Selain Muhyiddin Kalau Ada Yang Bercita Cita Padamkanlah Peja


 



WAWANCARA | PN tetap akan menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri mereka pada PRU akan datang - yang perlu diadakan selewat-lewatnya 2027.
Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata perkara itu disepakati semua parti gabungan dalam PN sebelum ini dan pendirian tersebut dikekalkan.
Katanya, Muhyiddin merupakan pengerusi gabungan itu justeru tidak timbul isu ada nama lain perlu ditonjolkan dan ditawarkan kepada para pengundi.
"Setakat ini saya tak nampak ada berpakat nak namakan orang lain.
“Saya tak tahulah kalau ada (calon lain nak jadi perdana menteri) atau kalau ada cerita-cerita di belakang, saya tak nampak,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini pada Selasa di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Perkara tersebut ditegaskan Ahmad Faizal ketika mengulas siapa calon PN yang akan dinamakan sebagai perdana menteri untuk pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin YassinPada masa sama, bekas Menteri Besar Perak itu juga berpendapat jika ada pihak atau nama lain mahu ditonjolkan menjadi perdana menteri, lebih baik niat tersebut dimatikan saja.
“Saya fikir kalau ada pun cita-cita itu patut dipadamkanlah.
"Setakat ini saya nampak orang bagi sokongan kuat dekat kawan itu (Muhyiddin), yang awak pula nak nak kurangkan sokongan buat apa? Buat rugi pada parti kita saja,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Sementara itu, mengulas kerjasama Bersatu dengan PAS, Ahmad Faizal berkata dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi harus dia menjelaskan bahawa hubungan mereka adalah begitu baik.
Dalam kerajaan cuma lakonan
Mengakui ada pihak yang enggan percaya, dia menambah, sepanjang ingatannya tidak pernah ada perbalahan tersebut semasa kedua-dua parti bermesyuarat.
Malah kata ahli politik yang sering disapa sebagai Peja itu, insiden meninggikan suara juga tidak pernah berlaku.
“Apa juga hal yang kami bincangkan, ia akan dibuat secara terbuka dan keputusan diambil melalui konsensus.
"Dalam hubungan (peribadi) pula, saya anggap Tan Sri Abdul Hadi Awang ni - walaupun dia Presiden PAS dan saya Bersatu - saya dah anggap dia sebagai pemimpin saya.
“Rakan-rakan lain juga saya lihat, macam (Setiausaha Agung PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan ataupun rakan-rakan lain, mereka melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin mereka.
"Jadi saya nampak hubungan dalam parti dan hubungan secara peribadi kami cukup baik, tapi orang selalu tanya soalan ni... macam mereka suka kalau kami bergaduh,” katanya.
Dia yang pernah menjadi menteri belia dan sukan selama kira-kira 14 bulan dalam kerajaan PN menegaskan, pihak yang tidak gembira dengan hubungan mesra PAS - Bersatu adalah parti lawan.
Bahkan, dakwa Ahmad Faizal, dalam kerajaan perpaduan sendiri ahli dan pemimpin mereka tidak sehaluan antara satu sama lain.
“Yang bergaduh ini sebenarnya ialah orang Umno yang tak suka sangat orang PKR. Orang PKR pula tak suka sangat dengan orang Amanah. Orang Amanah pula cukup tak suka pada orang DAP.
"Kalau kamu lihat keadaan di peringkat akar umbi, kalau duduk dengan orang Umno, itulah cerita mereka. Duduk dengan orang Amanah pun cerita benda yang sama juga,” katanya.
Justeru, menurut Ahmad Faizal, dakwaan bahawa wujud kerajaan perpaduan itu tidak lebih daripada sekadar lakonan saja.
Yang susah dapat kerusi
Sebaliknya dalam PN, katanya, persefahaman mereka adalah tulen dan rakyat tidak perlu sangsi kerana parti itu sentiasa meletakkan kepentingan orang ramai sebagai keutamaan.
"Kami dah ada seorang presiden yang sedia melepaskan jawatan (sebagai perdana menteri) tapi parti lain ada,” katanya.
Ditanya apakah kerjasama PAS - Bersatu akan berterusan sehingga PRU akan datang, Ahmad Faizal menyatakan keyakinannya, malah percaya ada nama besar lain yang akan menyertai PN.
Mereka, dakwanya, terdiri daripada kalangan pemimpin di peringkat negeri hingga ke akar umbi.
“Itu saya amat-amat yakin akan berlaku,” katanya.
Keyakinan itu ditunjukkan Ahmad Faizal berdasarkan apa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan sekarang.
Menganggap mereka itu sebagai "orang baik-baik" dia berkata kerajaan semasa gagal melaksanakan apa-apa dasar yang mengutamakan rakyat.
Diminta mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkannya bakal menyertai PN, Ahmad Faizal berkata, mereka adalah tokoh yang tidak digemari pemimpin kerajaan.
“Mereka ini dalam kalangan yang tidak ada nama, pemimpin-pemimpin yang tidak digemari oleh presiden mereka.
"Sebagai contoh, (mereka adalah) yang saya jangka susah untuk mendapat kerusi dalam PRU akan datang.
“Jadi, mereka nak pergi mana?" katanya sambil menambah, individu terbabit akan diterima selagi menerima prinsip perjuangan PN serta menolak rasuah. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/a_88.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Need For Pn To Discuss Pm Other Than Muhyiddin Peja

No Need For Pn To Discuss Pm Other Than Muhyiddin Peja

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 195 hits
Bersatu has joined Gerakan in reminding PAS that there is no need for Perikatan Nasional to discuss the coalition s prime ministerial candidate other than Muhyiddin Yassin Utusan Malaysia quoted Bersatu vice president Ahmad Faizal Azumu as ...
Mimpi Basah Apa Hal Dengan Hadi Ini Muhyiddin Pula Cakap Besar Tembe

Mimpi Basah Apa Hal Dengan Hadi Ini Muhyiddin Pula Cakap Besar Tembe

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 114 hits
Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parli...
Muhyiddin Ordered To Pay Guan Eng Rm1 3m Defamation Damages

Muhyiddin Ordered To Pay Guan Eng Rm1 3m Defamation Damages

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 169 hits
The Kuala Lumpur High Court ruled that former prime minister Muhyiddin Yassin defamed former finance minister Lim Guan Eng over the alleged revocation of Albukhary Foundation s tax exempt status Judicial commissioner Roz Mawar Rozain ordere...
Panas Kes Hasutan Penghinaan Muhyiddin Perkembangan Terkini Dari Ma

Panas Kes Hasutan Penghinaan Muhyiddin Perkembangan Terkini Dari Ma

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 145 hits
Barisan peguam bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kes itu membabitkan tuduhan menyebut pe...
Vincent Tan Tears Into Muhyiddin Govt For Pushing Single 5g Network

Vincent Tan Tears Into Muhyiddin Govt For Pushing Single 5g Network

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 260 hits
U Mobile Sdn Bhd chairman Vincent Tan said RM16 5 billion in public funds are at stake due to the monopolistic single 5G network model chosen by the PN led government PETALING JAYA U Mobile Sdn Bhd chairman Vincent Tan has trained his guns ...
Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

Aafiyah Kongsi Cita Cita Nak Jadi Ustazah Baru 6 Tahun Mampu Hafal Banyak Surah Hadis

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 161 hits
Si comel kesayangan penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza Siti Aafiyah rupanya mahu menjadi seorang ustazah apabila besar nanti Hal itu dikongsikan Aafiyah ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas Ustazah Datuk Dr Norhafiza...
Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 259 hits
Lyrics verse 1 pernahkah kamu termenung saathidup berjalan terlalu cepatpenuh gelisah tak tentu arahooo kamu tak sendiriverse 2 pernahkah kamu memaksa kuatwalau hatimuterasa beratbanyak mimpi yangtak kunjung nyataooo kamu tak sendirichorus ...
Peja Survivor Politik

Peja Survivor Politik

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 93 hits
Apakah agaknya ada sesuatu mengenai Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja mengikut panggilan dalam loghat Perak hingga beliau mampu timbul dalam tenggelam Daripada seorang yang pernah diraikan selaku menteri besar Perak kemudi...
Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Salam Ramadhan Al Mubarak Dari Akifimtiyaz Com

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Set Buka Puasa Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk

Ismail Sabri Disiasat Sprm

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

If Your Kid Wants A Fish These 12 Hardy Types Are Your Best Bet Romper

Niat Solat Sunat Tarawih Dan Witir

Anwar Harap Rafizi Diberi Laluan Mudah Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Top Commentator Of February 2025 Tahniah Blogger Cuya