Selain Pilihan Paling Stabil Ph Malah Harus Diberi Majoriti Lebih Kukuh





 Walaupun PN dan BN saling bermusuhan dalam menghadapi PRU15 ini, hakikatnya mereka adalah bersama dalam kerajaan.
Ketika Mahiaddin Md Yasin daripada PN menjadi Perdana Menteri, BN memberi sokongan kepada kerajaan pimpinannya.
Kemudian, apabila Ismail Sabri Yaakob daripada BN menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang, PN juga menyokong kerajaannya.
Hakikatnya, mereka adalah bersama tapi bergaduh dan mereka bergaduh tapi bersama.
Untuk itu, dalam PRU15 ini haruskah BN dan PN diberi undi lagi?
Secara logiknya, memberi undi kepada BN atau PN hanya mengulangi pengalaman ditadbir oleh kerajaan PN dan BN selama 31 bulan sebelum ini yang penuh ketidakstabilan, ketidaktentuan dan ketidakmakmuran.
Jika salah satu antara BN dan PN tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, kebarangkalian mereka bersama lagi untuk membentul kerajaan campuran juga adalah tinggi.
Maknanya selepas PRU15 nanti, kerajaan yang wujud tiada beza dengan kerajaan yang ada sekarang iaitu cantuman BN dan PN.
Menteri-menteri yang ada sekarang akan terus jadi menteri lagi.
Hadi Awang akan kekal jadi duta makan gaji buta, malah jika PN lebih banyak kerusi daripada BN, Mahiaddin tentunya akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Sanggupkah kita dikenakan darurat, PKP tanpa henti-henti dan asyik-asyik Mahiaddin muncul dengan perutusan khas di TV saja?
Lebih buruk lagi jika BN mendapat lebih banyak kerusi daripada PN, walaupun Ismail Sabri telah ditetapkan sebagai posteri boy dan calon Perdana Menteri, tidak mustahil ketika itu Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN pula yang mahukan jawatan Perdana Menteri itu.
Elok-elok kita dapat Perdana Menteri yang sibuk rasmi program itu program ini, tapi nanti Perdana Menteri saban hari keluar TV kerana hadir perbicaraan di mahkamah belaka.
Aduhhh…sanggupkah kita?
Kalau Ismail Sabri kekal juga sebagai Perdana Menteri, barisan kabinet pasti akan ditentukan oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan ini tidak menjanjikan kestabilan.
Mahu tidak mahu, hanya PH sebagai pilihan yang stabil.
Di samping kedudukan PH ketika ini sedang mendahului di depan berbanding BN dan PN, memberi kemenangan kepada gabungan itu dengan jumlah kerusi kemenangan yang lebih stabil adalah dikira amat mustahak sekali.
Ini kerana, dengan jumlah kerusi yang stabil itu, ia dengan sendirinya dapat menjanjikan kestabilan dan kemakmuran yang sebenar kepada rakyat dan negara.
Kalau ada yang mempertikaikan sejarah 22 bulan PH jadi kerajaan, kita juga jangan lupa sejarah lebih buruk PN dan BN jadi kerajaan selama 31 bulan selepas kejatuhan PH itu.
Apakah kerajaan PN dan BN tidak lebih buruk berbanding PH?
Dan jangan kita lupa, kerajaan PH selama 22 bulan itu, di sebalik dijaja dengan pelbagai imej buruk, ia adalah pimpinan Tun Mahathir Mohamad yang dalam hatinya penuh dengki dan khianat kepada Anwar dan juga PH.
Sebab itulah banyak caca marba dan ketidaktentuan, malah ia sebenarnya memang disengajakan.
Dan sekarang Tun Mahathir yang bertoksid itu sudah tiada lagi dalam PH.
Kalau sejak awal Anwar mengetuai kerajaan PH, bukan saja ketidaktentuan tidak berlaku, malah tempoh 22 bulan juga mungkin tidak wujud sama sekali.
PH yang sekarang diketuai Anwar sedang berada di hadapan dan inilah satu-satunya pilihan paling munasabah bagi rakyat pada pengundian 19 November nanti jika rakyat inginkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan mampu menjanjikan masa depan yang lebih baik. – ShahbudinHusin 10/11/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/selain-pilihan-paling-stabil-ph-malah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Paling Berkesan Untuk Buat Perubahan Pada Diri Jadi Lebih Baik Dari Sekarang

Cara Paling Berkesan Untuk Buat Perubahan Pada Diri Jadi Lebih Baik Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 264 hits
Apa cara paling berkesan untuk buat perubahan pada diri menjadi seorang yang lebih bagus Tentu anda pernah tanya soalan yang di atas bila melihat kawan kawan lain yang nampak dah pergi jauh ke depan tinggalkan anda yang masih berada di taku...
Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

Lebih 1 400 Calon Mohon Tanding Pilihan Raya Tunisia

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 219 hits
Lebih 1 400 calon mohon tanding pilihan raya Tunisia Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8 34AM
Ulasan Pilihan Raya Paling Sukar Diramalkan

Ulasan Pilihan Raya Paling Sukar Diramalkan

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 274 hits
malaysiakini comULASAN Pilihan Raya Umum Ke 15 ternyata paling sukar untuk diramalkan berkenaan gabungan parti politik mana yang akan menerajui kerajaan Ini kerana sejak empat tahun lalu rakyat mempunyai pengalaman ditadbir tiga kerajaan da...
Pentadbiran Negara Akan Lebih Stabil Jika Ditadbir Oleh Pas Nik Abduh

Pentadbiran Negara Akan Lebih Stabil Jika Ditadbir Oleh Pas Nik Abduh

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 309 hits
Pas mengandaikan pentadbiran negara akan menjadi lebih stabil sekiranya parti bertunjangkan agama Islam itu menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas PRU15 Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Pas yang sela...
Adakah Kanak Kanak Harus Diheret Ke Saf Paling Belakang

Adakah Kanak Kanak Harus Diheret Ke Saf Paling Belakang

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 220 hits
Assalamu Alaikum dengan izin Allah SWT aku kembali lagi menulis di blog yang telah sekian lama kutinggalkan ni Aku yang selama ni perasan sibuk tiba2 saja tergerak untuk menulis kembali itu pun kerana ada suatu perkara yang tersangat mengga...
Apa Pilihan Yang Anda Ada Selain Anwar

Apa Pilihan Yang Anda Ada Selain Anwar

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 118 hits
Politik Malaysia politik dunia ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia Masa untuk perubahan sebenar Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yang dipimpin oleh Jeremy Corbyn telah melancarkan manifesto pilihan raya paling radikal ...
Pangkalan Data Myspr Dengan Lebih 800 000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Pangkalan Data Myspr Dengan Lebih 800 000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 309 hits
Memetik laporan Lowyat net pangkalan data yang didakwa diperoleh daripada sistem Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu MySPR telah dijual secara dalam talian Dikatakan mengandungi lebih 800 000 pengguna pangkalan data itu juga termasuk gambar swaf...
Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 205 hits
Kepenatan bekerja sepanjang hari ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga dan anak anak buat ibu jadi terlampau penat Ditambah pula dengan masalah dan bebanan kerja yang tak pernah habis Ibu burn out penat yang terlampau Hati seora...
Kini Lebih Ramai Pengguna Samsung Mula Terima Naik Taraf Android 13 Dengan One Ui 5

Kini Lebih Ramai Pengguna Samsung Mula Terima Naik Taraf Android 13 Dengan One Ui 5

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 158 hits
Berita baik kepada pengguna telefon pintar Samsung Galaxy di Malaysia khususnya kerana mereka sudah mula menerima naik taraf kepada sistem operasi terkini iaitu Android 13 dengan One UI 5 Lebih dulu diterima oleh pengguna pengguna telefon p...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kesalahan Ejaan Dalam Bahasa Melayu Isu Biasa Yang Perlu Diperbetulkan

Kebun Halaman Rumah

Badan Kehakiman Perlu Bebas

Nak Cerahkan Wajah Jom Makan Buah Buah Ini

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Breakfast