Selamat Tahun Baru 2023 Apa Azam Yang Nak Dicapai
Selamat Tahun Baru 2023, Apa Azam Yang Nak Dicapai? Selamat Tahun Baru 2023. Cepatnya masa berjalan, macam pejam celik eh, dah tahun baru lagi? Atau saya sorang je yang perasan begitu? Pelbagai nikmat dan ujian yang diturunkan bertali arus, syukurilah semuanya.
Tahun baru datang lagi. Tahun 2022 ditinggalkan. Selamat datang 2023. Semoga segala pinjaman yang Allah bagi kita dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya
Selamat Tahun Baru 2023
Selamat Tahun Baru 2023, Dengan Azam Baru Terbaik. Selamat tinggal tahun 2022. Selamat datang tahun baru 2023.
Alhamdulillah.. masih lagi diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari hari demi hari dan tahun demi tahun.
Tak lupa saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada seluruh pembaca blog kisahresepi.com. Semoga pada tahun-tahun mendatang ini blog picisan saya masih mampu berdiri teguh membawa dan memberi manfaat kepada orang lain juga, terutamanya resepi yang sedap-sedap
Apa azam tahun baru 2023 anda?
Antara azam yang pernah saya buat pada tahun-tahun terdahulu dan masih belum tercapai adalah:
1. Nak jadi jutawan dan dermawan2. Beli tanah 3. Nak buat chanel masakan sendiri 🤩4. dan banyak lagi.
Ada banyak lagi azam tahun baru yang saya belum tercapai namun akan saya usahakan. Insya Allah.. jadi tahun 2023 ini saya perbaharui azam-azam saya itu ✌
Untuk blog Kisahresepi.com ini.. saya berazam akan post entry resepi dan masakan seminggu sekali agar blog ni tak sunyi sepi.
Oh ya, kalau nak cipta azam baru, ciptalah dengan rasa hati bukan sekadar sebut sesuka hati. Jangan kerana orang lain ada azam baru, kita ikut juga cipta azam. Azam baru seharusnya sesuatu yang dicipta setelah difikirkan segala segi fizikal dan mental serta kemampuan kita untuk melaksanakannya. Bukan cipta azam membuta tuli.
Semoga apa yang saya azamkan itu Allah bantu dan permudahkan.
Semoga Allah hadirkan takdir yang baik-baik buat saya dan terus dikelilingi oleh orang yang baik-baik juga. Insya Allah
Jika kita berazam nak jumpa orang baik, buat perkara yang baik.. Allah akan berikan jalannya
Namun yang pasti, jangan lupa Allah dalam setiap azam yang kita buat. Dahulukan DIA, nescaya DIA ada di mana-mana saat kita jatuh dan bangun demi mencapai azam yang dicipta
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahresepi.com/2023/01/selamat-tahun-baru-2023-apa-azam-yang.html