Selamat Hari Lahir Yang Ke 40 Buat Diriku


Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Syukur… Syukur..Syukur…hari ini , Sabtu 3 Ogos 2024 genaplah umur saya 40 tahun atau lebih dikenai sebagai “40 sen” ….Bila lihat pada angka 40 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe…lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti .  Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga .
Gambar kredit kepada : 102 Birthday Wishes for Myself
Kek pertama “suprise” dari isteri tersayang
Read more: Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos Masuk bulan Ogos ini juga , bermakna sudah 8 bulan di tahun 2024 , hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi untuk menjengah ke tahun baru 2025 . Semoga kehidupanku dipermudahkan segalanya dan rezeki mengalir dengan deras seperti air zam-zam..
Tanggungjawab Sebagai Suami Dan Ayah Alhamdulillah…hampir masuk tahun ke-4 bergelar suami , tanggungjawab tu memang besar . Dahulu hidup seorang , semua lakukan sendiri , kini berdua , saling bertolak ansur di dalam semua hal . Apa yang penting pandai bahagikan masa untuk keluarga sendiri , mertua dan juga isteri . Alhamdulillah…isteri telah selamat melahirkan puteri kedua kami pada 24 julai yang lepas dan ianya menjadi hadiah yang paling bermakna untuk sambutan hari lahir yang ke-40 ini . Lengkap juga sepasang anakku ini..lelaki yang merupakan anak sulung kini berusia 3 tahun…Alhamdulillah….kini sudah berempat .
Hadiah yang paling bermakna
Perancangan Di Dalam Hidup
In Shaa Allah , Senmestinya setiap orang ingin hidupnya dan keluarga tersayang bahagia dan aman harmoni… Apa-apa pun setiap masa perlu berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa .
Kesihatan Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kena juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….
Kerjaya In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti .
Kek “Suprise” kedua dari isteri tersayang
Kawan , Sahabat dan Lawan Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku sepanjang 40 tahun hidup ini . Fuhh…. ini la namanya cabaran di dalam kehidupan .. Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan . Memang betul , masa senang ramai yang datang , tetapi pada masa susah ..semuanya menghilang .
Blogger Pejam celik, celik pejam…wahhh tak sangka hampir 17 tahun juga di dalam arena Blogging ni . banyak blog telah dihasilkan dan ada la dua tiga blog tenggelam kerana tidak di renew domain dan hosting . In Shaa Allah tetap akan menulis di blog walaupun kini pada tahun 2024 saingan ramai , susah hendak dapatkan trafik dan banyak lagi cabaran yang akan datang .
Doa Sempena Hari Lahir Ke-40
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran buat diri ku , Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah , banyak , berkat dan direstuimu Ya Allah . Jauhkanlah diriku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran dariku dan keluarga .
Ya Allah Ya Tuhanku…Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan , pintu berkat , pintu nikmat , pintu rezeki , pintu kesihatan , pintu keselamatan , pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat . Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah …jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan diriku dan keluarga.
Ya Allah… tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku . Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat . Jauhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya .
Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan . Ya Allah Kau berikanlah kepada kesihatan fizikal dan mental yang terbaik , terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu , Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku ,m ataku, kiri kananku , mukaku , belakangku , atas dan bawahku ,urat sarafku , dan pada darahku ,serta dagingku ,rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
a Allah,Ampunilah segala dosa-dosa Aku dan kedua ibu bapaku serta keluargaku dan semua sahabat-sahabat ku dan muslimin muslimat…kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa Ya Allah jadikan diriku juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku .
Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
The post Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2024/08/selamat-hari-lahir-yang-ke-40-buat-diriku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lesti Kejora Hamil Anak Kedua Sengaja Rahasiakan Hingga Hari Ulang Tahun Rizky Billar

Lesti Kejora Hamil Anak Kedua Sengaja Rahasiakan Hingga Hari Ulang Tahun Rizky Billar

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 125 hits
Tak menyangka jika kabar bahagia itu adalah kado ulang tahunnya Billar sempat merespons Kok bisa karena saking syoknya
Lahiran Tinggal Menghitung Hari Syahrini Menangis Terharu Dapat Kejutan Ala Baby Shower Dari Para Sahabat

Lahiran Tinggal Menghitung Hari Syahrini Menangis Terharu Dapat Kejutan Ala Baby Shower Dari Para Sahabat

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 101 hits
Publik semakin penasaran dengan jenis kelamin calon bayi sang Incess dan tak sabar mengetahui apakah benar kalau ia tengah hamil anak kembar atau tidak
Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Istiadat Pe...
Lelaki Terselamat Koma 224 Hari Tapi Meninggal Dunia Dilanggar Pikap

Lelaki Terselamat Koma 224 Hari Tapi Meninggal Dunia Dilanggar Pikap

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 212 hits
AgensiDREW Kohn FOTO AgensiWashington Seorang lelaki Florida berusia 30 tahun yang secara ajaib terselamat daripada koma selama 244 hari selepas kemalangan motosikal beberapa tahun lalu terbunuh dalam kemalangan lain minggu lalu NDTV News m...
Hari Ke 3 Berkantor Di Ikn Intip Kegiatan Jokowi Tinjau Fasilitas Hotel

Hari Ke 3 Berkantor Di Ikn Intip Kegiatan Jokowi Tinjau Fasilitas Hotel

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 156 hits
Kala itu Jokowi menyebut bahwa perkembangan pembangunan hotel tersebut sudah mencapai 34 persen
Foto Hari Kedua Ngantor Di Ikn Jokowi Ajak Wartawan Keliling Kawasan Istana Kepresidenan

Foto Hari Kedua Ngantor Di Ikn Jokowi Ajak Wartawan Keliling Kawasan Istana Kepresidenan

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 93 hits
Para wartawan diberikan kesempatan untuk melihat langsung berbagai fasilitas yang sedang dibangun
Budget 2025 Sets The Course For A Digital Future

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Ubat Tambah Darah Maltofer

Lirik Lagu Kita Jumpa Lagi Asmidar Ahmadul Amin

Dosa Tak Terampun

Utamakan Akhirat Berbanding Dunia

Kesan Paracetamol Secara Berlebihan

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online