kasta dan darjat yang memisahkan manusia dalam Islam.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, tidak ada sekelumit pun niat dalam hati kami untuk menidakkan hak anda untuk beribadah bersama-sama kami di rumah Allah SWT.
"Bukan warganegara tetap saudara seagama yang berpayung di bawah kalimah syahadah yang sama. Buktinya, lihatlah selama ini sebelum adanya wabak Covid-19.
"Bukan warganegara bebas untuk beribadah di mana-mana masjid, surau Jumaat dan surau. Sebagaimana yang saya telah tegaskan, kebenaran pembukaan masjid, surau Jumaat dan surau ini adalah secara berperingkat bermula 15 Mei 2020 tempoh hari. Insya-Allah, sedikit masa lagi kita akan dapat sama-sama mengimarahkannya," tambahanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/satu-pertiga-jemaah-dibenar-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

Sarawak Benar Solat Jemaah Di Masjid Surau Bersyarat Bermula Esok

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 461 hits
Mulai 12 Jun Sarawak membenarkan solat Jumaat seramai 100 jemaah dan 40 bagi solat 5 waktu di masjid negeri KUCHING Solat 5 waktu berjemaah di masjid dan surau dibenarkan dengan syarat di Sarawak mulai esok sementara solat Jumaat pula bermu...
Majlis Fatwa Negeri Sabah Mulai Benarkan Solat Berjemaah Aktiviti Masjid Surau Mengikut Ketetapan Mulai Jumaat Ini

Majlis Fatwa Negeri Sabah Mulai Benarkan Solat Berjemaah Aktiviti Masjid Surau Mengikut Ketetapan Mulai Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 631 hits
Majlis Fatwa Negeri Sabah bersetuju membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah serta aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri Gambar BERNAMA Sabah benarkan solat berjemaah aktiviti masjid surau mengikut ketetap...
Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 236 hits
Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid 19 akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam Bagaimanapun Menteri ...
Selepas 80 Hari Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

Selepas 80 Hari Masjid Temerloh Jaya Kini Dibenarkan Untuk Lakukan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 891 hits
Akhirnya selepas 80 hari masjid di tutup bagi seluruh Malaysia termasuk di Pahang akhirnya hari ini Masjid Temerloh Jaya dibenarkan beroperasi bagi melakukan ibadah Solat Jumaat untuk julung kalinya sepanjang PKP dan PKPB Sejak 18 Mac 2020 ...
Selangor Benarkan Solat Jumaat Solat Fardhu Berjemaah Mulai Esok Di Masjid Masjid Terpilih

Selangor Benarkan Solat Jumaat Solat Fardhu Berjemaah Mulai Esok Di Masjid Masjid Terpilih

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 368 hits
Solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah sudah mula boleh didirikan di 39 masjid terpilih di Selangor mulai esok Menurut kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Baginda telah berkenan agar masjid dan surau di negeri itu dibuka secara ...
Alhamdulillah Dah Boleh Kembali Berjemaah Di Masjid Dalam Zon Hijau Di Kl

Alhamdulillah Dah Boleh Kembali Berjemaah Di Masjid Dalam Zon Hijau Di Kl

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 308 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Semua masjid surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan akan dibuka bagi Solat Jumaat dan solat berjemaah mulai 12 Jun ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

Minggu Kedua Solat Jumaat Jemaah Patuh Sop

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 573 hits
SOP solat Jumaat terus dipatuhi Oleh Fahmi IzzuddinSETIU 29 Mei Semua jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat di masjid di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan termasuk menggunakan cecair sanitizer dan melakukan pemeri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities