Cara Paling Berkesan Untuk Buat Perubahan Pada Diri Jadi Lebih Baik Dari Sekarang




Apa cara paling berkesan untuk buat perubahan pada diri menjadi seorang yang lebih bagus.
Tentu anda pernah tanya soalan yang di atas, bila melihat kawan-kawan lain yang nampak dah pergi jauh ke depan tinggalkan anda yang masih berada di takuk lama juga.
Bukan tak cuba nak berubah, tapi nampak macam tak berkesan. Pergi kem motivasi, sertai seminar, panas sekejap saja. Tak sampai seminggu dua, dah kembali hilang semangat.
Apakah semua itu ada kena mengena dengan kepercayaan atau pegangan diri?
Selalunya, orang kata macam tu lah. Kena buat perubahan pada 'mind setting'. Teorinya adalah, apa yang anda percaya, prinsip apa yang anda pegang, menentukan apa yang anda buat.
Sering orang sebut, anda adalah apa yang anda fikirkan. Banyak ayat power yang sama macam tu dah biasa kita dengar.
Betulkah macam itu?
Mari kita cuba semak.
Berapa ramai yang percaya bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu adalah amalan yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan minda?
Siapa yang percaya bahawa tubuh badan sihat adalah baik untuk dirinya?
Saya 100% yakin semua orang akan angkat tangan setuju bila ditanya soalan di atas. Tapi berapa orang yang buat sebagai mana yang dia percaya tu?
Tak ramai!
Lebih ramai yang selesa duduk terperap atas sofa nonton TV daripada bersenam. Lebih ramai yang selesa lepak dengan kawan-kawan berjam-jam di kedai mamak dari bersenam. Tidur lebih diamalkan dari bersenam.
Apakah mereka percaya lepak tengok TV, lepak minum kedai mamak dan tidur bukan pada waktunya adalah amalan yang baik dan menjadikan diri sihat?
Tentu tidak.
Tapi orang kata, apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, menentukan apa yang kita amalkan. Terbukti kenyataan itu tak betul.
Buat perubahan diriKebanyakan orang tidak buat apa yang dia percaya. Paling tidakpun, kepercayaan sahaja masih tak cukup untuk buat perubahan diri.
Kepercayaan dah betul. Cuma yang tak betul adalah amalan.
Punca utama jadi begitu adalah, 'segala tindakan anda ditentukan oleh otak separa sedar dengan dikuatkan lagi oleh emosi atau nafsu yang ada dalam diri.
Saya ada baca satu kajian yang mengatakan bahawa pemikiran rasional adalah dua kali ganda lebih lambat diproses berbanding pemikiran emosi separa sedar.
Maksudnya, dalam bab buat keputusan, pemikiran emosi separa sedar akan sampai dulu dan diproses. Tanpa disedari keputusan dibuat dan tindakan berlaku terlebih dahulu. Tak sempat pun pemikiran rasional nak bantah.
Keputusan dah dibuat, pemikiran rasional akhirnya membantu cari jawapan untuk halalkan saja keputusan tersebut.
Dalam urusan membuat keputusan, emosi sentiasa menang. Akal rasional sentiasa dipergunakan oleh emosi untuk mencari logik dan sebab kenapa keputusan yang anda buat tu betul dan bersesuaian.
Buat perubahan persekitaranDengan memahami perkara yang saya seut di atas, anda boleh gunakan emosi itu  untuk buat perubahan yang diingini.
Salah satu caranya adalah dengan permudahkan perubahan yang anda nak buat tu.
Ambil contoh lepak tengok TV.
Anda boleh susahkan diri untuk tonton TV kat rumah. Letak TV kat dapur. Atau tempat yang tak ada kerusi, tiada tempat bersandar. Dalam keadaan begitu acara menonton TV adalah jadi satu siksaan.
Emosi atau otak separa sedar tadi, akan pilih untuk buat perkara yang lebih mudah dan selesa. Jadikan pula aktiviti untuk keluar ke taman dan bersenam sangat selesa mudah dan menyeronokkan. Dah sah emosi akan pilih bersenam.
Buat secara berkumpulanSatu lagi otak separa sedar suka buat adalah ikut apa yang orang ramai buat. Manusia memang dah direka untuk elakkan diri jadi seorang yang janggal tak serupa orang lain.
Gunakan kelebihan itu untuk buat perubahan kepada diri anda sendiri. Dalam kes bersenam tadi, anda boleh cara kawan seramai mungkin yang memang kaki bersenam.
Contohnya cari taman yang majoriti penduduknya bersenam, berbincang pasal bersenam, dan pandang tinggi orang yang bersenam.
Secara, automatik, otak separa sedar anda buat keputusan untuk ikut apa yang semua orang buat.
Buat perubahan dengan tulisanAnda mungkin tak perasan bahawa walaupun diri percaya bersenam itu baik untuk kesihatan, tapi secara tak disedari anda juga percaya bersenam itu membosankan dan menyusahkan.
Pegangan itu dah tertanam dalam diri sejak zaman kanak-kanak atas berbagai faktor. Orang tua jenis tak suka anak dia nakal suka keluar main contohnya, jadi sering dilarang dari pergi ke taman.
Untuk buang semua kepercayaan yang tertanam secara tak disedari itu, anda boleh gunakan tulisan.
Tulis samada dalam bentuk karangan atau dalam bentuk point kenapa bersenam itu amat mudah dan menyeronokkan. Kreatiflah sikit untuk cari semua hujah bagi menegakkan pendapat anda tersebut. Tulis dengan panjang lebar dan jadikan ianya real.
Selepas itu ajak kawan berdebat dalam tajuk yang sama. Suruh kawan anda jadi penyokong bersenam itu sukar dan anda pulak jadi pembangkang. Berikan masa untuk kawan anda cari hujah dan kemudian mula berdebat.
Jangan fkus kepada faedah bersenam. Hanya fokus pada kenapa ianya menyeronokkan.
Tulisan dan aktivit debat itu secara tidak anda sedari akan membentuk persepsi bahawa bersenam itu meneronokkan. Dan anda akan mula berubah, insyaallah.
Saya berikan contoh bersenam. Anda boleh cari perubahan lain yang nak dilakukan dan gunakan teknik yang sama.
Buat aktiviti dan tampal kebocoranDalam setiap perubahan yang anda nak buat, cuba catitkan bagaimana proses tersebut berlaku dari A sampai Z.
Tengok satu demi satu langkah yang terlibat dan semak kat mana boleh berlaku kebocoran yang membuatkan anda mengelak dari buat perubahan tersebut.
Macam kes bersenam tadi. Cuba buat proses macam mana anda akan pergi bersenam. Mulakan dengan bangun tidur, lepas itu solat subuh, tidur semula, kunci jam pukul 7, bangun semula, pakai pakaian sukan, turun bawah, ambil kasut… dan begitulah seterusnya sehingga akhirnya anda selesai bersenam.
Dari proses tersebut, pasti akan berlaku kebocoran yang membuatkan anda tak sambung proses seterusnya yang membawa kepada anda pergi bersenam.
Kesan kebocoran itu dan tampal supaya ianya tak bocor.
Contohnya lepas solat subuh anda sambung tidur. Kat situ biasanya banyak berlaku kebocoran, sebab sedap tidur dan tak dengar bunyi jam. Jadi anda boleh tampal kebocoran tersebut dengan elakkan dari sambung tidur.
Fokus pada amalan bukan peganganDari cadangan kat atas tadi,anda boleh lihat bahawa untuk buat perubahan pada diri, tak payah nak cuba ubah apa pegangan anda.
Malah anda sendiri biasanya tak sedarpun apa sebenarnya pegangan dalam diri.
Jadi fokuskan pada amalan dan buat.
Biasanya amalan akan membentuk kepercayaan. Dan itulah yang sering berlaku pada diri kita semua. 
Contoh mudah, kenapa anda sokong Pakatan Harapan, biasanya disebabkan anda dikelilingi oleh kawan-kawan yang sama sokong parti tu.
Agak sukar untuk anda seorang diri buat begitu tanpa ada dorongan yang memudahkan anda berbuat demikian.
Melainkan anda seorang yang kuat jiwa dan sentiasa buat keputusan berdasarkan rasional yang tinggi.
Sekian! selamat mencuba.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/11/untuk-buat-perubahan-diri-fokus-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di Whatsapp

Ini Cara Lebih Mudah Hantar Mesej Kepada Diri Sendiri Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 200 hits
Menghantar mesej kepada diri sendiri melalui aplikasi WhatsApp bukanlah ciri baharu Namun WhatsApp kini telah menambah baik ciri itu dengan membolehkannya diakses lebih mudah suggest Sudah mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp versi awam...
Cara Dan Kelebihan Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

Cara Dan Kelebihan Sedekah Al Fatihah Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 201 hits
Surah Al Fatihah adalah pembukaan surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al Muddathir Dinamakan Al Fatihah kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al Quran Surah Al Fatihah merupakan surah pertama yang dituru...
Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

Banyakkan Berbuat Baik Pada Pasangan Inilah Cara Hidup Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 187 hits
Untuk membina sebuah mahligai cinta bukanya mudah berhabis masa tenaga dan wang Tetapi untuk mengekalkanya juga bukan perkara yang mudah Lebih sukar daripada kerja kerja untuk membinanya Kepercayaan kesetiaan pengorbanan yang sangat sangat ...
Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan Semoga Z Flip5 Lebih Baik

Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan Semoga Z Flip5 Lebih Baik

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 114 hits
Kami sebelum ini sudah kongsikan ulasan ringkas untuk Galaxy Z Flip4 Bezanya dengan model terdahulu Z Flip3 juga kami sertakan dalam artikel berasingan Atas kertas lagi kita boleh jangka jangka hayat baterinya kerana hanya 3 700mAh tapi leb...
Saya Berkahwin Agar Saya Dapat Lakukan Lebih Baik Dalam Lakonan Lee Hakjoo

Saya Berkahwin Agar Saya Dapat Lakukan Lebih Baik Dalam Lakonan Lee Hakjoo

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 158 hits
Umum pasti mengetahui bahawa pelakon Lee Hak joo telah pun berkahwin dengan pilihan hatinya pada awal November ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 15 November Lee Hak joo telah terlibat dengan temu bual khas bagi mempromosikan dramanya Criminal ...
Saya Pandang Lebih Pada Hati Mengaku Jarang Solat 5 Waktu Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Saya Pandang Lebih Pada Hati Mengaku Jarang Solat 5 Waktu Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 129 hits
Baru baru ini pelakon lelaki Mas Khan ada menjawab pertanyaan pengikutnya menerusi Ask Me Question di platform Instagram Di dalam pertanyaan tersebut individu terbabit menanyakan soalan berkenaan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya...
7 Cara Lama Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Pelanggan Untuk Bisnes Anda Sekarang

7 Cara Lama Bagaimana Anda Boleh Dapatkan Pelanggan Untuk Bisnes Anda Sekarang

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 264 hits
Antara kursus dan seminar yang mendapat sambutan hangat di kalangan usahawan adalah cara bagaimana nak dapatkan lebih ramai pelanggan beli produk atau servis mereka Harapan besar yang usahawan berikan terhadap kursus itu adalah untuk belaja...
Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 155 hits
Pasti ramai yang menantikan gandingan Chae Soo bin dan Min ho SHINee dalam siri Netflix The Fabulous kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu The Fabulous mengisahkan mengenai impian cinta dan persahabatan dalam kalangan anak muda yang me...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik