Selamat Menunaikan Ibadah Haji Dan Salam Aidiladha
Alhamdulillah, masih consistent update entry dan Alhamdulillah kita masih dapat meraikan hari raya adiladha pula untuk tahun ini. Kalau ikut tarikh dalam kalender Islam, hari semalam awal waktu subuh merupakan tarikh keramat buat mimin. Di mana, tarikh tersebut merupakan tarikh arwah apak Haji Adam bin Maarop kembali kerahmatullah. Tahun ni merupakan tahun yang ke 8 tahun
Berbeza pula buat tahun ni, di mana ibu bapa angkat mimin dapat menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Nama naik pergi Haji adalah tahun 2020 tapi tak ada rezeki 2 tahun akibat Covid-19 melanda 1 dunia. tempat berkumpul - MOVEN PICK HOTEL SEPANG
HARI RAYA HAJIHari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha di Malaysia. Hari ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Haji disambut dari dua hari yang penting dalam Islam.
Hari Raya Haji jatuh pada hari kesepuluh di bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam ataupun dikenali sebagai Kalendar Hijriah. Hari Raya Haji disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah di seluruh dunia
8 JUN 2022 - IBU BAPA MENAIKI PENERBANGAN AWALboleh teman sehingga selesai buat pendaftaran
Alhamdulillah sekali lagi, ibu bapa mimin telah dijadualkan antara Jemaah awal yang tiba di Tanah suci. Maka, Mimin Mamet lah yang menghantar mereka ke Moven Pick tempat mereka berkumpul. Pewaris tak boleh tunggu sampai mereka hilang ke perut kapal terbang, Hanya sekadar hilang dalam dewan tempat mereka berkumpul je Mak menyantuni Ibu sebelum berlepas
boleh tengok sampai hilang dari pandangan mata di Dewan Moven Pick Hotel
member lepakkkkk drive pepagi buta
Penerbangan dijadualkan pada tengah hari. Jadi mereka perlu ada di Moven Pick Hall seawal 8 pagi dah selesai urusan pendaftaran dan ambil keperluan yang disediakan oleh Tabung Haji. Takpe lah asalkan urusan mereka dipermudahkan
selfie pertama tokpe tiba ni Masjid Nabawi
tak risau bab makan, TH sediakan makanan Tengah hari dan Malam
Cikpian menyantuni Ibu bapa dekat Madinah
Dapat ziarah banyak tempat.
cuaca sana Lit Lit macam biasa
Mereka tiba di Tanah Suci Madinah pada jam 11 malam waktu Malaysia. Alhamdulillah, tak risau sebab ibu rajin update ke kami. hahaha. Mereka datang awal. Jadi shopping pun awal jugak. Sesia ziarahan sangat lancar. Syukur Ya Allah telah pelihara mereka dekat sana sempurna. tak ada sakit demam atau sebagainya. Mereka seronok beribadah dekat sana
7 JULAI 2022 - TIBA DI ARAFAHselfie pertama di Arafah
Mereka telah tiba di Arafah. Banyak perubahan dekat sana. dah ada khemah kukuh disediakan bilik air yang siap ada tangki dah sekarang. Semoga sehingga usai ibadahnya diberikan kesihatan dan kakinya beri kerjasama. Tabung Haji dah buat jadual untuk mereka melontar pada waktu malam. Wahh! legaa banyak sebab sejuk. Semoga baik-baik sahaja mereka di sana
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Sebelum menutup kata, Mimin dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca di blog Mimin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miminadam.com/2022/07/selamat-menunaikan-ibadah-haji-dan.html