Azam 2022 Selangor Tumpu Aspek Perubahan Iklim Elak Banjir



Bencana banjir luar biasa yang melanda Selangor pada penghujung 2021 memerlukan muhasabah dan kajian semula strategi Kerajaan Negeri.
Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam perutusan Tahun Baharu 2022 berkata, azam tahun baharu beliau dan Kerajaan Negeri adalah menyempurnakan bantuan banjir kepada rakyat dalam kadar termampu dan meneliti strategi menghadapi banjir pada masa hadapan.
“Kerajaan Negeri telah mula menyerahkan sumbangan bantuan Selangor Bangkit bernilai RM1,000 kepada mangsa banjir semenjak 28 Disember 2021.
“Setakat ini, 2,531 individu di semua sembilan daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Gombak, Sabak Bernam dan Hulu Selangor telah mendapat manfaat daripada bantuan ini, menjadikan jumlah awal sehingga ini RM2.5 juta.
“Kerajaan Negeri juga dalam rangka menyediakan bantuan dapur gas dan lain-lain bagi menampung beban yang dihadapi mangsa banjir.
“Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri turut mengecualikan bayaran bil air selama sebulan, mengecualikan bayaran pinjaman perniagaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) serta menggerakkan hampir kesemua aset berjumlah 1,672 kenderaan serta jentera dengan anggota seramai 14,511 orang bagi membantu mengurusetiakan bencana banjir ini,” katanya.
Menurut MB, tindakan segera bagi mengekalkan kualiti kehidupan rakyat dengan membersihkan puing puing akibat banjir menggunakan khidmat anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB Waste Management amat perlu bagi menghindari bau busuk serta kemungkinan wabak penyakit
KDEB katanya, telah menyediakan sebelas stesen pengumpulan sementara dengan 3,023 RORO (tong sampah pukal), 224 jengkaut dan 35 lori sewaan yang telah berjaya mengutip 13,000 tan sampah untuk kemudahan dan keselesaan semua.
Bagi melancarkan gerak kerja pascabanjir, kata beliau lagi, sukarelawan naungan Kerajaan Negeri seperti Sukarelawan Selangor (SERVE) dan Team Selangor berjumlah 2,500 orang turun padang untuk kerahan tenaga membantu proses pembersihan pascabanjir.
Bergerak ke hadapan, kata Amirudin, Kerajaan Negeri akan melakukan anjakan paradigma dalam pembangunan bagi mengelak banjir dan pelan mengurus banjir yang lebih komprehensif pada tahun tahun mendatang.
“Bencana banjir 2021 seharusnya menjadi asbab untuk kita melakukan suatu anjakan paradigma. Acap kali ditegaskan perubahan iklim merupakan suatu cabaran besar. Namun amaran ini sering diremehkan. Kita memandang alam sebagai sesuatu yang layak ditakluk sedangkan manusia dan alam berakarkan suatu hubungan akrab yang jitu.
“Mengambil iktibar daripada pelbagai faktor ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan perubahan iklim (climate change) sebagai salah satu elemen penting dalam sebarang perancangan di masa hadapan.
“Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga Selangor. Semoga iltizam, ikhtiar dan usaha kita untuk tahun hadapan lebih baik berbanding tahun ini, insya-Allah,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33772

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

Banjir Besar Perubahan Iklim Kenapa Hentam Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 388 hits
Sudah hampir seminggu banjir besar melanda Selangor namun isu yang bermain di media massa hanyalah salah menyalah antara Menteri Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor Sedangkan isu sebenar yang harus ditangani adalah perubahan i...
Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021

Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 385 hits
Selamat Tahun Baru Azam 2022 Dan Best Nine 2021 Assalamualaikum semua Selamat Tahun Baru 2022 Rasa macam baru je masuk tahun 2021 tup tup dah bertukar jadi 2022 Cepat betul masa berlalu So apa azam tahun ni Macam sis tahun ni takde tetapkan...
Korban Banjir Di Selangor Pahang Meningkat 33 Orang

Korban Banjir Di Selangor Pahang Meningkat 33 Orang

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR 8211 Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang setakat semalam meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 yang direkodkan pada Selasa Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi ma...
Selangor Peruntuk Rm100 Juta Pelan Pemulihan Banjir

Selangor Peruntuk Rm100 Juta Pelan Pemulihan Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 259 hits
Kerajaan Negeri akan memulakan proses pemulihan daripada banjir dengan program diberi nama Selangor Bangkit yang melibatkan beberapa inisiatif Mengumumkan hal itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 28 agensi K...
Azam 2022

Azam 2022

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 478 hits
Assalamualaikum kawan Ya saya masih lagi wujud cuma mendap sikit Haha Anak kedua saya dah berusia 5 bulan anak sulung pula 3 tahun 3 bulan Anak sulung saya belom boleh bercakap lagi Dalam terapi dgn occupational therapist dan speech therapi...
Seorang Sukarelawan 16 Lain Maut Dalam Banjir Selangor

Seorang Sukarelawan 16 Lain Maut Dalam Banjir Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 414 hits
MALAYSIA POST KORBAN banjir di Selangor kini meningkat kepada 17 orang termasuk seorang sukarelawan kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata setakat 8 pagi Selasa 10 mayat ditemukan di Daerah Klang tiga di Hulu Langat dan...
Banjir Kedah Beri Sumbangan Khas Rm200 000 Kepada Selangor

Banjir Kedah Beri Sumbangan Khas Rm200 000 Kepada Selangor

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 245 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Kedah amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain Menteri Besar Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kesukaran pendudu...
Selamat Tahun Baru 2022 Apa Azam Di Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2022 Apa Azam Di Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 307 hits
Selamat Tahun Baru 2022 Cepatnya masa berjalan terasa dalam 2 tahun kebelakangan ni kita tak ada buat apa apa yang begitu mengesankan perasan tak Atau saya sorang je yang perasan begitu Pelbagai nikmat dan ujian yang diturunkan bertali arus...
Pengumuman Mb Selangor Isnin Depan Terlalu Lambat Bagi Mangsa Banjir Terdesak

Pengumuman Mb Selangor Isnin Depan Terlalu Lambat Bagi Mangsa Banjir Terdesak

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 309 hits
Ramai mangsa banjir berkata mereka memerlukan bantuan tunai RM1 000 dijanjikan kerajaan dengan segera Seorang wanita membersihkan barang barang yang dapat diselamatkan selepas banjir besar di Hulu Langat Penduduk Selangor yang terdesak untu...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu