Canal City Projek Bn Bukan Jawapan Masalah Banjir Selangor



Banjir luar biasa yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu lebih kepada fenomena perubahan iklim atau climate change dan memerlukan kajian mendalam sebelum memutuskan pembinaan insfrastruktur sesuai pada masa hadapan.
Sedangkan projek Canal City yang dicadangkan oleh pentadbiran BN sebelum ini adalah lencongan air dari Sungai Klang ke Sungai Langat sebanyak 30% pada waktu puncak, yang mungkin tidak lagi sesuai berdasarkan perkembangan semasa.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, apa pun projek untuk mengatasi banjir harus mengambil kira kemampuan ‘mengeluarkan’ curahan hujan sebanyak 300mm hingga 400mm dalam masa beberapa jam, kerana projek tebatan banjir dan saliran sedia ada hanya boleh menampung curahan hujan sekitar 100mm sahaja.
“Sebagaimana yang ditetapkan Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan Baginda dan perkenan Baginda menziarahi sekitar kawasan Sri Muda (yang mana Baginda) mahu pihak Persekutuan dan Kerajaan Negeri duduk bersama merangka satu pelan agar banjir tidak akan berulang kembali.
“Cuma kalau Canal City jawapannya, kita kena melihat jumlah air yang boleh ditampung untuk satu satu kejadian turun hujan 300mm atau 400mm. Kita sebutlah namanya Canal City ke, Tower City ke, ia tidak dapat menyelesaikan.
“Isunya bagaimana pada saat tertentu ia boleh menampung lebih 100mm hujan dari projek (tebatan banjir atau saliran) yang kita nak laksanakan. Ia termasuk projek Persekutuan yang kita nak laksanakan dalam RMK 12 berjumlah lebih RM1.5 bilion untuk mengatasi masalah banjir di Selangor,” katanya.
Bagi Amirudin, jawapann yang paling tepat adalah melakukan kajian mendalam berdasarkan beberapa siri banjir bandang yang melanda negara akibat perubahan iklim dalam tempoh sedekad kebelakangan ini.
“Pada ketika ini kita kena rujuk beberapa kejadian pada 2006 di Johor, kejadian banjir di Kelantan 2014 dan banjir di Pulau Pinang 2017, kesemua kejadian ini mencatatkan tragedi dan kisah yang sama. Iaitu jumlah turun hujan yang luar biasa dan melibatkan kawasan yang jarang ditenggelami air, tenggelam.
“Cuma kali ini dia jatuh di Selangor dan di Pahang,” katanya.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan mantan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan projek Canal City pada 2009, yang menurut beliau adalah solusi kepada masalah banjir di Selangor.
Sedangkan model pembangunan terusan tersebut berdasarkan banjir di Selangor sebelum tahun 2000 yang masih tiada impak climate change.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33736

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 229 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat projek Canal City seperti dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor harus dikaji semula berikutan banjir besar yang berlaku di negeri itu Ahli Parlimen Pekan i...
Canal City Bukan Jawapan Jika Tidak Mampu Tampung Curahan Hujan 300mm

Canal City Bukan Jawapan Jika Tidak Mampu Tampung Curahan Hujan 300mm

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 178 hits
Banjir luar biasa yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu lebih kepada fenomena perubahan iklim atau climate change dan memerlukan kajian mendalam sebelum memutuskan pembinaan insfrastruktur sesuai pada masa hadapan Sedangkan projek Can...
Pemimpin Bersatu Makan Besar Ketika Kl Selangor Berhadapan Banjir Disindir

Pemimpin Bersatu Makan Besar Ketika Kl Selangor Berhadapan Banjir Disindir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 272 hits
MALAYSIA DATELINERakyat Selangor dan Kuala Lumpur diminta bersabar dengan memakan biskut dan kopi sahaja kerana Presiden Bersatu dan kesemua pimpinan parti itu sedang sibuk makan besar sempena Perhimpunan Agung Tahunan parti itu malam tadi ...
Selangor Peruntuk Rm100 Juta Pelan Pemulihan Banjir

Selangor Peruntuk Rm100 Juta Pelan Pemulihan Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 266 hits
Kerajaan Negeri akan memulakan proses pemulihan daripada banjir dengan program diberi nama Selangor Bangkit yang melibatkan beberapa inisiatif Mengumumkan hal itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 28 agensi K...
Proses Pembersihan Pasca Banjir Di Selangor Capai Tahap 50 Peratus

Proses Pembersihan Pasca Banjir Di Selangor Capai Tahap 50 Peratus

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 199 hits
Usaha dipergiat bagi kawasan yang belum capai tahap memuaskan SHAH ALAM 20 Jamadilawal 1443H Sabtu Proses pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam sudah mencapai tahap 50 peratus Menteri Besar Selangor Datuk Seri A...
Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

Selangor Gagal Tangani Banjir Otai Reformasi Gesa Buat Pendengaran Awam Selcat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 246 hits
Selangor gagal tangani banjir Otai Reformasi gesa buat pendengaran awam SELCAT Kumpulan pro Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusa...
Banjir Kedah Beri Sumbangan Khas Rm200 000 Kepada Selangor

Banjir Kedah Beri Sumbangan Khas Rm200 000 Kepada Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 257 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Kedah amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain Menteri Besar Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesukaran pendudu...
Selangor Gagal Tangani Banjir Depa Nak Tukar Mb Ka Ni

Selangor Gagal Tangani Banjir Depa Nak Tukar Mb Ka Ni

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 246 hits
PETALING JAYA Kumpulan pro Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Selangor mengadakan pendengaran awam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan bagi mencari punca kegagalan negeri itu menangani bencana banji...
Nak Tanya Zahid Si Bodoh Bangang Mana Yg Serang Ph Di Selangor Ketika Banjir

Nak Tanya Zahid Si Bodoh Bangang Mana Yg Serang Ph Di Selangor Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 238 hits
Dan yang kena serang ialah PM rakyat bukan PEDULI dia dari parti Mana yg rakyat MARAH dia gagal kabinetnya gagal Kegagalan PM apa kata Zahid dan Najib Kalau PM masih Muhyiddin apakah Zahid dan Najib akan membisu macam sekarang Kegagalan tet...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan