Peja Survivor Politik


 
Apakah agaknya ada sesuatu mengenai Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja mengikut panggilan dalam loghat Perak hingga beliau mampu timbul dalam tenggelam?
Daripada seorang yang pernah diraikan selaku menteri besar Perak, kemudian hilang dari pandangan umum, kini beliau tampil semula dengan cara yang tidak mampu diabaikan ramai.
Seperti seekor kucing yang diumpamakan memiliki sembilan hayat, Peja mungkin tidak berbeza susulan kemenangannya sebagai seorang daripada tiga naib presiden Bersatu dalam pemilihan pada Sabtu meneruskan kelangsungan politiknya.
Jika hendak dipercayai cakap-cakap sesetengah orang yang mengandaikan Perikatan Nasional (PN) mampu kembali menjadi kerajaan selepas PRU16, maka Peja harus sudah terjamin tempatnya dalam Kabinet baharu kelak mengikut hipotesis berkenaan.
Kalau hendak bertahan lama dalam politik – juga berdasarkan kata orang – jangan terlalu tonjolkan diri untuk mengelak dari berada di barisan hadapan yang terdedah kepada tembakan musuh, baik dari luar mahupun dari dalam.
Barangkali itu yang menjadi pegangan Ahmad Faizal, 54, yang memilih untuk menjadi seorang pengikut dan penyokong yang setia tanpa ia mencalarkan egonya.
Sekalipun tidak mendapat undi tertinggi dengan 9,238 di kedudukan ketiga dalam perebutan jawatan naib presiden Bersatu pada Sabtu – di belakang dua penyandang terdahulu Radzi Jidin (11,690) dan Ronald Kiandee (11,295) – sekurang-kurangnya beliau masih terselamat dalam pertandingan enam penjuru itu.
Dalam pada itu, ada juga cakap-cakap andai kalah bertanding sekalipun, Peja akan tetap diberi salah satu jawatan lantikan oleh Presiden Muhyiddin Yassin sebagai membalas pengorbanan dan kesetiaannya kepada parti yang dilulus dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 itu.
Mengimbau perjalanannya menjelang pemilihan Bersatu kali ini, Peja menjaja naratif bahawa sejak bersetuju kepada ‘pelan kompromi’ Muhyiddin pada 13 Julai lalu untuk berundur setapak daripada jawatan timbalan presiden bagi memberi laluan kepada Hamzah Zainudin naik pangkat menjadi orang nombor dua parti, beliau bersedia terhadap apa sahaja kemungkinan.
“Secara jujur, orang kata… tahniah Peja, terima kasih kerana berjiwa besar, tak pernah ada orang macam ni, ketua kampung pun susah nak lepaskan jawatan, inikan pula timbalan presiden.
“Tapi bila masanya saya tengok keputusan mula keluar, rupa-rupanya susah nak menang naib presiden. Jadi kalaulah ditakdirkan saya tak terpilih, saya nak minta keluarga besar Tambun kita ‘chill’ saja, tiada masalah,” katanya berucap merasmikan persidangan Bersatu Tambun di Ipoh pada malam 2 Nov.
Muhyiddin sendiri sebelum ini bercerita bahawa Peja tawarkan diri untuk lepaskan jawatan parti sewaktu dicadang supaya beri laluan kepada Hamzah – kedudukannya lebih kanan selaku ketua pembangkang di Dewan Rakyat selain pengalamannya selaku setiausaha agung – dibandingkan beliau yang kalah kerusi Parlimen Tambun kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada PRU15.
Tidak salah jika Peja berasa seperti tidak dihargai khidmatnya. Tapi kata presiden Bersatu, Peja pada awalnya keliru dengan perancangannya untuk parti dan kemudian setuju mengisi satu kekosongan naib presiden selepas semuanya diperjelaskan.
Dalam soal ini, Muhyiddin juga sebenarnya tidak faham. Kata-kata Peja untuk melepaskan jawatan parti bukan didasarkan kepadanya yang merajuk tetapi lebih kepada kesediaannya berkorban untuk parti jika itu yang diperlukan.
Malah, Muhyiddin boleh dikata tidak menunaikan tawar-menawarnya. Sepatutnya beliau melakukan sesuatu untuk memastikan Peja dapat undi tertinggi dalam perebutan jawatan naib presiden bagi menjaga air muka beliau. Itu pun mujur beliau menang di tempat ketiga. Kalau kalah, tak tahulah apa kesudahannya tapi Peja nampaknya berhati besar.
“Saya fikir peluang kepada semua calon naib presiden sama rata kerana saya percaya semua berharap dipilih untuk menabur bakti, begitu juga saya. Tetapi apa juga keputusan, saya fikir kami perlu menerima dengan hati terbuka dan meneruskan usaha memberi khidmat bakti kepada parti dalam apa juga kapasiti.
“Apa yang perlu kita lakukan ialah memperkuatkan parti. Jangan pula apabila kita tewas, kita melemahkan parti. Jadi, niat awal untuk menguatkan itu kita teruskan, apa juga keputusan terima dengan baik,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia sehari sebelum pemilihan.
Seperti sudah tertulis, ‘trio pelan kompromi’ menang naib presiden Bersatu manakala Ketua Penerangan Razali Idris, Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abidin – ketiga-tiganya didakwa bekas ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melanggar petua presiden – berada di pihak yang tewas.
“Gandingan mereka ini merupakan formula terbaik ke arah kekuatan parti bersama-sama ahli MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi)“ kata Hamzah yang menang tanpa bertanding jawatan timbalan presiden menerusi hantaran di Facebook selepas keputusan diumumkan.
Harus benar seperti dikatakan Peja pada 14 Julai lalu bahawa sejarah perjalanannya dalam politik menunjukkan beliau bukan seorang pemimpin yang ‘gilakan’ kedudukan, sebaliknya bersedia untuk berkorban sekiranya ia demi kebaikan pentadbiran, negara dan parti.
“Apabila saya (ketika itu menteri besar) gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya di sidang Dewan Undangan Negeri Perak, saya tidak buat bising kerana saya memikirkan kestabilan kerajaan negeri lebih penting berbanding kedudukan saya.
“Apabila saya bukan lagi menteri besar, saya juga tidak menuntut presiden parti ketika itu (Muhyiddin) untuk meletakkan saya sebagai menteri,” katanya.
Cuma apa yang tidak disebutkannya ialah Muhyiddin melantiknya sebagai penasihat khas kepada perdana menteri yang bertaraf menteri pada 5 Ogos 2021. Pelantikannya dalam hal-ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi ketika itu menimbulkan kritikan warga maya yang menganggap ia tidak perlu kerana sudah ada menteri dengan portfolio berkenaan.
Namun, sudah rezekinya apabila Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi perdana menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021, Peja dinamakan dalam Kabinet selaku menteri belia dan sukan sehingga Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada PRU15.
Sebagai seorang untuk semua musim – pernah berlakon filem ‘Buntat’ arahan Sabri Yunus ketika berjawatan menteri besar Perak di samping berkolaborasi dengan Jamal Abdillah dan Shiha Zikir untuk lagu ‘Moh Beraya‘–Peja menyerlahkan diri sebagai ‘survivor’ bukan hanya dalam politik, malah sebarang keadaan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/peja-survivor-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Buang Kerjaya Gaji Thalapathy Vijay Berhenti Dari Industri Filem Tamil Demi Teruskan Kerjaya Politik

Saya Buang Kerjaya Gaji Thalapathy Vijay Berhenti Dari Industri Filem Tamil Demi Teruskan Kerjaya Politik

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 155 hits
Thalapathy Vijay baru baru ini berkongsikan keputusannya untuk berhenti dari industri perfileman untuk meneruskan politik sebagai kerjaya Pelakon GOAT itu menyatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk melepaskan kerjaya lakonannya yang se...
Politik Dan Akademik Tidak Sama

Politik Dan Akademik Tidak Sama

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 132 hits
UNTUK MENGGATALKAN MULUT SILAKAN HENDAK BERBAHASA BIAR CERDIK POKOKNYA SEMANGAT NAMPAKNYA SAJA NAK CARI POPULER TAK BOLEH DUK DIAM INTELEKTUAL KANGKONG KOREK KOREK SEJARAH SILAM UNTUKMENDAPAT PERHATIAN GATAL AKADEMIK KAMU MAU APA GATAL POLI...
Wan Rosdy Modul Dan Silibus Sekolah Politik Akan Diteliti Terlebih Dahulu Sebelum Direalisasikan

Wan Rosdy Modul Dan Silibus Sekolah Politik Akan Diteliti Terlebih Dahulu Sebelum Direalisasikan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 80 hits
KUANTAN Pelaksanaan sekolah politik seperti dimaklumkan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam akan diteliti terlebih dahulu sebelum direalisasikan Selaku Ketua Biro Latihan dan Pengkaderan UMNO M...
Netizen Indonesia Terkejut Ahli Politik Janjikan Syurga Kepada Pengundi

Netizen Indonesia Terkejut Ahli Politik Janjikan Syurga Kepada Pengundi

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 86 hits
SITI NUR ZAWANISatu klip video kontroversi dipercayai dari negara seberang mengundang reaksi warga maya selepas ahli politiknya menjanjikan syurga kepada para pengundi Video ucapan ahli politik itu dimuat naik netizen Indonesia yang jelas k...
Young Syefura Dakwa Fitnah Rakaman Suara Serangan Politik Kotor Mahu Untuk Lagakan Sesama Dap

Young Syefura Dakwa Fitnah Rakaman Suara Serangan Politik Kotor Mahu Untuk Lagakan Sesama Dap

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau Beliau bagaimanapun menyifatkan penyebaran itu...
Jangan Ikut Iblis Politik

Jangan Ikut Iblis Politik

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 149 hits
Terkini USTAZAH MASYALLAH TABARAKALLAH DAH DIPANGGIL POLIS Khabarnya ustazah MasyaAllah Tabarokah yang membuat hebuh di Tumpat Kelantan telah pun dipanggil polis Tampaknya polis tidak menunggu lama untuk bertindak Baguslah Kekecuhan membabi...
Sebab Iblis Politik Meniup Sentimen Bangsa

Sebab Iblis Politik Meniup Sentimen Bangsa

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 89 hits
Ketika bermatian atas gelanggang untuk memenangi perlawanan demi negara tak ada sesiapa yang persoalkan kesetiaannya Berita juga dan dan lain lain atlet negara Saat mereka berhempas pulas merekalah Langsung tak ada rasa terhadap kesetiaan m...
Mb Pahang Akan Ketuai Sekolah Politik Yang Di Tubuhkan Bn Bawah Biro Latihan Dan Perkaderan Umno

Mb Pahang Akan Ketuai Sekolah Politik Yang Di Tubuhkan Bn Bawah Biro Latihan Dan Perkaderan Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 95 hits
TEMERLOH Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai sekolah politik yang ditubuhkan Barisan Nasional bawah biro latihan dan perkaderan UMNO Malaysia kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau juga mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah