Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada Lhdn



Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menghadiri sesi taklimat LHDNM bersama Selebriti Media Sosial dengan kerjasama SUSHIVID SDN. BHD. Ia adalah satu pengalaman berharga apabila dapat menyertai majlis ilmu sebegini. Diantara topik yang dibincangkan adalah "Influencer dari perspektif cukai" dan "Step by step e-b 2019". Nampak tajuk agak mencabar bukan? Sebab ia adalah perkara serius. Melibatkan sumber pendapatan dan denda jika culas!


Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN
Rezeki zaman sekarang semakin mudah dicapai, malah semakin ramai menyukainya. Ia nampak mudah apabila kehidupan tampak mewah dan tiap yang mempunyai pengikut tinggi di sosial media pasti menjadi ikutan sepanjang masa. Sama ada di Instagram, Facebook, Blog, Youtube dan Twitter, pasti anda akan menjadi perhatian pihak-pihak tertentu untuk memberi peluang bekerjasama mempromosikan sesuatu perkara. Diantaranya adalah jemputan ke acara pelancaran, memberi produk untuk lakukan ulasan atau menjadi duta produk dalam beberapa projek. Ia adalah perkara yang tidak asing lagi. Kadang-kadang model hijab juga memiliki pengikut yang ramai sehinggakan kehidupannya seperti ditaja oleh jenama-jenama terkemuka. Tapi, satu persoalan timbul. Sudahkah anda isytihar pendapatan dan harta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)??





Ramai individu masih tidak mengetahui apa tugas LHDN, apa itu pelepasan cukai, kenapa perlu isytihar pendapatan dan kenapa anda yang kena!? Betul tak? Persoalan ini timbul apabila anda tidak didedahkan dengan keadaan dimana cukai perlu dibayar apabila anda melakukan perniagaan sendiri. Sebagai selebriti media sosial, anda juga menjalankan perniagaan keatas diri anda sendiri. Betul tak? Cuma, anda tidak faham kenapa perlu mengisytiharkan sumber pendapatan anda. Ini duit aku, aku lah yang punya. Gitu??

Tahukah anda bahawa ibu bapa anda mendaftar sebagai pembayar cukai? Ada ibu bapa bekerja di pejabat dan kiraan pemotonga cukai berlaku pada setiap bulan melalui pemotongan gaji. Maka setiap tahun mereka akan mengisi borang pelepasan cukai dan jika bayaran berlebihan, LHDN akan kembalikan wang tersebut. Berbeza pula untuk ibu bapa yang memiliki perniagaan sendiri. Semua proses akan dilakukan secara tahunan. Sistem LHDN akan memberi maklum balas sama ada anda layak mebayar cukai atau tidak layak membayar cukai. Jika anda layak, anda boleh terus membayar secara dalam talian. Sangat mudah kan?

Pengalaman Membayar Cukai Ketika Bekerja Suatu Masa DahuluSebenarnya, anda semua beruntung sebab mudahnya mencari rezeki. Zaman Ruby dulu, tiada media sosial lagi. Mencari pekerjaan di pasaraya, pejabat dan mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah wajib selepas habis belajar. Semasa bekerja, Ruby dipermudahkan dengan adanya arahan bahawa syarikat yang Ruby bekerja akan melakukan pengisytiharan pemotongan cukai. Tiap tahun akan dapat borang EA. Gaji Ruby paling tinggi ketika itu adalah RM 1,800. Jadi tahunan RM 21,600 sahaja. Maka, sistem akan terus tertera tidak layak membayar cukai. Apabila tidak layak, maka tidak perlu isi borang pelepasan cukai. Hehehe.

Manfaat Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN
Setelah mendengar taklimat dan mengajukan pelbagai soalan kepada pihak LHDN, barulah Ruby nampak banyak manfaat yang kita lakukan kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana kita memiliki perniagaan, pembayaran cukai setahun sekali itu memberi dana kepada pembangunan negara, jalan raya, fasiliti sekolah, hospital dan macam-macam lagi. Kita tidak nampak setiap aliran wang yang dikeluarkan. Tetapi kita selesa menikmatinya tanpa sedar ia sudah dipersiapkan oleh pihak kerajaan melalui cukai yang kita bayar. Memang berbeza pembayaran cukai untuk yang bekerja sepenuh masa dan yang memiliki perniagaan. Kedua-duanya wajib membayar cukai apabila anda LAYAK membayar. Jika tidak layak, tidak perlu bayar. Jadi, jangan takut untuk mengisytiharkan pendapatan anda.


Panduan Dan Proses Mengisytiharkan Pendapatan Sebagai Selebriti Media Sosial Di MalaysiaWalaupun Ruby pernah bekerja, akan tetapi, Ruby tidak pernah mendaftar untuk permohanan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk membayar cukai. Masuk laman web http://edaftar.hasil.gov.my untuk mendapatkan nombor rujukan cukai. Anda akan dapat nombor rujukan bermula SG atau OG. SG bermaksud "Orang Perseorangan - Tanpa punca pendapatan perniagaan", manakala OG bermaksud "Orang Perseorangan".




Klik "borang pendaftaran online" dan isi maklumat individu lengkap. Proses ini sangat bagus dilakukan melalui komputer. Jika anda ingin menggunakan telefon pintar, pastikan anda isi sampai habis ya. 

Selepas anda mendaftar kali pertama. Anda perlu ke cawangan LHDN yang tertera untuk anda untuk mendapatkan No Pin e-Filing. Pihak LHDN akan mencetak untuk anda. Selepas itu barulah anda boleh masuk ke laman web https://ez.hasil.gov.my/ci/LoginKaliPertama.aspx. Apabila anda sudah berjaya log masuk. Anda akan dapat lihat pelbagai senarai e-borang. Info-info berkenaan cukai semua tersedia di dalam ini.



Proses seterusnya adalah mengisi borang e-B bagi tahun 2019. Disini anda akan dapat lihat sama ada anda layak untuk membayar cukai atau tidak layak membayar cukai. Mudah kan
Peranan Selebriti Media Sosial Apabila Menerima Sebarang JemputanSebagai selebriti media sosial, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Isyhtihar sahaja pendapatan anda sebagai tanda sokongan anda kepada negara. Ibarat menderma.  Objektif sesi taklimat LHDNM bersama Selebriti Media Sosial dengan kerjasama SUSHIVID SDN. BHD adalah untuk mendidik selebriti media sosial bertanggungjawab sebagai pembayar cukai, ia dapat mewujudkan ketelusan industri untuk mengesahkan penglibatan pemasaran mereka di Malaysia.



SushiVid berpengalaman untuk mendapatkan maklumat skop kerja, invois dan kenyataan pembayaran mereka dari agensi yang dilantik. Sekiranya selebriti media sosial mendapat kempen dari SushiVid, SushiVid akan membantu menyediakan semua butiran yang diperlukan untuk mereka memfailkan cukai.

Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN )
www.facebook.com/LHDNM/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/03/selebriti-media-sosial-wajib-isytihar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dominasi Media Sosial Di Malaysia

Najib Dominasi Media Sosial Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 509 hits
SHAH ALAM Para pemimpin di Malaysia turut tidak ketinggalan menyertai gelombang media sosial sama ada digunakan sebagai wadah menyampaikan berita menyebarkan propaganda mengkritik parti lain dan mendedahkan cerita cerita panas politik Tidak...
Polisi Pantau Pelaku Penyebar Data Pribadi Pasien Virus Corona Di Media Sosial

Polisi Pantau Pelaku Penyebar Data Pribadi Pasien Virus Corona Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 207 hits
Hal itu juga diatur di dalam Undang Undang ITE Pasal 26 dan 45 itu diatur sama tidak boleh sembarangan membeberkan data pribadi ke publik tanpa izin Dapat dikenakan 4 tahun penjara dan denda Rp750 juta jelas Asep
Perghhh Kaki Atas Kepala Dua Wanita Buat Hal Dalam Pesawat Dimalukan Di Media Sosial

Perghhh Kaki Atas Kepala Dua Wanita Buat Hal Dalam Pesawat Dimalukan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 766 hits
Kaki atas kepala dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial Aksi dua wanita itu yang menerima kecaman ramai APABILA menaiki penerbangan kita pastinya mengharapkan perjalanan itu selamat tiba ke destinasi Malah kita juga mah...
Whatsapp 010 300 5260 Untuk Hal Hal Menghina Allah Rasulullah Dan Islam Di Media Sosial 9910

Whatsapp 010 300 5260 Untuk Hal Hal Menghina Allah Rasulullah Dan Islam Di Media Sosial 9910

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 592 hits
Adukan ke WhatsApp 010 300 5260 untuk hal hal menghina Allah Rasulullah dan Islam di Media Sosial Jakim tubuhkan Unit pemantauan hina Islam ditubuhkan dan diperketatkan By Posted on March 12 2020Unit Pemantauan Isu Hina Islam ditubuhkan bag...
Pas Gila Nak Jadi Menteri Punca Membisu Dakwa Aktivis Media Sosial

Pas Gila Nak Jadi Menteri Punca Membisu Dakwa Aktivis Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 381 hits
Malaysia Dateline Pas hanya membisu ketika rakannya dalam Muafakat Nasional bertungkus lumus menyerang Kabinet Muhyiddin Tindakan Pas yang senyap sunyi terhadap pelantikan beberapa menteri yang dikira terpalit dengan skandal menjijikkan dis...
Bukti2 Shatilla Pun Mer0y4n Kat Media Sosial Bkn Tmj Aje Kena Fazura Pun

Bukti2 Shatilla Pun Mer0y4n Kat Media Sosial Bkn Tmj Aje Kena Fazura Pun

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 613 hits
Syatilla Melvin Sindir Nur Fazura Kerana Mengaku Bercinta Dengan Shaheizy Sam Bukti2 Shatilla pun mer0y4n kat media sosial Bkn TMJ aje kena Fazura pun
Panduan Mengisi Borang E Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran Lhdn

Panduan Mengisi Borang E Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran Lhdn

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 1517 hits
Sudah tiba masa untuk rakyat Malaysia yang bekerja menunaikan kewajipan utama dalam kehidupan mereka iaitu membayar cukai pendapatan Apa lagi marilah kita peningkan kepala sama sama mengisi borang e filing sepanjang bulan ini Pengemukaan bo...
Influencer Sudah Isytihar Pendapatan Anda

Influencer Sudah Isytihar Pendapatan Anda

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan berkenaan pengisytiharan pendapatan pembayaran cukai dan ca...
Pastikan Menteri Isytihar Harta Kata Aktivis Anti Rasuah

Pastikan Menteri Isytihar Harta Kata Aktivis Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Aktivis anti rasuah mengalu alukan keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memastikan senarai anggota Kabinet ditapis terlebih dahulu sebelum dilantik ke jawatan masing masing tetapi menggesa beliau mengambil langkah seteru...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord

Thomas Arya Kecewa Yang Menyiksa

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc