Selamat Tinggal Jepun Ada Rezeki Kami Pasti Kembali


🌸 CATATAN KE JEPUN | HARI KEENAM - ISNIN, 9 DISEMBER 2024 🌸
Sambungan entri terdahulu —> Menikmati Yakiniku di Yakiniku Iwasaki, Ueno.

Hari terakhir di Tokyo, kami mendaftar keluar hotel seawal pukul 7.30 pagi. Suasana di luar sudah pun cerah, matahari terbit pada pukul 6.40 pagi. Udara sejuk dengan suhu sekitar 5℃. 
Dari pintu hotel, kami cuma perlu berjalan ke depan sedikit saja dan kemudian melintas jalan untuk ke Keisei Ueno Station - stesen tren menuju ke Narita Airport. Sangat dekat dan mudah bagi kami membawa dua buah bagasi yang isinya penuh dan berat berbanding sewaktu tiba di sini

Lintasan pejalan kaki untuk ke pintu masuk Keisei Ueno Station. Terdapat sebuah hotel dengan kedudukan berhadapan dengan pintu masuk stesen, ia menjadi pilihan utama kami sewaktu mencari penginapan di kawasan ini. Tapi hotel tersebut tiada kekosongan, maka terpaksalah kami memilih hotel di sebelahnya iaitu APA Hotel Keisei-Ueno Ekimae walaupun harganya lebih mahal

Suasana sibuk di dalam Keisei Ueno Station

Tiket Keisei Skyliner Airport Express sudah pun Encik Suami beli secara online, sehari sebelumnya menerusi Klook. Kami dapat harga lebih rendah berbanding pembelian terus di kaunter. Sampai di stesen, e-ticket perlu ditukar kepada tiket fizikal di kaunter tiket

Tiada catatan lanjut dan foto di dalam tren sebab lebih kurang sama sajalah dengan pengalaman sewaktu kami tiba tempoh hari. Catatan berkenaannya boleh baca di entri - Naik Keisei Skyliner Airport Express ke Nippori Station.
Pukul 8.30 pagi, kami tiba di Narita Airport.
BELI TIKET PENERBANGAN MAS, TAPI NAIK PESAWAT JAL | Bagi perjalanan pergi dan balik, kami beli tiket MAS (Malaysia Airlines). Perjalanan pergi kami naik pesawat MAS, tetapi bagi perjalanan balik kami berpeluang naik pesawat JAL (Japan Airlines)

Ini kerana MAS mempunyai kerjasama codeshare dengan JAL, maksudnya kedua-dua syarikat boleh menjual tiket penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat lain di bawah kod mereka sendiri

Jadinya semasa di Narita Airport, kami terus saja menuju ke kaunter check-in untuk JAL. Tapi rupa-rupanya semua penumpang perlu buat self service check-in dan self-service baggage drop. Belum sempat kami buat apa-apa di kiosk berkenaan, seorang staf perempuan datang menghampiri kami. Setelah meneliti butiran penerbangan, kami diminta ke satu kiosk lain

Di kiosk ini, staf tadi buatkan urusan check-in.
Bagasi kami ditimbang di sini. Bagasi yang besar, beratnya lebih 19 kg. Manakala yang kecil, beratnya hampir 12 kg

Alhamdulillah sekejap saja siap urusannya, jadi mudah sebab ada staf bantu uruskan. Masih ada banyak masa lagi sebelum waktu berlepas, bolehlah kami jalan-jalan melihat apa yang ada di sini

Terdapat banyak pilihan kedai cenderamata. Kalau masih belum cukup oleh-oleh yang dibeli, bolehlah menambah pembelian di dalam lapangan terbang ni

Antara barangan yang menarik perhatian saya - foldable shopping bag dengan motif Jepun. Harganya 1,320 yen

Stokin berjari dengan pelbagai pilihan warna dan motif

Jumpa kedai makan halal - La Toque. Kami tak cuba makan di sini sebab sebolehnya nak elak makan makanan berat sebelum penerbangan jauh, bimbang perut meragam. Tambahan pula, nanti dalam pesawat ada hidangan makanan

Kami pergi ke bahagian coklat. Teringin saya nak cuba coklat buatan Jepun jenama Royce’ Chocolate ni. Terdapat beberapa jenis coklat di sini, saya semak satu persatu status halal di aplikasi Halal Japan. Hasil semakan, kami cuma boleh membeli Royce’ Potatochip Chocolate (dalam foto di atas, ia terletak di bahagian atas). Harganya 800 yen

Untuk makluman - walaupun ketika kami beli ni hasil semakan produk ianya berstatus halal (tiada kandungan yang haram), tetapi kandungan produk mungkin berubah pada masa akan datang. Maksudnya, setiap kali nak membeli apa-apa produk kita mesti semak kandungannya

Saya ke suatu sudut yang agak tersorok di balik binaan dinding, dari sudut tersebut kita boleh melihat suasana di luar bangunan. Saya tersenyum sendiri bila terpandang ekor pesawat dengan lambang MAS. Begitulah bila kita berada jauh di negara asing, nampak pesawat penerbangan Malaysia pun dah cukup buat rasa gembira. Walaupun Jepun negara yang penuh pesona, tapi tanah air sendiri tetap di hati

Pukul 10.45 pagi, kami bergerak menuju ke balai berlepas

Suasana di balai berlepas Gate 64

Pesawat JAL yang membawa kami terbang pulang ke tanah air

Saya rasa teruja untuk merasai pengalaman pertama terbang dengan syarikat penerbangan Jepun. Insya Allah catatan pengalaman terbang bersama JAL di entri seterusnya

*
Alhamdulillah…kami berdua berpeluang meneroka sebahagian kecil bumi Jepun. Banyak kenangan yang tercipta sepanjang permusafiran kami. Juga banyak perkara yang membuatkan saya rasa kagum dengan cara fikir dan budaya orang Jepun. Jepun bukanlah negara yang terbaik dalam segala perkara, tetapi banyak perkara baik yang boleh kita contohi dari Negara Matahari Terbit ini

Selamat tinggal Jepun, ada rezeki kami pasti kembali
Terima kasih Allah 💙








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/07/selamat-tinggal-jepun-ada-rezeki-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fizz Fairuz Ucap Selamat Tinggal Suria Fm Pilih Fokus Pada Keluarga

Fizz Fairuz Ucap Selamat Tinggal Suria Fm Pilih Fokus Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Setelah hampir setahun setengah menceriakan pagi pendengar setia Suria FM Datuk Fizz Fairuz akhirnya mengundurkan diri daripada segmen Morning Morning Suria Pengumuman perpisahan itu dibuat secara langsung oleh Fizz sendiri ket...
Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia

Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 201 hits
Festival Filem Raintown kembali untuk edisi keduanya dari 12 hingga 14 September 2025 di Paragon Cinema Taiping Mall Bertujuan mempromosikan Taiping melalui sinema Malaysia acara selama tiga hari ini adalah percuma dan terbuka kepada semua ...
Dolar Kembali Kepada Perbezaan Arah

Dolar Kembali Kepada Perbezaan Arah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 154 hits
Tarif yang dikenakan oleh Donald Trump sudah mula memberi kesan Zon euro hampir hampir mengalami stagnasi manakala ekonomi Jerman menguncup sebanyak 0 1 pada suku kedua akibat dasar perlindungan perdagangan AS serta permintaan domestik yang...
Jika Aku Tak Kembali Maafkan Aku Doakan Aku

Jika Aku Tak Kembali Maafkan Aku Doakan Aku

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 137 hits
Untuk hati yang menyimpan rasa diam diam Kita kelak akan berpulang Bukan hari ini mungkin Tapi satu hari nanti tanpa pesan tanpa janji Kita akan benar benar pergi meninggalkan dunia ini Meninggalkan senyum tangis rindu dan kenangan yang per...
Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

Endo Terharu Kembali Ke Yokohama Sebagai Bintang Liverpool

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 173 hits
Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool ENDO memulakan karier profesionalnya bersama Shonan Bellmare di Hiratsuka FOTO Reuters Tokyo Pemain tengah Jepun Wataru Endo menyifatkan peluang beraksi bersama Liverpool di tanah a...
Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 150 hits
FTG kembali DENDANG REMAJA dengan SOFEA Indah alam dalam renunganMuda mudi berpandanganBersiaran di taman sanaPenuh hati dengan iramaRedup senja diselubungi megaNamun gelap gelitaHujan gerimis insan menangisTanda dosa terukirItulah petikan ...
Wajah Tua Ketika Hamil Wanita Ini Kembali Berseri Selepas Bersalin

Wajah Tua Ketika Hamil Wanita Ini Kembali Berseri Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 155 hits
Bila berbicara tentang kehamilan ramai membayangkan momen indah wajah berseri dan kulit glowing Tapi hakikatnya tidak semua ibu bertuah melalui fasa itu Ada yang diuji dengan perubahan drastik pada tubuh dan lebih menyedihkan perubahan keta...
Jaga Anak Sendiri Rajin Bersukan Uqasha Senrose Kembali Langsing Selepas Bersalin

Jaga Anak Sendiri Rajin Bersukan Uqasha Senrose Kembali Langsing Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 155 hits
Tanpa pembantu tanpa diet ketat tapi tetap langsing selepas bersalin ini rahsia Uqasha Senrose yang ibu ibu wajib tahu Selepas bersalin kebanyakan wanita mengakui agak sukar untuk dapatkan semula bentuk badan asal Masa banyak tertumpu pada ...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Create Your Next Masterpiece With The All New

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Suplemen Yang Perlu Dielakkan Kalau Korang Mengambil Levothyroxine

Conducting A Swot Analysis

Lauk Sardin

Peguam Along Cham Mohon Saksi Henti Buat Kenyataan Utusan Malaysia

Panduuji Gac Emkoo Suv Futuristik Dari Rm120k

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu