Mengapa Selawat Dan Salam Pada Tasyahud Akhir Khusus Untuk Nabi Ibrahim Dan Keluarganya



Soalan:
Kita diperintahkan untuk tidak membeza-bezakan antara para Rasul seperti dalam firman Allah SWT:

لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ
(Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya.” (Surah al-Baqarah: 285)

Namun begitu, kenapa di dalam bacaan tahiyyat akhir kita hanya mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi Ibrahim AS dan ahli keluarganya sahaja, tetapi tidak kepada Rasul-rasul yang lain? Tidakkah kita sudah membeza-bezakan antara Rasul?

Jawapan:
Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya beriman kepada semua para Rasul dan Nabi. Beriman kepada setiap Rasul merupakan salah satu daripada Rukun Iman berdasarkan firman Allah SWT:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
“Rasulullah SAW telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.” (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya.” Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah: 285)

Begitu juga berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya oleh malaikat Jibril AS berkaitan Iman:

أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
“Iman ialah beriman kepada Allah SWT, para Malaikat, kitab-kitab yang diturunkan para Rasul, hari akhirat, dan beriman kepada qada’ dan qadar.” [Riwayat Muslim: (8)]

Nas al-Quran dan Hadith di atas jelas menunjukkan kewajipan untuk beriman kepada semua Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT secara umum. Selain itu, wajib beriman kepada 25 Rasul secara khusus yang disebutkan nama-nama mereka di dalam al-Quran al-Karim iaitu: Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Yaaqub, Yusuf, Ayyub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Yunus, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Zakariyya, Yahya, Isa dan yang terakhir, Muhammad SAW. Manakala lima daripada 25 tersebut merupakan Rasul ulul-azmi iaitu: Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Imam al-Tabari dalam tafsirnya ketika menafsirkan ayat لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ menyatakan bahawa: “Orang yang beriman mengimani kesemua para Malaikat, Rasul dan kitab-kitab dengan mengatakan bahawa: “Kami tidak membeza-bezakan antara salah seorang pun daripada para Rasul”. Maksudnya, mereka tidak beriman kepada sebahagian sahaja manakala kufur pula kepada sebahagian yang lain, bahkan mereka membenarkan kesemua para Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.” (Rujuk Tafsir al-Tabari, 2:49)

Justeru, dapatlah difahami bahawa maksud ‘tidak membeza-bezakan di antara para Rasul’ itu ialah membezakan dari sudut beriman kepada para Rasul, dengan beriman kepada sebahagian Rasul dan tidak beriman kepada sebahagian yang lain sepertimana yang dilakukan oleh golongan Yahudi dan Nasrani yang tidak beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, bukanlah maksudnya membezakan para Rasul dari sudut kemuliaan dan ketinggian martabat sebahagian daripada mereka di atas yang lain di sisi Allah SWT. Ini kerana Allah SWT melebihkan sebahagian Rasul ke atas sebahagian yang lain. Firman Allah SWT:

تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۘ مِّنْهُم مَّن كَلَّمَ اللَّـهُ ۖ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ
“Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.” (Surah al-Baqarah: 253)

Berkaitan persoalan bacaan dalam tahiyyat akhir khusus kepada Nabi Ibrahim AS dan ahli keluarganya, ia adalah kerana Allah SWT memberi kelebihan-kelebihan kepada Baginda AS ke atas Nabi dan Rasul yang lain. (Rujuk Fatawa Syar’iyyah wa Buhuth Islamiyyah, 1 : 260-262)

Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

1. Allah SWT menjadikan Nabi Ibrahim AS sebagai kekasih Allah atau Khalilullah, berdasarkan firman Allah SWT:

وَاتَّخَذَ اللَّـهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا
“Dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-Nya.” (Surah al-Nisa’: 125)

Begitu juga, dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

وَ لَكِنَّ صَاحِبَكُمْ خَلِيلُ الرَحْمَنِ
“Akan tetapi, saudara kamu ini (Nabi Ibrahim AS) merupakan khalilurrahman (kekasih Allah SWT).” [Riwayat Muslim: 2383]

2. Nabi Ibrahim AS merupakan bapa bagi kebanyakan para Nabi dan Rasul seperti Nabi Ismail AS dan Nabi Yaakub AS. Daripada keturunannya juga, lahir para Nabi dan Rasul yang lain, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayyub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zakariyya, Nabi Ilyas, Nabi Yahya dan Nabi Isa Alaihimussalam. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri daripada keturunan Nabi Ibrahim AS, dan itu sudah cukup menjadi kemuliaan bagi Nabi Ibrahim AS.

3. Allah SWT menerima dan mengabulkan doa Nabi Ibrahim AS yang berdoa kepada-Nya dengan doa:

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ
“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.” (Surah al-Shu’ara: 84)

4. Allah SWT memerintah Rasulullah SAW untuk mengatakan kepada kaum Baginda AS bahawa Rasulullah SAW mengikut kepada ajaran sebelumnya iaitu ajaran Nabi Ibrahim AS. Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.” (Surah al-An’am: 161)

5. Di dalam kitab al-Durr al-Mukhtar menyatakan bahawa ada tiga sebab dikhususkan Nabi Ibrahim AS dalam bacaan tahiyyat akhir, antaranya salam Nabi Ibrahim AS pada malam Mi’raj kepada Nabi Muhammad SAW:

يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلَام
“Wahai Muhammad SAW, sampaikanlah salam kepada umat-mu daripada aku (Nabi Ibrahim AS).” [Riwayat al-Tirmidzi: (3462)]

6. Nabi Ibrahim AS yang pertama menamakan umat Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Muslimin’ berdasarkan firman Allah SWT:

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ
“Dia menamakan kamu Muslimin (orang-orang Islam) semenjak dahulu.” (Surah al-Hajj: 78)

7. Allah SWT mengambil Rasulullah SAW sebagai kekasih-Nya dan begitu juga Nabi Ibrahim AS sebagai kekasih, maka selawat dan salam ke atas kedua-dua kekasih-Nya dibacakan di dalam tahiyyat akhir oleh sekelian umat Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyatakan bahawa Nabi Ibrahim AS dan ahli keluarga dikhususkan dalam tahiyyat akhir adalah kerana Allah SWT melebihkan Nabi Ibrahim AS sebagai kekasih Allah SWT (khalilullah) dan bapa bagi sekelian para Nabi Alaihissalam serta doa Baginda SAW yang diterima oleh Allah SWT. Begitu juga, salam Nabi Ibrahim AS kepada Rasulullah SAW pada malam Mi’raj untuk disampaikan kepada kita sebagai umat Rasulullah SAW, maka kita juga mengucap selawat dan salam kembali keatas Baginda SAW dalam bacaan tahiyyat akhir.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam agama dan taufiq dalam beramal soleh dengan ikhlas kepadaNya, inshaAllah. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/mengapa-selawat-dan-salam-pada-tasyahud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Doa Nabi Ibrahim Meminta Diberi Keturunan Anak Sholeh Rajin Sholat

2 Doa Nabi Ibrahim Meminta Diberi Keturunan Anak Sholeh Rajin Sholat

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1099 hits
Dalam pertemuan ini sedikit menuliskan mengenai doa nabi ibrahim memohon anak sholeh dan rajin sholat Doa ini merupakan doa yang diucapkan oleh beliau as ketika memohon pada Allah agar diberikan anak yang sholeh dan rajin menjalankan ibadah...
Maksud Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah Saw

Maksud Selawat Dan Salam Kepada Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 485 hits
Soalan Boleh jelaskan tentang maksud dan hakikat selawat dan salam kepada Baginda Nabi SAW Jawapan Allah SWT berfirman Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat kepada Nabi wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya se...
Agus Dashmunsyid Maknai Ketauladan Nabi Muhammad Saw Dalam Hadapi Penetrasi Budaya

Agus Dashmunsyid Maknai Ketauladan Nabi Muhammad Saw Dalam Hadapi Penetrasi Budaya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 303 hits
Agus Dashmunsyid Penyanyi Nasyid Kecanggihan teknologi telekomunikasi dan informasi membuat semua orang mudah untuk mengakses aktivitas dunia di berbagai bidang sesuai yang diminati mereka baik di bidang kesenian olahraga politik religi ilm...
Doa Iftitah Yang Diajarkan Nabi Bacaan Arab Latin Dan Artinya

Doa Iftitah Yang Diajarkan Nabi Bacaan Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 586 hits
Doa iftitah adalah doa dalam sholat yang dibaca setelah takbiratul ihram sebelum membaca Surat Al Fatihah Bagaimana doa iftitah yang diajarkan Nabi Muhammad dan artinya Berikut ini pembahasannya Dari hadits hadits shahih kita mendapatkan do...
Kisah Utsman Saat Putri Nabi Yang Dicintainya Menikah Dengan Orang Lain

Kisah Utsman Saat Putri Nabi Yang Dicintainya Menikah Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 279 hits
Semasa mudanya Utsman pernah jatuh cinta kepada putri Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam Namun gadis itu kemudian menikah dengan orang lain Syaikh Musthafa Murad menggambarkan cinta Utsman kepada Ruqoyyah mulai mengubah jalan kehidup...
Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

Hukum Berdiri Saat Pembacaan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 422 hits
Photo Embrio Ulama NusantaraBagaimana hukumnya berdiri pada waktu membaca Maulud Nabi SAW Apakah hal itu telah menjadi adat kebiasaan yang ditetapkan oleh syara sehingga pelaksanaannya tidak berbeda beda di segala tempat atau merupakan adat...
Faedah Sirah Nabi Menawarkan Islam Kepada Beberapa Kabilah

Faedah Sirah Nabi Menawarkan Islam Kepada Beberapa Kabilah

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 432 hits
Selanjutnya Nabi shallallahu alaihi wa sallam mendakwahi kabilah kabilah
Dzikir Dengan Jaminan Masuk Surga Yang Diajarkan Nabi Muhammad

Dzikir Dengan Jaminan Masuk Surga Yang Diajarkan Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 322 hits
Berzikir merupakan amalan yang paling mudah untuk dilakukan meski terkadang rasa malas membuat kita berat melakukannya Padahal zikir bisa dipanjatkan dimanapun dan tidak pula disyaratkan harus suci dari hadas Di antara zikir tersebut ada ya...
Gambaran Wajah Dan Penampilan Fisik Nabi Muhammad

Gambaran Wajah Dan Penampilan Fisik Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 345 hits
Siapa pun yang mendeskripsikan sosoknya pastilah berkata Belum pernah aku melihat sosok sesempurna Rasulullah kata Al Hafizh al Iraqi Nabi Muhammad saw tidak hanya memiliki akhlak yang sempurna tetapi juga penampilan fisik yang sempurna Ban...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik