Selamat Tinggal Wawasan 2020 Mu Tun


Cikgu Kamarul

Dr. Mahathir Mohamad (Surat Terbuka Cikgu Kamarul untuk Tun M)
Tun,
Ketika 2020 melabuhkan tirainya, WAWASAN 2020 telah lama rebah dalam khayalan seribu persoalan. Kemanakah perginya impian wawasan yang Tun rencanakan dahulu? Ia tidak ubah seperti mimpi ngeri yang tiada cerita indah sebagai penyudah. Rupa-rupanya kami dibuai dengan impian yang penuh dengan omongan kosong yang langsung tidak membawa sebarang makna. Siapakah pula yang akan dipersalahkan dengan kegagalan Tun kali ini? Najib sekali lagi? Atau mungkinkah Muhyiddin yang akan dikambinghitamkan?
Wawasan 2020 sepatutnya membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan disegani sementara bangsa Melayu pula menjadi bangsa yang disegani dan dihormati. Namun kini dunia mentertawakan kita dan Melayu seperti sudah hilang maruahnya. Semua ini gara-gara tindakan Tun sendiri.
Tun menghabiskan seluruh hidup berpolitik Tun dengan membunuh para pemimpin Melayu yang hebat agar Tun dan anak-anak tidak dibayangi oleh kehebatan mereka. Tun membunuh kepercayaan rakyat terhadap Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Najib dengan propaganda yang bukan sahaja memusnahkan mereka tetapi juga bangsa Melayu. Anehnya Tun masih mahu bercakap ini dan itu tentang Melayu.
Tun juga tidak pernah mahu menghargai jasa pihak dan orang tertentu yang telah menentukan Tun mencapai apa yang dihajatkan. Tun menjadi punca kejatuhan UMNO yang begitu banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan Tun sendiri. Semua ini Tun lakukan setelah Tun dan anak cucu Tun mendapat limpahan kesenangan daripada parti Melayu ini.
Tun,
Bangsa Melayu tidak akan lupa Peristiwa Hitam Ramadhan dimana rumah Allahyarhamah Tun Rahah digeledah dan dipecahkan. Apakah kesalahan isteri bekas Perdana Menteri yang kami kasihi itu terhadap Tun? Tindak tanduk Tun terhadap Tun Rahah dan Datuk Seri Mohd Najib mengingatkan kami tentang kekejaman Zionis yang gemar melancarkan serangan keatas penduduk Islam Palestin di bulan Ramadhan. Mungkin Tun mabuk dengan kuasa buat kali kedua ketika itu. Namun semua kuasa di atas dunia adalah sementara belaka.
Tunlah yang menjadi punca kepada segala kemusnahan yang melanda negara dan bangsa. Sayang sekali, kasih sayang Tun terhadap anak-anak sendiri menggunung tinggi tanpa batasan.
Tun sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin kepada bangsa Melayu kerana kepimpinan Tun telah melumpuhkan kemajuan bangsa Melayu. Setiap apa yang Tun lakukan diiringi dengan propaganda mengangkat nama Tun. Ketika orang Melayu diajak berbangga, anak-anak Tun pula mendapat habuan untuk menambah kekayaan dan harta.
Ketika Tun untuk sekian kalinya mencari jalan pintas untuk menambahkan kekayaan anak-anak, Melayu hidup dengan penuh kesengsaraan di tanahair sendiri. Namun Tun tidak pernah mahu tahu itu semua. Lidah Tun lebih mudah melabelkan Melayu sebagai bangsa yang malas. 
Pernahkah anak cucu Tun merasai kesempitan pada kunjungan setiap tahun baru kerana perlu berbelanja untuk menghantar anak ke sekolah? Pernahkah anak cucu Tun merasai begitu tidak berdaya untuk menghantar anak-anak ke pusat-pusat pengajian tinggi? 
Pernahkah anak cucu Tun hanya mampu makan sekali dalam sehari ketika menjalani hari hari sebagai pelajar di sebuah politeknik atau universiti? Pernahkah anak cucu Tun turun ke sawah dalam keadaan dingin dalam hujan yang lebat di awal pagi?
Pernahkah anak-anak cucu Tun ternanti-nanti akan hari gaji kerana gaji di bulan ini telah habis digunakan untuk pendidikan anak-anak?
Sedang anak kami bertungkus lumus memenuhi setiap ruang waktu dan peluang yang ada untuk menambah pendapatan bagi membolehkan mereka mengharungi kehidupan sebagai pelajar, anak cucu Tun berbelanja mewah dalam percutian di luar negara sambil mengambil peluang menyindir pemimpin dan Raja-Raja Melayu dengan tulisan-tulisan yang penuh keangkuhan.
Tun,
Masihkan seronok bercakap gah tentang Islam di pentas antarabangsa lalu dianggap sebagai pemimpin Islam sedangkan Islam di tanahair sendiri tidak dijaga dengan sempurna? Ada saja pemimpin Islam yang Tun perlekehkan dan undang-undang Islam yang diperkecilkan. Haji mereka yang dihantar Najib ke tanah suci pun Tun pertikaikan.
Dan pada malam ini apabila kami memikirkan bagaimana hendak menjalani hari-hari yang mendatang, anak cucu Tun mungkin sedang merancang percutian tahun baru mereka dan Tun pula sedang berkira-kira pemimpin Melayu mana pula yang hendak dijatuhkan.
Wawasan 2020? Apa itu Tun?
Selamat Malam Tun. SUARA MERDEKA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/selamat-tinggal-wawasan-2020-mu-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal 2020 Selamat Datang 2021

Selamat Tinggal 2020 Selamat Datang 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Alhamdulillah pejam celik tak sangka cepat betul masa berlalu dan tahun 2020 pun dah melabuhkan tirainya
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 468 hits
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru Tahun 2021 Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat ...
Selamat Datang 2021 Selamat Tinggal 2020

Selamat Datang 2021 Selamat Tinggal 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 541 hits
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Makin bertambah usia kita Maka teruskan lah menambah ilmu dan amalan kita 2020 Berlalu pergi meninggalkan pelbagai kisah suka dan duka Yang manis dijadikan kenangan Yang pahit dijadikan teladan 2021...
Tahun 2020 Meninggalkan Kita Selamat Datang 2021

Tahun 2020 Meninggalkan Kita Selamat Datang 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 782 hits
Tahun 2020 meninggalkan kita Selamat Datang 2021 Assalamualaikum 03 Januari 2021 Terlewat 3 hari untuk menulis tentang tahun baru Eh tiada istilah lewat ya Di kesempatan ini Cik Rose mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 Antara memori memori ...
14 Tahun Lalu Seseorang Kosongkan Tempat Itu Untuk Saya Abby Fana Ucap Selamat Tinggal Kepada Pendengar Sinar Fm

14 Tahun Lalu Seseorang Kosongkan Tempat Itu Untuk Saya Abby Fana Ucap Selamat Tinggal Kepada Pendengar Sinar Fm

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 411 hits
unable to retrieve full text content PENYAMPAI radio Abby Fana meminta maaf kerana tidak memaklumkan hari terakhir bersama Sinar FM 31 Disember lalu lebih awal Menurut Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar 54 dia tidak tahu bagaimana untuk ...
Wawasan 2020 Lingkup Di Tangan Penyamun Penyangak Pencuri

Wawasan 2020 Lingkup Di Tangan Penyamun Penyangak Pencuri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 296 hits
ITU yg selalu Tun ungkapkan sejak 2016 apabila landasan yang telah dibina mula dipesongkan sejak paklah ambil alih antaranya tidak meneruskan jambatan bengkak dan keretapi laju Mahathir telah letakan asas yang KUKUH sebelum bersara dan mens...
Menyayat Hati Mangsa Nahas Sriwijaya Air Ucap Selamat Tinggal Di Instagram Beberapa Minit Sebelum Pesawat Terhempas

Menyayat Hati Mangsa Nahas Sriwijaya Air Ucap Selamat Tinggal Di Instagram Beberapa Minit Sebelum Pesawat Terhempas

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 847 hits
Menyayat hati mangsa nahas Sriwijaya Air ucap selamat tinggal di Instagram beberapa minit sebelum pesawat terhempas Byebye keluarga semua kita pulang kampung dulu ya Isnin 11 Januari 2021 7 00 AMRatih sempat membuat perkongsian di laman Ins...
Video Jenazah Tun Salleh Abas Selamat Dikebumikan

Video Jenazah Tun Salleh Abas Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA TERENGGANU Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas 91 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di sini pada pukul 10 30 pagi tadi Terdahulu van yang membawa jenazah Mohamed Salleh tiba di pekarangan ...
Seorang Lagi Pemain Terengganu Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

Seorang Lagi Pemain Terengganu Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 714 hits
Kuala Terengganu Selepas Abdul Shukur Jusoh mengumumkan mengantung but dari arena bola sepak kini seorang lagi pemain berasal dari Terengganu mengambil langkah yang sama Pemain pertahanan tengah Terengganu FC II musim lalu Radhi Yusof mengu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran