Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Saw 9052







Follow the Sunnah اتبع السنة 


 اتبع السنة الإسلام/Islam



#Follow_the_Sunnah_اتبع_السنة #Ismail_Danica

Jumaat, 22 April 2011
ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA.

Sabda Nabi s.a.w  yang bermaksud:
(1)Suka mengaibkan orang lain
(2)Keras hati/busuk hati
(3)Cinta kepada dunia keterlaluan
(4)Tidak punya Perasaan malu 
(5)Angan-angannya tinggi melangit
(6)Perbuatan zalim berterusan(HR Ad Dailami)
Suka  Mengaibkan Orang Lain.
Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan  keburukan orang lain, merancang perkara   yang tidak wujud dengan tujuan memalukan dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibkan. 
Melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri, kemudian mengkambing hitamkan orang lain. Jari telunjuknya selalu ke depan, tidak pernah menunjuk ke belakang kepada dirinya   untuk muhasabah  dan mengintrospeksi dirinya. 
Islam melarang mengaibkan dan membuka aib orang lain, Islam menyuruh umatnya selalu muhasabah diri, menghias diri dengan akhlak yang mulia, rendah hati tidak sombong, pemurah, penyayang dan suka membantu terhadap orang yang memerlukan.
Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Nabi s.a.w bersabda: "Seutama-utama orang mukmin dalam hal ke Islamannya ialah seluruh orang Islam merasa selamat, ya'ni sejahtera dari kejahatan lisan (lidah) dan tangan orang mukmin itu, sedang seutama orang mukmin dalam hal keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya (budi pekertinya) adapun seutama-utama orang berhijrah itu, ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t kepadanya,  sedangkan seutama-utama jihad ialah orang yang berjuang melawan nafsunya sendiri untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t." (HR. Ath-Thobarani dari Ibnu Umar).
Seorang mukmin selalu menjaga lidah dan tangannya dari melakukan perkara mungkar (jahat), jadikan diri mukmin sesuai dengan namannya, berakhlak dengan akhlak mulia, tidak  menciptakan perbuatan maksiat, tinggalkan perbuatan  yang dikutuk oleh Allah s.w.t. 
Semulia-mulia orang mukmin itu ia  melawan nafsu jahat dalamannya (nafsu yang kotor), nafsu yang sangat licik, pembohong, tukang fitnah, bagi mereka yang didodoi oleh nafsu jahat ini, bahawa melakukan kejahatan itu suatu kebangaan baginya.
Seseorang mukmin, ia tidak berkata apa-apa sebelum  melihat dengan ke dua matanya, tidak berkata apa-apa sebelum ia mendengar dari orang yang baik-baik dan yang diyakininya, dia selalu menghidu baik buruknya sebelum melakukannya. Panca inderanya adalah untuk kemanfaatan semata-mata, seorang mukmin dilahir sebaik-baik ummah untuk manfaat orang lainnya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yangdiberi  rahmat oleh Allah s.w.t." (Q.SYusuf : 53)
Kejahatan yang bersarang dalam diri manusia itu, sebenarnya  mengketepikan petunjuk Allah s.w.t,  tidak mahu peduli, tidak mahu memahami dan mahu menghayati, akhirnya terperangkap unsur-unsur negatif atau kejahatan, terkeluar dari hidayah Allah dan mengakhiri hidup ini dengan kejahatan.
Sifat Allah itu Maha Penyayang. 
Segala kejahatan manusia selalu ditutup,  tidak mudah terdedah dan Allah selalu mengajurkan supaya manusia bertaubat. 
Taubat maksudnya kembali, kembali kepada kenyataan iaitu asal  kejadian manusia yang suci dan bersih. Jangan biarkan bisikan nafsu jahat diperkukuh oleh unsur luaran iaitu syaitan. 
Syaitan akan merubah wajah manusia, menjadi pahlawan kemungkaran dan jangan berbangga menjadi pahlawan kemungkaran, kerana watak ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang suci itu,  jangan mengaibkan orang lain atau membuka aib orang lain. Seorang muslim harus lebih banyak memeriksa dan meninjau dirinya setiap masa, koreksi diri sebelum  melakukan koreksi terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengaibkannya.
Keras Hati Atau Busuk Hati
Keras hati, apabila sifat ini sukar dicernakan, sukar dinasihati ia akan membusuk dan membarah di dalam, ia akan menjadi manusia busuk hati, kemudian merebak menjadi penghasut, hasad dengki, pendendam, riya', suka memfitnah dan menjadi pengkhianat.

Hasad itu datangnya dari hati yang sukar dinasihati dan dicernakan, ia timbul dari sifat marah yang keterlaluan dan tertehan-tehan sehingga membengkak dan meletus bila-bila masa sahaja. Di antara ciri-cirinya, suka beriri hati apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kenikmatan dari Allah, ia benci kepada kenikmatan  dimiliki orang lain. Sentiasa mengaharapkan setiap masa supaya apa yang dinikmati itu akan  hilang secepat mungkin dari orang yang menerima nikmat tersebut. Tidak senang melihat orang lain hidup bahagia dan selesa.
Allah memberikan peringatannya, firmannya yang bermaksud: "Jika kamu memperolehi kebaikan menyedihkan bagi mereka, dan jika kamu ditimpa keburukan (bencana) mereka gembira kerananya." (Q.S. Ali Imran : 120)
Sifat buruk ini bukan sahaja merosak dirinya sendiri tetapi akan merebak dan menjadi penyakit masyarakat, kemudian menjadi ikutan kepada orang lain, ia akan menerima pembalasan dari yang menjadi mangsa hasad itu pula, ia tidak akan berhenti sehingga akhirnya mendatangkan huru hara dalam masyarakat. Oleh itu hindari dari sifat tersebut, hindari dari orang hasad apabila tidak lagi dapat dinasihati. 
Firman Allah Yang bermaksud: "Dan dari kejahatan orang yang hasad (dengki) apabila dia hasad (dengki)." (Q.S. Al Alaq : 5)
Ayat tersebut di atas didahului dengan ayat (Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh)  dari kejahatan orang yang hasad (dengki) dalam arti kata lain berlindung dengan Allah dari kejahatan tersebut dari berjagkit keapda diri kita, berlindung dengan Allah dari perbuatan mereka  yang hasad kepada kita, melindungi diri kita dari tercebur dalam golongan tersebut.
Cinta Dunia Keterlaluan.

Cinta dunia bermaksud, cinta yang berlebihan, keterlaluan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap rakus. Seolah-olah dunia ini segala-galanya, mejadikan dunia ini sebagai istana impian lagaknya, melistarikan lingkungan hidupnya seolah kita tinggal buat selama-lama di dunia ini lupa akan tujuan Allah menjadikan manusia ini sebagai hambanya yang mengabdi kepadaNya, dalam artikata lain akhirat yang berada dihadapannya di kesampingkan. Selain dari itu jangan sampai membiarkan kuasa harta menguasai diri kita, kuasa harta melebihi dari kecerdasan minda kita, kuasa harta menyebabkan kita menzalimi orang yang perlukan bantuan kita, menyebabkan kita angkuh dan bangga diri,  menyebabkan takut kepada kematian yang sentiasa ada didepan kita.
Harta itu hanyalah alat untuk menambah baik kehidupan di dunia ini, ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita tinggalkan dunia ini. Harta boleh datang dan boleh hilang, bila-bila masa sahaja, disebabkan oleh bencana alam, dirompak, dicuri, digunakan nuntuk berpoya-poya, sakit  yang memerlu rawatan yang mahal dan sebagainya. 

Harta yang kita gunakan itu untuk memenuhi keperluan asas kita, jika melebihi dari keperluan asas, digunakan untuk keselesaan kita, jika melebihi dari keselesan, maka digunakan untuk kemakmuran dan kemewahan. Namun itu semuanya  hanya berlegar-legar di dunia ini semata-mata.
Oleh itu sebagai seorang muslim, jika inginkan keuntungan, hendaklah mengimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat, sebagaimana digariskan oleh Allah s.w.t dalam Al Qur'an.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi." (Al Qashash : 77)

Secara keseluruhanya, seorang muslim haruslah mempunyai sikap seimbang antara kehidupan dunia dengan persiapan untuk kehidupan di akhirat. Dimaksudkan dengan keseimbangan itu tidak semestinya 50-50, tetapi titik tolaknya ayat di atas mendahulukan akhirat, jadi artinya perlu diberikan keutamaan, keselesaan dan kemakmuran yang kita terima itu perlu ada bahagiannya di akhirat, sebab harta yang kita miliki itu yang menjadi hak kita, apabila harta itu juga disumbangkan ke jalan Allah, kalau tidak harta di dunia ini akan menjadi tabungan perut semata-mata atau seperti membakar rokok tidak ada hasil yang kita dapat kecuali habok-haboknya, maka itulah contohnya terhadap harta yang tidak disumbangkan ke jalan Allah tidak dapat melihatnya di akhirat.

Allah s.w.t menerangkan dalam Al Qur'an, firmannya yang bermaksud: "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS .Alankabuut : 64).

Allah s.w.t menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai suatu senda gurau, sambil berjalan-jalan untuk melihat kelestariannya, mencipta berbagai pesta keramaian, suwa heboh dan sebagainya tapi harus ingat, bahawa kita tidak selama-lamanya berada ditempat tersebut dan ingat juga, bahawa  di belakang keseronokan dan keindahan itu ada kemusnahan ia tidak kekal dan bila-bila masa sahaja akan musnah seperti apa yang berlaku kepada negara yang dilanda, gempa bumi, tsunami, ribut topan, gunung berapi dan sebagainya, separa kemusnahan, belum lagi kemusnahan total.

Tidak Punya Perasaan Malu.

Malu atau dalam bahasa Arab dipanggil Al Haya'. Dalam kontek Islam malu itu, selalu dikaitkan dengan marwah atau kehormatan,  malu melaku perkara  yang dilarang oleh Allah, malu  tidak menunaikan hak dan tanggungjawab. Ya'ni segala perkara yang berkaitan dengan hak, kewajiban dan tanggungjawab, jika tidak dapat menunaikannya harus  ada rasa malu. Malu juga dikaitkan dengan iman. 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Malu  itu mempunyai lebih 60 rangka (cabang) malu adalah salah satu dari cabang Iman." (HR. Al Bukhari)
Dalam Hadis  yang lain Nabi s.a.w. Bersabda maksudnya: "Malu dan keimanan itu  dalam rangkaian yang satu, maka apabila salah satunya terpisah, maka yang satu lagi itu juga ikut terpisah." (HR.Abu Na'im dari Ibn Umar)
Seseorang yang telah mencapai usia dewasa, sihat mental dan fizikalnya, pada umumnya mempunyai sifat malu, sifat malunya itu berbeza antara satu sama lain. Kadang-kadang ada di antaranya perasaan malu amat sedikit, melakukan hal-hal yang bercanggah dengan norma dan tata susila dalam masyarakat adalah biasa baginya,  seperti berkata dengan kata-kata tidak sopan, lucah dan prono, berpakaian yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, semuanya ini melamabang amat sedikit rasa malu, kadang-kadang ia berpakaian  yang seksi, dan seksa mata orang lain melihatnya, kemudian minta maaf pula kerana menyiksa orang yang melihatnya. 
Jadi hidup yang seperti ini berada di antara norma-norma dan etika Barat dan Timur, dikatakan Barat bukan dan Timur pun bukan, jadi mangsa kepada serangan budaya sekular Barat yang dipanggil kebarat-baratan. Orang Barat memang jelas, melihat cara berpakaian orang Timur terutama wanita Islam, merimaskan mereka. Tetapi kita melihat mereka semacam tidak berpakaian itu juga merimaskan.
Maka bagi orang Barat perbuatan tidak beretika itu, mereka menganggap sebagai suatu intermezo satu selingan atau pertunjukan yang tidak mengenal batas, yang  mengajarnya dari sistem yang  bebas lepas tidak terikat kepada mana-mana etika yang ada. Sistem sekular yang seperti ini sampai ke tahap sekular yang ekterim sukar dirubah...amat bahaya.
Sifat malu  itulah merupakan demarkasi (pemisah) antara orang yang baik dengan orang jahat. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Seorang lelaki yang mempunyai sifat malu  adalah petanda dari lelaki yang soleh. Lelaki yang tidak bersifat malu adalah petanda dari orang yang jahat." (HR. Ath Thabarani dari Eisyah r.a)
Oleh itu yang dikatakan malu itu, perlanggaran etika yang serius yang membabitkan maruahnya yang ketara, ini berarti malu  bertempat, sedagnkan malu yang tidak pada tempat itu, seperti malu mengatakan sesuatu yang benar, malu  mengatakan sesuatu yang baik, malu untuk memperakui akan kebenaran apa-apa yang dilihatnya. Jadi sesuatu yang benar dan baik itu, tidak termasuk apa yang dimaksudkan dari sifat negatif itu dan ia memang tidak tergolong dari sifat tersebut.
Angan-Angannya Tinggi Melangit.
Angan-angan itu suatu bayangan, dalam bentuk khayalan tanpa perhitungan, tanpa perancangan. Bukan realiti. Tidak seperti cita-cita yang berdasarkan  perhitungan dan perancangan yang dianalisa oleh akal yang mengandungi kemungkinan.

Angan-angan biasanya mengundang kehancuran, kerana mengheret seseorang melakukan sesuatu tanpa perancangan yang akhirnya membawa kegagalan. Angan-angan juga apabila menjelema kepada manusia ia akan mencetak manusia pasif, statik, idea yang berbungkah-bungkah yang tidak dapat dicernakan, kerana matlamat dan tujuannya tidak jelas. Seperti angan-angan dalam cerita penglipur lara Mat Jenin menjadi pemanjat kelapa, ia berangan-angan untuk menjual kelapa yang dipanjatnya dan uang hasil jualan kelapanya akan membeli sebuah kapal, kononya ia belayar dengan kapalnya dan singgah disebuah negeri, kemudian ia berkahwin dengan puteri raja negeri tersebut, sambil bergurau dengan puteri konon isterinya, tidak sedar ia berada di atas pohon kelapa dan terjatuh  lalu mati. Kelihatanya cerita ini dongeng semata-mata, tapi sambil merenung boleh jadi iktibar.  
Tersangat malang jika anggan-angan ini hinggap kepada seseorang pemimpin yang berjiwa besar ia akan mengheret masyarakat dan negara ke lembah kehancuran. Lihat saja ke negara jiran tetangga, era 60an  zaman Sukarno  dengan gagasan NEFSO The New Emerging  Forces yang menyebabkan dia tersingkir dari istana Presiden.
Peribahasa mengatakan: Hendaklah angan-angan sepanjang badan, maksudnya berpada-pada dan harus berdasarkan kenyataan, kemungkinan dan perhitungan  perlu konkrit dan boleh diterima serata masuk akal.
Selain dari itu mungkin disebabkan oleh tekanan hidup dan terdedah  kepada penipu dan berangan-angan untuk menjadi jutawan segera sangup bergadai harta untuk melabur dan dijanjikan pulangan hebat. Akhirnya semua musnah dan hidupnya lebih teruk dari sebelum ini dan hampir hilang pertimbangan dalam hidupnya. Oleh itu singkirkan sifat negatif tersebut dalam diri kita hidup yang tidak berdasarkan realiti dan fakta, kerana ia akan mengheret kita ke kancah derita yang akan menyebabkan derita di dunia terseksa di akhirat, dunia dikejar tak dapat dan akhirat juga melepas. Tinggalkan sesuatu yang tidak mungkin kita capai, kerana hidup yang namanya dunia ini adalah material, realiti dan fakta sesuaikan diri kita dengan kehidupan ini dan ikut petunjuk yang  diberikan oleh Allah s.w.t. 
Perbuatan Zalim Yang Berterusan.

Perbuatan zalim itu, iaitu memijak-memijak keadilan, memijak-mijak kebenaran, peanyayaan, penindasan. Kezaliman yang paling besar sekali mensyirikkan Allah. Al Maududi mrumuskan, bahawa kezaliman itu suatu perkosaan terhadap hak dan kewajiban ( a violation of a right or duty). Rumpun dari semua kezaliman itu, zalim terhadap Allah, iaitu tidak mahu tunduk terhadap peraturanya, sangat suka kepada hal-hal dilarang dan syirik kepadaNya.

Allah s.w.t menjelaskan  Syirik kepada Allah itu maksud Al Qur'an: "Sesungguhnya memperskutukan Allah itu benar-benar kezaliman  yang besar." ( QS. Lukman : 13)

Zalim terhadap manusia melakukan hal yang merugikan orang lain, merampas, memperkosa, melakukan sewenang-wenang kuasa yang ada kepadanya, khususnya kepada pemimpin hingga mendatangkan kerugian besar kepada rakyatnya. Kemudian kezaliman ke atas dirinya sendiri, seperti berpoya-poya, bermabuk-mabukan, perlumbaan haram, menjatuhkan dirinya dalam perangkap dadah, pelacuran dan sebagainya. Selain dari itu tidak memelihara kesihatan, makanan yang bermutu menurut kemampuan, membelenggu dirinya ke arah kebinasaan dan lain sebagainya, ini berarti segala perkara yang boleh merosakkan dirinya.

Kezaliman sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain, sesuatu negara kepada negara  yang lain, sehingga menyebabkan punah ranah  dan hancur lebur negara tersebut. Sejarah kejatuhan sesuatu negara dan sesuatu bangsa membuktikan hal tersebut.
Sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.a.t firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu ketika mereka  berbuat   zalim." (Q.S.Yunus : 13)
Kesimpulan. 

Kezaliman itu sebagai kemuncak kepada kejahatan, doa orang yang dizalimi sangat mudah diterima oleh Allah dan mudah pula akan menimpa sesuatu ke atas diri penzalim, banyak-banyak muhasabah diri  atau introspeksi diri, kemudian perbaiki diri, didiklah diri sebagaimana Allah mendidik manusia dengan cara mendirikan ibadah yang wajib untuk mencegah perbuatan jahat dan keji. Jadikan diri ini rendah hati, terpuji, dan di ridha Ilahi. Kejahatan-kejahatan di atas, jika terus menerus bersarang  dalam diri kita, ia akan memusnahkan kebaikan yang ada pada diri kita, maka perlu diingat, bahawa hidup ini tidak indah lagi apabila keburukan itu kekal mengambil tempat dalam diri ini. Wallahu A'lam.
-ISLAM ITU INDAH-: ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA.

TyaS A'isha Islamic Cyber Community (ICC)
Tulisan ini sangat menarik. Fair. Pastinya ini pas bagi swing voters yg masih mencari perimbangan.
Presiden IIBF Bapak Ir H. Heppy Trenggono M.kom
Jawabannya sekaligus mencerahkan Umat, KEREN !!!
-------------------------------------------------------
Pagi ini saya dapat wa, panjang. Sepertinya dari pemilih Jokowi yang menyatakan sedang galau.
Intinya mempertanyakan sikap IIBF (Indonesia Islamic Business Forum)?dalam Pilpres 2019. Juga berkomentar kalau tidak bisa memberikan solusi jangan menjelek jelekkan petahana.
Ini jawaban saya..
( H. Heppy Trenggono )
Pilpres jangan dilihat sebagai persoalan individu Jokowi dan Prabowo, tetapi dilihat dalam perspektif kebangsaan. Ini bukan adu kebaikan dan keburukan pribadi, tapi ini tentang nasib bangsa, nasib rakyat, dan nasib umat.
Sebagai sebuah institusi pembangun karakter bangsa, IiBF tidak memposisikan diri menjadi tim sukses seorang yang menjadi kandidat dalam pilpres, tetapi IiBF menyadari tugasnya untuk memberikan pencerahan dan menggerakkan kadernya dalam menentukan nasib bangsa ke depan.
Setidaknya ada 3 persoalan besar yang hari ini dihadapi bangsa Indonesia..
1) Ancaman kedaulatan negara, utamanya kahadiran kepentingan negara China di Indonesia..bagaimana menurut anda, apakah baik baik saja? Apakah kita tidak bisa belajar dari Malaysia, Thailand, Vietnam?
Pertanyaannya, Apakah pemerintahan Jokowi memberikan harapan atau justru menjadi persoalan dalam konteks ini?
2) Persoalan ekonomi rakyat yang semakin morat marit. Kita patut bertanya kemana arah pembangunan ke depan kalau hasilnya ekonomi rakyat semakin berat, hampir semua kebutuhan naik dan dinaikkan. Hal seperti ini kalau terus berlanjut akan membuat rakyat semakin menderita.
Atas hal ini, apa yang bisa kita lihat dari Pemerintahan Jokowi? Apakah menjadi harapan atau justru menjadi kekhawatiran kita?
3) Kita patut bertanya tentang Islam di Indonesia hari ini. Apakah baik baik saja? Mengapa terjadi gelombang besar menuntut keadilan oleh umat islam seperti yg kita lihat dalam aksi 212 dan semacamnya? Mengapa tiba tiba umat islam yang satu memerangi umat islam yang lain?
Pertanyaannya, dimanakan Pemerintahan Jokowi memposisikan diri? Apakah menjadi harapan atau justru menjadi bagian dari persoalan tsb?
Kinerja dan erilaku Pemerintahan Jokowi sudah kita lihat selama 4 tahun terakhir. Menurut saya Pemerintahan seperti ini harus disudahi.!!! kita memiliki Momentum Perjuangan melalui Pilpres 2019. Apakah Prabowo lebih baik? Kita tidak tahu... Waktu yang akan membuktikan...
Menjadi Kewajiban kita untuk membela Agama, Negara dan Bangsa.
Kewajiban kita ikut mempertahankan Kedaulatan Negara, memberikan Kontribusi sekecil apapun dalam Membela Pereknomian Rakyat, dan Memberikan Pemihakan yang jelas atas nasib Agama dan nasib Umat.
Berkontribusi tidak harus memberikan solusi. Penguasa yang harus memberikan solusi.
Tugas kita adalah menghidupkan Kesadaran, Nasihat-menasihati untuk nasib Bangsa, nasib Rakyat, nasib Umat.
Jika itupun tidak mampu kita lakukan maka setidak tidaknya adalah memberikan suara dan memilih Pemimpin yang sesuai hati nurani kita.
Salam dari New York.
1 Januari 2019

Khawatir Dipulangkan, Ribuan Pengungsi Rohingya Tinggalkan India 
Jum'at, 18 Januari 2019 06:17 
Foto: AFPKIBLAT.NET, Jamu – Ratusan keluarga Rohingya yang mengungsi ke India beberapa berbondong-bondong meninggalkan Negara itu menuju Bangladesh. Hal itu terjadi setelah pemerintah New Delhi menyerahkan tujuh warga Rohingya ke pemerintah Myanmar pada awal Oktober lalu.
Salah seorang warga Rohingya, Muhammad Arafat, menuturkan kepada Reuters pada Kamis (17/01) bahwa ia dan ribuan warga Rohingya di India terus mendapat teror. Orang-orang India banyak berbicara mengenai pembentukan gerakan pembunuh yang mengincar pengungsi Rohingya.Arafat yang mengungsi di provinsi Jamu, India, dan berpindah ke Bangladesh pada Oktober lalu menambahkan bahwa warga Rohingya yang bertolak ke Bangladesh sekitar 2.000 pengungsi.
“Kami menghadapi banyak persoalan di Negara kami dan kami butuh kehidupan merdeka di tempat lain. Namun, jika di tempat itu kami kembali diancam ketakutan seperti yang kami rasakan di Myanmar, kenapa harus tinggal di sana?” kata bapak dua anak ini.
Kantor Komisi Tinggi PBB untuk Pengungsi (UNHCR) Bangladesh mengatakan pada Kamis bahwa pengungsi Rohingya yang datang dari India “baik-baik saja dan selamat”. Mereka telah menerima bantuan.Juru bicara UNHCR Bangladesh, Firas Al-Khatib mencatat bahwa pengungsi Rohingya yang tiba di Bangladesh beberapa bulan terakhir kebanyakan dari India. Aliran pengungsi dari Myanmar sudah mulai berkurang.
Pemerintah India menyerahkan dua kelompok pengungsi Rohingya ke pemerintah Myanmar dalam tiga bulan terakhir. Para pengungsi itu dituduh memasuki wilayah India secara ilegal.
BACA JUGA  Lagi, India Serahkan Pengungsi Rohingya ke Myanmar
Hal litu menimbulkan kekhawatiran di antara pengungsi Rohingya, terutama setelah PBB mengatakan bahwa kondisi di Myanmar masih tidak memungkinkan kepulangan Rohingya.
Pemerintah India, yang tergabung dalam gerakan nasionalis Hindu, menganggap orang asing Rohingya berada di negara itu secara ilegal dan merupakan ancaman keamanan. 
New Delhi memerintahkan pendaftaran puluhan ribu dari mereka yang tinggal di permukiman yang tersebar dan lingkungan miskin untuk dideportasi ke negara mereka.
India memperkirakan bahwa 40.000 orang Rohingya tinggal di kamp-kamp di seluruh negeri, terutama di Jammu, Hyderabad dan New Delhi. Hanya sekitar 16.500 yang memiliki kartu ID UNHCR, menurut pemerintah India.
Sumber: Reuters
Redaktur: Sulhi El-IzziKhawatir Dipulangkan, Ribuan Pengungsi Rohingya Tinggalkan India





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/selawat-dan-salam-ke-atas-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lambang Syiar Kekufuran Penipuan Ke Atas Nabi Isa

Lambang Syiar Kekufuran Penipuan Ke Atas Nabi Isa

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 317 hits
1 Menurut Saidatina Aisyah Rasulullah sangat sensitif dengan lambang salib Perkara ini diriwayatkan oleh al Bukhari yang menyebutkan Sesungguhnya Rasulullah tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya mela...
Benarkah Dakwaan Minum Darah Nabi Muhammad Saw

Benarkah Dakwaan Minum Darah Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 447 hits
Tular satu rakaman video bahawa seorang individu mendakwa dia dan beberapa orang lain meminum darah Nabi Muhammad SAW Adakah dakwaan ini benar Dan apa hukumnya amalan sebegini Jawapan 1 Sukar untuk memastikan kesahihan video ini Besar kemun...
Doa Nabi Muhammad Saw Untuk Sembuhkan Tubuh Yang Sakit

Doa Nabi Muhammad Saw Untuk Sembuhkan Tubuh Yang Sakit

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 265 hits
Di waktu sakit tubuh jadi lemah dan kosentrasi pun menjadi menurun hingga semua pekerjaan jadi terbengkalai Makin parah penyakit makin menderita kita Serta waktu kita terbaring lemah di tempat tidur seperti itu kita selalu berharap segera s...
Hina Nabi Muhammad Saw Aipda Saperio Menangis Dituntut 3 Tahun Bui Denda Rp 1 M

Hina Nabi Muhammad Saw Aipda Saperio Menangis Dituntut 3 Tahun Bui Denda Rp 1 M

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 228 hits
Setelah tuntutan dibacakan majelis hakim menunda sidang Persidangan dijadwalkan berlangsung Senin dengan agenda pembelaan terdakwa
Kepolisian Dan Knpb Saling Tuding Atas Pendudukan Kantor Di Mimika

Kepolisian Dan Knpb Saling Tuding Atas Pendudukan Kantor Di Mimika

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 244 hits
Babak baru kisruh Papua Kepolisian dan KNPB saling tuding atas pendudukan kantor di MimikaPenggeledahan kantor Komite Nasional Papua Barat KNPB oleh kepolisian Mimika pada akhir tahun lalu berlanjut dengan saling menuntut Pihak KNPB menyata...
Designcap Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

Designcap Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 472 hits
DIY atau Do It Yourself ibaratnya sudah menjadi satu minat baru kepada masyarakat kita Dari servis kenderaan sendiri kepadalah pembaikan alat alat elektrik di rumah Tetapi tidak lupa juga ada yang berminat hendak mencipta sendiri sesuatu ya...
Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 407 hits
Ustaz Mohd Hanif Salleh Panduan Solat Atas Kerusi Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim dalam keadaa...
Kecemas4n Sekalipun Tak Payahlah Bagi Dia Kencing Atas Meja Restoran Ibu Kena Kecam Guna Cawan Tadah Air Kencing Anak

Kecemas4n Sekalipun Tak Payahlah Bagi Dia Kencing Atas Meja Restoran Ibu Kena Kecam Guna Cawan Tadah Air Kencing Anak

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 362 hits
Rakaman video menunjukkan 2 orang wanita memangku anaknya yang sedang membuang air kecil diatas meja makan memualkan orang ramai disekelilingnya ketika itu Kejadian yang berlaku di Chunshuitang China itu dirakam pengunjung kedai makan itu a...
Tiga Jam Lelaki Ini Berbaring Di Atas Bom

Tiga Jam Lelaki Ini Berbaring Di Atas Bom

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 308 hits
Jumaat 11 Januari 2019 Gambar hiasan VENLO Seorang lelaki di Belanda berbaring selama tiga jam di atas sebutir bom dari masa Perang Dunia II yang belum meledak Lelaki itu tampaknya berusaha untuk membatasi kerosakan yang mungkin menyebabkan...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda