Selamat Bertunang Sulhi Nadia
Assalamualaikum WBT

ALHAMDULILLAH, telah berlangsung majlis pertunangan anak saudara PI, Sulhi dengan gadis dari Temerloh, Nadia pada 13 September lepas. Perkenalan terjalin ketika mereka berdua menyambung pengajian program diploma di UIA kampus Kuantan. Sulhi kemudian menyambung pengajian di Ireland dan membuat keputusan mengikat tali pertunangan selepas menamatkan pengajiannya di sana. Setia orangnya Sulhi ni, kan

Rombongan pihak lelaki ada yang datang dari Kedah, Penang, Terengganu, Pahang (Kuantan), Selangor, Kuala Lumpur dan tentunya kami dari Johor. Semua pakat-pakat nak hantar Sulhi bertunang, hihi.

Bakal-bakal mak mentua dengan bakal menantu. Keluarga besan baik sangat, baru sekali jumpa macam dah bertahun kenal. Dari mak, ayah dan makcik-pakciknya semua peramah dan sangat meraikan tetamu

Ni gambar sebelum bergerak ke rumah keluarga pihak perempuan. PI dan anak saudaranya, Zahin yang kini bekerja di Paka Terengganu selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas

PI belanja baju dan tudung baharu untuk Sk menghadiri majlis mengikut warna tema lilac, hihi. Baju Tik Tok jer dan ambil yang paling simple, tak mahu over shadow mak perantin, hehe

Rombongan dari KL tersangkut dalam kesesakan lebuhraya. Kami pergi minum dulu lah

Lupa nama kedai ni. Semua kehausan minum air sejuk manis-manis, hihihi.

Lauk kenduri merupakan kari daging, labu masak lemak, ikan bulu ayam kering, ayam masak merah, ulam salad dan timun serta sambal belacan. Makan buah tembikai la dulu sebelum makan. Sedap betul masakan orang Temerloh ni sampai ada yang menambah, hihi

Siap ada meja dessertsss

Kek marble susu ni rasa macam kek mita

Kesian tau, family abang PI dari Rawang tak sempat sampai ke majlis. Jammed dari Rawang, tak silap dalam pukul 12 lebih dorang baru sampai Gombak. Keluar pukul 8 pagi tu. Tu takpa, kereta rosak pulak. Dah habis majlis tu barulah dorang sampai Temerloh. Jadi, kita sambung pulak la menyembang di kedai tomyam, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/selamat-bertunang-sulhi-nadia.html