Selamat Jalan Abdul Aziz Perginya Permata Mas


Syahril A. Kadir

MAS itu adalah Aziz, dan Aziz itulah MAS.

Begitulah sinonimnya nama MAS dengan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, anak jati Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan ini.

Apa tidaknya, insan inilah sewaktu menjawat jawatan Pengarah Urusan MAS dahulu telah meninggalkan syarikat itu dengan rizab tunai sebanyak RM5 billion sewaktu persaraannya sedangkan sewaktu memegang jawatan tersebut pada tahun 1982, MAS menanggung RM39 juta defisit dan memerlukan RM70 juta untuk dana operasi!



Untuk rekod, MAS yang beroperasi pada Oktober 1972 kini mengalami kerugian hampir RM3 billion!

Kejadian melibatkan dua pesawatnya seperti yang kita tahu terus memburukkan lagi keadaan kewangan syarikat penerbangan itu yang semenangnya sudah meruncingkan.

Kerajaan melantik Christoph Mueller sebagai ketua pengarah urusan bagi membantu MAS pada 2016 tetapi beliau meletakkan jawatan sebelum tempoh tiga tahun perkhidmatan tamat.

Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Peter Bellew, tetapi tempoh perkhidmatan Bellew juga singkat dan jawatan itu kemudiannya diserahkan kepada anak tempatan Izham Ismail sehingga kini.

Sebagai ‘orang lama’ MAS, Aziz adalah antara yang paling lantang membuat kritikan terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam memulihkan syarikat penerbangan berkenaan.
Beliau tidak faham bagaimana MAS dikatakan terus mencatatkan kerugian besar, walaupun mempunyai kadar muatan penumpang sebanyak 78%.

Beliau berkata, perkara itu tidak munasabah kerana sepanjang tempoh beliau mengetuai MAS, jika syarikat mencapai kadar muatan penumpang sebanyak 72 atau 73% maka ia sudah boleh meraih keuntungan berjuta dolar.

“Ini satu perkara yang aneh. Kita nak tengok akaun MAS. MAS juga baru-baru ini meraih anugerah syarikat penerbangan terbaik di Asia, tetapi rugi RM800 juta, sedangkan syarikat yang tidak dapat anugerah dapat keuntungan. Perlu ada penjelasan,” katanya tidak lama dulu.
Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bercakap pada sidang media khas MPM menolak cadangan kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan Akta Hasutan di Wisma MPM, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILAbdul Aziz suatu ketika dulu (sebelum perlantikan Izham) turut mempersoalkan tindakan pengurusan Malaysia Airlines yang masih bergantung harap dengan orang asing.

Menurutnya, MAS perlu memberi peluang kepada anak tempatan yang juga memiliki kepakaran dan pengalaman yang sama dengan orang asing.

“Sebelum ini saya pernah telefon Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar berhubung orang asing menguruskan Malaysia Airlines.

“Beliau panggil saya berjumpa dan saya persoal isu itu namun beliau memberitahu pernah menemubual lima anak tempatan dan ke semuanya didapati tidak layak.

“Saya pun tidak tahulah siapa yang temubual mereka ketika itu,” katanya.

Beliau turut mempersoal langkah syarikat penerbangan yang bermasalah itu untuk membeli enam buah pesawat A380 yang pada pandangannya tidak akan digunakan sepenuhnya dan memerlukan kos operasi yang tinggi.

Ketika beliau menerajui MAS, syarikat itu bukan sahaja cemerlang dari segi kedudukan kewangan tetapi juga mendapat sanjungan kerana perkhidmatan dalam penerbangan yang cemerlang.

Menjelang persaraannya pada 1992, beliau sudah mengukir nama dalam industri penerbangan dunia.
Oleh itu tidak hairanlah sekiranya seorang perunding yang berpangkalan di New York menawarkan beliau untuk mengetuai Philippines Airlines untuk memulihkan syarikat yang “tenat” itu.

“Saya tolak tawaran itu kerana kalau terima bermakna saya perlu berpindah ke Manila dan isteri saya tak bersedia untuk ke sana,” Abdul Aziz memberitahu Bernama dalam wawancara di kediamannya di Bukit Damansara tidak lama dulu.

Bagi Abdul Aziz, usaha untuk menukar MAS daripada sebuah syarikat penerbangan kecil dengan hanya laluan penerbangan domestik kepada syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa yang berjaya adalah pencapaian yang begitu membanggakan.

Sewaktu beliau menerajui MAS, syarikat itu mencatat pertumbuhan drastik dalam jumlah penumpang, kapal terbang serta laluan penerbangan. Syarikat itu melalui peringkat pengembangan operasi dan dilihat berada pada landasan yang betul.

“Saya melakukan beberapa langkah drastik termasuk menubuhkan pasukan petugas dengan matlamat meningkatkan keuntungan, memperkemas pasukan pekerja dan mengenal pasti laluan penerbangan yang menguntungkan,” kata beliau dalam temubual tersebut.
President Persatuan Pesara Penerbagan Malaysia (MASARA), Kapten, Abdul Razak Hashim (dua kiri) diringi Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Aziz Abdul Rahman (dua kanan) bercakap semasa sidang akhbar tentang masa depan MAS di Eastin Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya. foto MUHAMMAD ZULHAIRISayangnya Abdul Aziz pada MAS tidak ada noktah.

Tahun lalu, beliau dan Persatuan Pesara Penerbangan Malaysia (MASRA) yang dinaunginya telah mengadakan sidang akhbar khas bagi mengumumkan kesediaan mereka tampil untuk membantu memulihkan MAS.

Dalam sidang akhbar itu, Abdul Aziz berkata, MASRA berminat untuk membantu memulihkan semula syarikat penerbangan berkenaan.

“Kami mempunyai kepakaran, kami boleh memberi nasihat,” katanya bersungguh-sungguh.
Beliau berkata MASRA tidak mahu syarikat penerbangan itu yang dibangunkan sendiri oleh tenaga dan minda rakyat Malaysia, ditutup.

“Kami akan perjuangkannya dan menawarkan khidmat kami untuk memulihkan semula ikon dunia ini untuk semua rakyat Malaysia menikmati kebanggaan Golden Service yang terkenal ini,” katanya.

Namun takdir Allah tak siapa dapat mengatasinya. Hari ini dalam usia 87 tahun, lelaki yang sangat berjasa pada MAS khususnya dan negara amnya pergi untuk selama-lamanya.

Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Gleneagles Ampang.



Beliau mungkin tak sempat menyaksikan MAS ‘bangkit’ semula daripada kegagalan namun sekurang-kurangnya beliau pernah meletakkan MAS dilandasan kecemerlangan.
Selamat jalan Tan Sri.

AL-FATIHAH. – Malaysiagazette.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/selamat-jalan-abdul-aziz-perginya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pengarah Urusan Mas Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Urusan Mas Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 392 hits
Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman 86 meninggal dunia semalam akibat komplikasi kanser Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina yang turut memaklumkan bapanya me...
Allahyarham Abdul Aziz Bawa Mas Terbang Tinggi

Allahyarham Abdul Aziz Bawa Mas Terbang Tinggi

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR 23 Jan Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman akan diingati sebagai tokoh korporat yang menjulang nama Syarikat Penerbangan Malaysia di persada antarabangsa Sepanjang hampir sedekad Abdul Aziz 86 menerajui MAS syarikat ...
Perginya Tun Abdul Razak

Perginya Tun Abdul Razak

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 519 hits
14 Januari 1976 Tarikh yang pasti terpahat dalam ingatan semua Perginya Bapak Pembangunan Malaysia Tun Hj Abdul Razak Hussein tika usia beliau 53 tahun Al Fatihah buat Allahyarham Moga ditempatkan roh beliau disisi mereka yang beriman dan b...
Video Aliff Aziz Bergaduh Lagi Kena Tibai Di Kaki Lima Pulak

Video Aliff Aziz Bergaduh Lagi Kena Tibai Di Kaki Lima Pulak

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1071 hits
KETIKA bekas isterinya Bella Astilah menyatakan kesediaan untuk menerimanya semula hari ini Aliff Aziz sekali lagi mencetus kontroversi apabila video dia dipukul seorang lelaki pula tular Beberapa minggu lalu turut tular video memaparkan Al...
Hiburan Ditumbuk Bertubi Tubi Di Tepi Kaki Lima Aliff Aziz Buat Hal Lagi

Hiburan Ditumbuk Bertubi Tubi Di Tepi Kaki Lima Aliff Aziz Buat Hal Lagi

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 824 hits
Sejak bercerai dengan Bella Astillah makin menjadi jadi perangai Aliff Aziz ini Mulanya nampak macam dah insaf tapi buat perangai pula apabila bergaduh di tempat awam Selepas itu elok semula dan nampak macam dah baik balik dengan bekas iste...
Bella Astillah Sedia Terima Semula Aliff Aziz

Bella Astillah Sedia Terima Semula Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 561 hits
Sejak kebelakangan ini ramai membuat spekulasi mengatakan yang Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz sudah kembali bersama apabila banyak gambar dimuatnaik pasangan menunjukkan mereka banyak meluangkan masa bersama Bercakap kepada Ha...
Man Behind Wolf Of Wall Street Goes After Riza Aziz For Fraudulent Financing

Man Behind Wolf Of Wall Street Goes After Riza Aziz For Fraudulent Financing

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 331 hits
Former stockbroker Jordan Belfort has sued former prime minister Datuk Seri Najib Razak s stepson Riza Shahriz Abdul Aziz in the US for allegedly deceiving him about the source of funds used to finance the Wolf of Wall Street movie Belfort ...
Pernah Dicurangi Beberapa Kali Bella Astillah Masih Sedia Terima Aliff Aziz Semula

Pernah Dicurangi Beberapa Kali Bella Astillah Masih Sedia Terima Aliff Aziz Semula

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 615 hits
Masih ada cinta Itulah persoalan yang sedang bermain di fikiran ramai apabila mengenangkan hubungan antara Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz Selepas hampir 8 bulan bercerai nampaknya dua selebriti tersebut masih lagi mengekalkan ...
Quot Ada Yang Nak Dia Jadi Gila Quot Terkena Buatan Orang Bella Astilah Mahu Bantu Amp Terima Semula Aliff Aziz

Quot Ada Yang Nak Dia Jadi Gila Quot Terkena Buatan Orang Bella Astilah Mahu Bantu Amp Terima Semula Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 551 hits
Hiburan Biarpun dihimpit pelbagai isu dan kontroversi pelakon dan penyanyi Bella Astilah tidak menolak untuk menerima semula bekas suaminya Aliff Aziz Menurut Bella jika itu adalah penyelesaian terbaik untuk anak mereka Mohamad Ayden Adrean...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut