Selama 30 Tahun Rakyat Tak Dapat Tanah Ph Berjaya Lakukan Dalam Masa Hanya 22 Bulan




MELAKA - Kempen Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Melaka bermula sukar ekoran kerjasamanya dengan dua bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.
Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka ketika gabungan itu menerajui kerajaan negeri pada 2018 hingga 2020, percaya mereka mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan walaupun tempoh perkhidmatannya hanya 22 bulan.
Di bawah pentadbirannya, Adly berkata kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar yang mesra penduduk luar bandar walaupun sokongannya banyak bergantung kepada pengundi bandar dan separa bandar.
"Saya ambil satu contoh, dasar tanah kita di mana kerajaan PH telah mengusahakan pemberian tanah kepada rakyat di negeri ini.
"Saya percaya ini akan menjadi satu cabaran kepada BN. Sebahagian daripada penerima adalah rakyat Melaka di kawasan Tanjung Bidara, yang telah menunggu hampir 30 tahun untuk mendapatkan tanah mereka.
"Namun, kita berjaya melakukannya dalam masa 22 bulan sahaja," kata Adly.
Tanjung Bidara merupakan kubu kuat BN yang dimenangi gabungan itu dengan margin terbesar.
Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Zainal Hassan daripada PKR, agak kurang dikenali di kalangan rakyat, berbanding pesaingnya calon BN Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang merupakan Pengerusi UMNO Melaka dan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsudin, yang merupakan timbalan menteri.
Di tengah kekecohan tempoh berkempen, Adly melahirkan keyakinan bahawa gabungan itu boleh memanfaatkan rekod prestasi PH sebagai kerajaan Melaka untuk meyakinkan pengundi.
“Jika kita mahu mendapatkan sokongan daripada rakyat, dia sebenarnya banyak bergantung kepada apa yang telah kita lakukan untuk rakyat.
"Jadi, walaupun kita tahu bahawa kita menang di kebanyakan kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi dasar dasar yang kita buat itu menyeluruh.
"Semua dasar kita dan insentif yang telah diberikan oleh PH semasa kita berkuasa... saya percaya ia akan menjadi asas kukuh untuk rakyat membuat pilihan mereka," kata Adly.
'Dasar perumahan PH beri manfaat kepada pelbagai'
Tambah Adly, dasar perumahan PH juga telah memberi manfaat kepada pelbagai golongan termasuk golongan miskin, berpendapatan sederhana dan belia.
Ia termasuk program Rumah Berkat, di mana belia boleh menyewa rumah serendah RM150 sebulan, dan Rumah Harapan, yang mampu dimiliki oleh golongan M40, katanya.
Secara tradisinya, parti-parti komponen PH hanya mampu menang di pusat bandar Melaka tetapi gabungan itu meraih kemenangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada PRU14, dengan menakluki beberapa kerusi di kawasan separa bandar, dengan kebanyakan kerusi luar bandar dikuasai BN.
Ini membolehkan PH memperoleh 15 daripada 28 kerusi di DUN Melaka.
Bagaimanapun, kerajaan PH Melaka tumbang akibat rampasan kuasa pada 2020.
Berdepan dengan pelbagai halangan baru-baru ini, termasuk tindakan Bersatu yang memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PH, kekecewaan pengundi dan kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah akibat pandemik Covid-19, PH berkemungkinan bergelut untuk mengekalkan kemenangan yang diperoleh pada 2018.
Bagaimanapun, dengan penyokong kerajaan yang kini berpecah antara BN dan PN, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran di peringkat persekutuan tetapi berlawan sesama sendiri pada pilihan raya Melaka, keputusannya masih tidak jelas.
Adly berkata PH sebelum ini sukar untuk menarik pengundi kerana Melaka tidak pernah ditadbir oleh kerajaan lain selain BN dan oleh itu mereka tidak boleh membuat perbandingan dari segi kemampuan.
Tetapi dengan perubahan yang dibawa menjelang PRU14, jelasnya, rakyat Melaka kini boleh membuat perbandingan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan yang berbeza dari pelbagai aspek, termasuk kebajikan, pendidikan dan ekonomi.
Kata Adly, PH juga telah menghapuskan banyak birokrasi dalam prosedur untuk rakyat mendapatkan bantuan kebajikan, termasuk menghentikan amalan pemohon perlu mendapatkan surat sokongan sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan.
“Sekarang, rakyat telah melihat bagaimana kita mentadbir negeri, dan membandingkannya dengan parti lain," katanya.
Pun begitu, Adly mengakui kehilangan BERSATU sebagai rakan gabungan politik itu, yang telah membantu PH memperoleh beberapa undi Melayu luar bandar, telah memberi kesan kepada PH.
Bagaimanapun, Adly menegaskan bahawa rekod prestasi yang dimiliki PH dalam mentadbir Melaka akan dapat membantu mereka memenangi pilihan raya negeri kali ini.
“Sudah tentu, jika kita lihat (perpecahan), setiap pihak telah kehilangan sedikit sokongan dan memperoleh sebahagian.
"Saya tidak nafikan kita kini tidak lagi mendapat sokongan Bersatu kerana Bersatu tidak lagi bersama PH.
“Tetapi, seperti yang saya katakan sebelum ini, PH mempunyai kelebihan memimpin negeri ini selama 22 bulan, yang pastinya akan membawa lebih banyak sokongan.
"Keseimbangan ini penting. Dan yang akan menentukan parti mana yang akan menang ialah rakyat," tambah Adly.
SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 Nov susulan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/selama-30-tahun-rakyat-tak-dapat-tanah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 238 hits
Kalau ikutkan hati tak puas hati juga mereka hanya dipenjara 18 tahun sahaja Bapa arwah ZulfarhanHukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia setelah didapati bersalah atas pertuduhan me...
Ph Tekad Perbaiki Kehidupan Rakyat Melaka Dalam 5 Tahun

Ph Tekad Perbaiki Kehidupan Rakyat Melaka Dalam 5 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 244 hits
Pelan tindalan Maju Bersama HARAPAN yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka pada 10 November lalu merupakan strategi bertindak komprensif bagi memulihkan ekonomi dan sosial rakyat pasca pandemik Co...
Budak Yang Merokok Masa Dua Tahun Tu Dah Obesiti La Pulak

Budak Yang Merokok Masa Dua Tahun Tu Dah Obesiti La Pulak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
salam satu MalboroAku rasa anda semua sudah sedia maklum mengenai budak lelaki yang berumur dua tahun tetapi merokok macam umor dua puluh tahun kah kah kah walaupun menjadi kritikan ramai pihak namun kanak kanak tersebut telah berjaya menem...
Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 306 hits
Sapa sapa hok berasa nak khatam Al Quran dalam 30 hari dalam bulan ramadhan Ning kalu nok senang Panduan nok katam 30 juzuk quran bulan ramadan Ambe tepek sekaliguh ah sining Kang kalu tepek se se takut ade hok terlepah kang Mudoh jer Dalan...
Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022

Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 372 hits
Tarikh Tarikh Penting Bulan Islam Tahun 2022 Mengingati tarikh penting sesuatu peristiwa terutamanya dalam kalendar islam amatlah penting sebagai satu persediaan kerohanian selain kita juga tak lupa pada peristiwa yang lainnya seperti hari ...
Hiburan Bapa Hanya Pemandu Teksi Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki Syukur Dapat Ke Tanah Suci

Hiburan Bapa Hanya Pemandu Teksi Datin Shahida Percaya Pada Konsep Rezeki Syukur Dapat Ke Tanah Suci

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 188 hits
Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila berpeluang membawa kedua orang tuanya ke tanah suci Mekah sekali lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara t...
Nak Masak Sendiri Tapi Tak Cukup Masa Ini Cara Mudah Sediakan Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas Mama Kena Tahu

Nak Masak Sendiri Tapi Tak Cukup Masa Ini Cara Mudah Sediakan Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 333 hits
Menyediakan sendiri makanan untuk bayi memang rasa puas hati Bukan saja dapat kawal kandungan bahannya bahkan dapat berikan makanan kaya nutrisi buat anak Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya ibu dapat sediakan makanan berkhasiat...
Ayah Tutup Mata 3 Bulan Sebelum Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Ayah Tutup Mata 3 Bulan Sebelum Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 269 hits
Setiap wanita semestinya mengimpikan pernikahan yang akan diwalikan oleh ayah sendiri kerana tidak lengkap tanggungjawab seorang ayah jika tidak menikahkan puteri mereka sendiri kerana seorang ayah akan menyerahkan anak perempuannya kepada ...
Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 267 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun andai kata belum sampai rezekinya lagi siapa kita nak menidakkan takdir Allah Hanya DIA yang tahu bila masanya untuk diberikan rezeki ini Seperti...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Sahabat Ksdd Yang Tercinta

Barangan Wanita Rosak Selepas Tiga Jam Mencari Di Lapangan Terbang

Malaysian Tigers Senaraikan Dua Pemain Muda