Panas Kes Hasutan Penghinaan Muhyiddin Perkembangan Terkini Dari Ma




Barisan peguam bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. Peguam Amer Hamzah Arshad berkata pihaknya telah memfailkan satu permohonan untuk memindahkan prosiding di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 1 Nov lepas. "Antara sebab kami memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ialah terdapat beberapa isu, seperti sama ada Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempunyai kesan menyekat dan menafikan kebebasan bersuara serta hak rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah peribadi dan menyatakan fakta dan rekod sejarah atau mengeluarkan pendapat. "Kes ini juga akan melibatkan peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan dan cara bagaimana Perdana Menteri dilantik. "Permohonan terbabit telah kami failkan serta sudah menerima salinan permohonan dan menjangkakan pendengaran (keputusan permohonan) akan ditetapkan sekitar November atau awal Disember," katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding sebutan semula kes Muhyiddin berhubung perkara itu di Mahkmah Sesyen di sini hari ini. Dalam prosiding yang berlangsung kira-kira 15 minit itu, Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menetapkan 15 Jan 2025 untuk sebutan Pada prosiding sama, Nik Mohd Tarmizie turut membenarkan permohonan Amer Hamzah supaya Muhyiddin diberi pengecualian daripada hadir pada tarikh baharu sebutan semula berkenaan atas faktor logistik. Kes dikendalikan lima Timbalan Pendakwa Raya diketuai Azlina Rasdi manakala Muhyiddin diwakili enam peguam yang diketuai Amer Hamzah. Sebelum ini, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Gua Musang atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas. Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/panas-kes-hasutan-penghinaan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Hasutan Sanusi Apa Jadi

Kes Hasutan Sanusi Apa Jadi

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 279 hits
HarapandailyMahkamah Tinggi Shah Alam sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk sebutan kes hasutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Tarikh baru untuk sebutan kes ialah 10 Disember Hakim Aslam Zainuddin memutuskan selepa...
Sembilan Premis Dah Digeledah Sprm Jumpa Petunjuk Baharu Kes Mbi Selangor

Sembilan Premis Dah Digeledah Sprm Jumpa Petunjuk Baharu Kes Mbi Selangor

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 189 hits
HarapandailyKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia Tan Sri Azam Baki memberitahu telah menemukan petunjuk baharu dalam siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated Menurutnya perkara itu masih belum boleh dide...
Polis Sedang Buru Enam Lelaki Di Percayai Terbabit Kes Cederakan Pekerja Kedai Makan Di Raub

Polis Sedang Buru Enam Lelaki Di Percayai Terbabit Kes Cederakan Pekerja Kedai Makan Di Raub

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 161 hits
KUANTAN Polis sedang memburu enam lelaki dipercayai terbabit kes mencederakan seorang pekerja kedai makan menggunakan parang di Jalan Lipis Raub Selasa lepas Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata laporan berkaitan k...
Wanita Mengamuk Pecah Cermin Kereta Ada Plot Twist Rupanya Kes Sambung Bayar

Wanita Mengamuk Pecah Cermin Kereta Ada Plot Twist Rupanya Kes Sambung Bayar

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 243 hits
Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan batu menjadi perbualan hangat di media sosial Dalam video tersebut seorang lelaki juga dilihat menggunakan besi untuk merosakkan kereta yang sama Video...
Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 812 hits
Wartawan Harian Metroam hmetro com mySiti Hajartul Haini sudah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Kuala Lumpur Wanita dikehendaki polis Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian juta...
Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 294 hits
Kwon Mina bekas ahli kumpulan AOA telah mengulas mengenai konflik dengan bekas ahli kumpulannya Shin Ji min Artikel Berkaitan Terbaru Kwon Mina memuat naik mesej panjang di media sosialnya menyatakan Memang betul saya memaki dia Saya telah ...
Lima Ditahan Berkait Kes Culik Lelaki China

Lima Ditahan Berkait Kes Culik Lelaki China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 288 hits
BernamaKLANG Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga tempatan dipercayai terlibat kes penculikan seorang warganegara asing di sekitar Sepang baru baru ini Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian awal pagi 18 Okt ber...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Resepi Kuih Apam Gula Merah

Meggy Z Terlanjur Basah Chord