Allahyarham Abdul Aziz Bawa Mas Terbang Tinggi


KUALA LUMPUR, 23 Jan – Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman akan diingati sebagai tokoh korporat, yang menjulang nama Syarikat Penerbangan Malaysia (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad) di persada antarabangsa.
Sepanjang hampir sedekad Abdul Aziz, 86, menerajui MAS, syarikat itu bukan sahaja cemerlang dari segi kedudukan kewangan, tetapi mendapat sanjungan kerana perkhidmatan dalam penerbangan yang menyerlah.
Allahyarham menyertai MAS pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang.
Sewaktu mengambil alih sebagai Pengarah Urusan MAS pada 1982, syarikat itu menanggung RM39 juta defisit dan memerlukan RM70 juta untuk dana operasi.
Namun, ketika Abdul Aziz bersara pada 1991, beliau meninggalkan syarikat itu dengan rizab tunai sebanyak RM5 bilion.
Syarikat itu juga mencatat pertumbuhan drastik dalam jumlah penumpang, kapal terbang serta laluan penerbangan.
Berkelulusan undang-undang dari Lincoln’s Inn, London, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, memulakan karier awalnya sebagai pengamal undang-undang, termasuk menjadi Majistret, Yang Dipertua Mahkamah Sesyen dan Penasihat Undang-Udang Persekutuan.
Allahyarham juga terlibat sebagai Pegawai Undang-Undang Majlis Gerakan Negara, apabila terletusnya rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969.
Bidang undang-undang yang sentiasa dekat di hati Abdul Aziz membawanya kembali menjadi peguam, setelah beliau bersara dari bidang korporat.
Sekiranya tidak perlu berada di mahkamah, beliau akan mengisi masa memberi ceramah kepada pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan, mengenai undang-undang dan perlembagaan.
Allahyarham juga menyumbang pandangan dan buah fikiran dalam pelbagai bidang melalui media massa.
Abdul Aziz juga memegang pelbagai jawatan lain antaranya Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Pelancongan Malaysia, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia dan Presiden Majlis Institut Pengangkutan Berkanun Antarabangsa.
Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi kanser pada 11.51 malam Rabu, di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Wan Zakiah Ibrahim dan empat anak (tiga perempuan dan seorang lelaki).
 
Sumber: Bernama
The post Allahyarham Abdul Aziz Bawa MAS Terbang Tinggi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/23/allahyarham-abdul-aziz-bawa-mas-terbang-tinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pengarah Urusan Mas Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Urusan Mas Tan Sri Abdul Aziz Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 407 hits
Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman 86 meninggal dunia semalam akibat komplikasi kanser Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina yang turut memaklumkan bapanya me...
Selamat Jalan Abdul Aziz Perginya Permata Mas

Selamat Jalan Abdul Aziz Perginya Permata Mas

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 371 hits
MAS itu adalah Aziz dan Aziz itulah MAS Begitulah sinonimnya nama MAS dengan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman anak jati Kampung Pasir Pekan Kota Bharu Kelantan ini Apa tidaknya insan inilah sewaktu menjawat jawatan Pengarah Urusan MAS dahulu...
Ratusan Wisatawan China Batal Terbang Ke Solo Akibat Virus Corona

Ratusan Wisatawan China Batal Terbang Ke Solo Akibat Virus Corona

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 277 hits
Mewabahnya Virus Corona membuat ratusan wisatawan asal China batal berkunjung ke Kota Solo Penerbangan terakhir para wisatawan dari Kunming ke Bandara Internasional Adi Soemarmo dilakukan pada Kamis lalu
Anwar Pm8 Hanya Tinggal Buku Yang Di Dongeng Dan Diimpikan Macam Kereta Terbang Cerita P Ramlee Tikar Terbang

Anwar Pm8 Hanya Tinggal Buku Yang Di Dongeng Dan Diimpikan Macam Kereta Terbang Cerita P Ramlee Tikar Terbang

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 595 hits
Sempena cuti raya cina ni peluang bertandang dan ditandang sahabat dan sanak saudara lebih terbuka dan persoalan negara antara menjadi tajuk perbualan virus influeza agak tenggelam dengan cirus corona dan sana sini dapat whatsapp tentang si...
Penumpang Antarabangsa Kru Pesawat Diimbas Untuk Koronavirus Di Lapangan Terbang Mahb

Penumpang Antarabangsa Kru Pesawat Diimbas Untuk Koronavirus Di Lapangan Terbang Mahb

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 25 Jan Malaysia Airports Holdings Bhd bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak coronavirus di Wuhan Chi...
Usai Terbang Ke Wuhan Pramugari Lion Air Diduga Terjangkit Virus Corona

Usai Terbang Ke Wuhan Pramugari Lion Air Diduga Terjangkit Virus Corona

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 465 hits
Denpasar Seorang pramugari diduga terjangkit virus Corona usai melakukan perjalanan dari Wuhan China Diketahui pramugari maskapai Lion Air itu melakukan perjalanan dua kali ke Wuhan sejak virus Corona merebak Pertama ia terbang pada tanggal...
Imbauan Larangan Terbang Ke Wuhan Diperkirakan Berlaku Hingga Sebulan

Imbauan Larangan Terbang Ke Wuhan Diperkirakan Berlaku Hingga Sebulan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 178 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi memperkirakan imbauan penutupan rute penerbangan ke Wuhan China kemungkinan akan berlangsung tiga pekan sampai satu bulan Hal ini merupakan imbas dari kasus penyebaran virus corona di China
Maut Kereta Terbang Seberang Sungai

Maut Kereta Terbang Seberang Sungai

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 377 hits
Erika George LELAKI maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabas hingga terhumban ke seberang anak sungai di Kilometer 2 Jalan Kubong Limbang 5 30 pagi tadi Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Nag...
Selepas Lari Dari Hospital Warga China Cuba Panjat Dinding Cermin Di Lapangan Terbang

Selepas Lari Dari Hospital Warga China Cuba Panjat Dinding Cermin Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 636 hits
Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki bertutur hanya dalam bahasa Cina cuba memanjat dinding cermin pengasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru hari ini Video berdurasi 25 saat itu dimuat naik di akaun Twi...
Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Pesanan Mudah Untuk Jadi Usahawanm Yes Or No Sahaja

Jkm Jaga 9 Kanak Kanak Dikait Gisbh Hingga 18 Tahun Kata Nancy

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Zamri Mocks Jakim

Di Masjid Tiada Kasta