Selamatkan M Sia Jom Tukar


 
1. ‘Gelombang Selamatkan Malaysia’ esok
GOMBAK: Orang ramai dijemput untuk menghadiri Siri Jelajah Selamatkan Malaysia dengan tajuk ‘Gelombang Selamatkan Malaysia’ pada esok (13 Julai, Sabtu), pada jam 9 malam di KUIZM, Taman Melewar, di sini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat, program anjuran Jabatan Penerangan PAS Pusat dan Harakah itu akan menampilkan barisan penceramah terkemuka dan sentiasa terkehadapan dalam membicarakan isu-isu dan hal ehwal kebajikan rakyat. 

Mereka yang dijadualkan hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad; Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Sudah diberi peluang, mereka bebankan rakyat dengan formula yang membawa pulangan menjerat. Sudah diberi masa, mereka persiakan kuasa dengan inisiatif yang dangkal dan tidak adil. 
“Sudah diberi teguran, mereka ‘bahalolkan’ dan ‘bodohkan’ rakyat dengan sesukanya. Orang begini tidak lagi boleh diberi muka. Malaysia perlu diselamatkan segera!” katanya menerusi kenyataan itu.
Turut dijadualkan hadir pada majlis berkenaan adalah mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; mantan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
“Demi masa hadapan Malaysia dan generasi anak-anak cucu kita, satu kuasa kolektif rakyat Malaysia yang membentuk gelombang diperlukan saat ini. Kita hantarkan signal penolakan kepada kerajaan semasa yang begitu bongkak dan angkuh dengan kuasa yang ada.
“Kita gegarkan program ini dengan suara keramat rakyat Malaysia!” katanya.
Semua rakyat Malaysia yang ingin mengetahui isu sebenar yang sedang berlaku di dalam negara dijemput untuk hadir beramai-ramai ke lokasi dan waktu yang ditetapkan.
Siri Jelajah itu juga boleh disaksikan secara dalam talian menerusi laman media sosial Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 12/7/2024
2. Hijrah model penyatuan masyarakat majmuk  

KINI, hijrah disambut ulang tahunnya yang ke-1446, suatu tempoh yang mencecah abad ke-15. Peristiwa hijrah memberikan pengajaran terbesar kepada seluruh manusia sepanjang zaman. Allah SWT memerintahkan pelaksanaan hijrah, setelah pihak jahiliah Makkah menolak tawaran menegakkan negara Islam daripada Rasulullah SAW iaitu sebuah negara yang menjanjikan konsep adil kepada semua manusia.

Para pemimpin Makkah menolak tawaran itu, walaupun mereka percaya kepada kemuliaan peribadi Rasulullah SAW dan kebijaksanaannya. Akan tetapi, mereka tidak percaya kepada ilmu Allah dan petunjuk-Nya. Allah SWT menceritakan peristiwa itu melalui firman-Nya:
وَقَالُوٓاْ إِن نَّتَّبِعِ ٱلۡهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفۡ مِنۡ أَرۡضِنَآۚ أَوَ لَمۡ نُمَكِّن لَّهُمۡ حَرَمًا ءَامِنٗا يُجۡبَىٰٓ إِلَيۡهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَيۡءٖ رِّزۡقٗا مِّن لَّدُنَّا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٥٧
“Dan mereka berkata, ‘Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami (Makkah).’ (Allah bertanya): Adakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka di dalam daerah Tanah Haram (tanah suci Makkah) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan daripada segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagi kamu) daripada sisi Kami? Akan tetapi, kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Surah al-Qasas: 57]
Mereka mempunyai sangkaan buruk dan jahat terhadap Islam yang dituduh akan menjadi ancaman kepada mereka. Malah, mengatakan bahawa Islam akan ditolak oleh seluruh dunia dan diserang oleh semua pihak yang akan menghancurkan perjuangannya, sehingga menjadi fobia terhadap Islam.
Rasulullah SAW pula secara tegas menolak cadangan pelantikan Baginda menjadi pemimpin Makkah dengan penabalan jawatan raja atau menjadi pemimpin yang ditawarkan kuasa mutlak dan diberikan harta yang melimpah ruah dengan mengekalkan kuasa takhta walaupun zalim, tanpa mendaulatkan Islam yang menjanjikan keadilan kepada semua.
Rasulullah SAW terus mengajak seramai mungkin masyarakat untuk menganut Islam tanpa paksaan dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam yang tidak ekstrem, dengan membawa tema adil kepada semua. Perkara ini berpandukan firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu melaksanakan segala amanah (tanggungjawab) kepada sesiapa yang layak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]
Baginda SAW menyampaikan perintah Allah kepada sesiapa yang mahu menerimanya dan mencari sesiapa yang sedia menyerahkan tanah air, serta berjuang demi menegakkan negara yang meletakkan Islam berkuasa dan berdaulat di dalam sesebuah negara.
Akhirnya, penduduk Madinah yang terdiri daripada kalangan masyarakat majmuk kaum Arab menerima Islam bersama golongan bukan Islam yang cinta akan perdamaian, terdiri daripada kalangan kaum Yahudi dan Kristian Najran, di samping sebahagian daripada Arab Musyrikin yang sedia menerima Islam memimpin negara. Hal ini demikian kerana, mereka bosan dengan kekejaman yang berlaku dalam masyarakat di seluruh pelosok yang tidak mampu ditangani oleh negara kuasa besar dan pelbagai agama yang sedia ada pada zaman itu. (Sila rujuk ucapan Presiden PAS ABDUL HADI AWANG Bertarikh: 9 Muharram 1446 /15 Julai 2024 – HARAKAHDAILY 15/7/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, untuk selamatkan Malaysia masa kini, tidak ada jalan lain kecuali tukar saja karajaan DAP/Anwar yang sedang bertenggek di negara ini. Rudumkan mereka segera, bukan saja di Malaysia bahkan termasuk kuncu-kuncunya di seluruh dunia.
Rudum dan ghuyupkan!
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.





....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/selamatkan-msia-jom-tukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Ubah Cara Berdoa Dengan Betul Agar Diterima Oleh Allah Swt

Jom Ubah Cara Berdoa Dengan Betul Agar Diterima Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 160 hits
nbsp JOM UBAH CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT Pernah tak kita terfikir adakah betul cara kita berdoa tu untuk sampai kepada Allah swt Selalu juga kita meminta minta agar doa kita tu Allah perkenankan Tapi berdoa pun ki...
Malam Ini Ceramah Rafizi Ramli Jom Bongkar Peniouan Pas Dan Bersatu

Malam Ini Ceramah Rafizi Ramli Jom Bongkar Peniouan Pas Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 167 hits
Malam ini ceramah saya menjawab tohmahan anwaribrahim konon nak jual negara dan konspirasi Israel seperti yang dimainkan Perikatan Nasional Kpd penduduk Sg Bakap jom turun ke tapak ceramah di Ladang Sempah Kpd yang lain boleh ikuti di media...
Tukar Pulak Kah

Tukar Pulak Kah

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 253 hits
Utusan Online dah jadi lidah rasmi Perikatan Nasional ke Tanya je
Jom Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka

Jom Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 186 hits
nbsp Kak ana ada task paid job untuk jenama cendol Win Food baru baru ni Kan tengah viral cendol Win tu selepas seorang influencer Jepun yang berada di Malaysia duk masak ramen menggunakan cendol Win Food ni Jadi kak ana di tawarkan lah unt...
Jom Kita Ikut Apa Harakahdaily Cakap

Jom Kita Ikut Apa Harakahdaily Cakap

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 160 hits
Mari kita ikut pencerahan yang bertarikh 31 Oktober 2022 yang disiarkan di akhbar Harakahdaily untuk memahami situasi di Dewan Rakyat mutakhir ini Pencerahan yang cukup jelas bak kata orang hari itu faham hari ini buat buat tak faham Artike...
Jom Sarapan Pagi Di Tok Ba Kopitiam Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Jom Sarapan Pagi Di Tok Ba Kopitiam Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 103 hits
TOK BA Kopitiam Bertam Kepala BatasTOK BA KopitiamPort sarapan pagi di Bertam Kepala Batas korang boleh try di TOK BA Kopitiam yang terletak di no 33 11 Persiaran Dagangan Pusat Bandar Bertam Perdana 13200 Kepala Batas Pulau Pinang TOK BA n...
Hiburan Remaja Perempuan Hilang Dah Ditemui Rupanya Merajuk Tak Dibenarkan Tukar Kursus Tempat Pengajian

Hiburan Remaja Perempuan Hilang Dah Ditemui Rupanya Merajuk Tak Dibenarkan Tukar Kursus Tempat Pengajian

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 119 hits
Tular sebelum ini mengenai seorang remaja perempuan Siti Nur Balqiesh Rasid 17 yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi Johor telah pun ditemui Difahamkan Siti bertindak lari dari kediaman keluarganya kerana merajuk dan memberontak kerana tida...
Setelah Sebulan Jomlah Kita Tukar

Setelah Sebulan Jomlah Kita Tukar

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 185 hits
nbsp Setelah sebulan jomlah kita tukar Apa yang nieyl nak tukar tu pewangi bilik office nieyl sebelum yang lalu nieyl guna pewangi dari lovely lace kan so untuk bulan july ni nieyl tukar ke ambi pur pula Kebetulan semalam nieyl keluar lunch...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini