Selain Milk Booster Ibu Muda Ini Kongsi 5 Rahsia Banyakkan Susu Badan Yang Kering


Risau susu badan tak cukup untuk si manja? Kami pasti ramai ibu terutama yang baru sahaja pertama kali menimang cahaya mata serta menyusu badan, mencari cara banyakkan susu badan yang kering.
Sebenarnya, ia tidak sukar asalkan ibu tahu teknik atau kaedah yang betul. Tak percaya? Ibu muda ini ada tip untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana.

Susu ibu pilihan yang terbaik
The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.
Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.
Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.
Ada banyak lagi manfaat susu ibu yang lain, jadi tidak dapat disangkal ia sudah pasti merupakan pilihan sumber nutrisi terbaik untuk perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran anak anda.

Seiring dengan penjelasan pakar, ramai ibu yang mahu menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, akan timbul masalah besar apabila susu di dalam payudara itu mulai kering!
Ibu muda ini kongsi cara banyakkan susu badan yang kering!
Puan Nurul Amira Badrul Hisham bersama pasangannya, Encik Mohd Safwan Salim menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Arish dengan berat 3.3 kg di Hospital Kulai, Johor pada tanggal 3 Mac 2021.
Menurut Puan Amira, sebagai first time mom, dia juga tidak lari daripada berasa runsing jika ada masalah pada susu badan. Ternyata sama seperti kebanyakan ibu lain, dia turut berdepan cabaran masalah susu badan kering di peringkat awal selepas bersalin.
Tidak mahu emosi terus menguasai diri, dia berpandangan positif menganggap masalah ini biasa berlaku pada ibu yang pertama kali bersalin, di mana tubuh badan mereka memerlukan sedikit masa untuk lebih bersedia memasuki alam keibubapaan.
“Buat para ibu baru, kita perlu tahu dan belajar banyak tips keibubapaan seperti cara banyakkan susu badan yang kering supaya pengalaman ini dapat kita guna pakai untuk kelahiran yang akan datang pula,” kata Puan Amira.
Berikut beberapa tips banyakkan susu badan yang ibu muda ini amalkan:
1. Urut payudara
Pertama, cara banyakkan susu badan yang kering adalah dengan melakukan urutan khas pada payudara bagi melancarkan lagi proses penghasilan dan pengeluaran susu badan secara semula jadi. Puan Amira sendiri telah menjalani beberapa kali sesi urutan. Menurutnya, susu badan mulai ada lalu bertambah lebih banyak selepas melalui sesi urutan kali keempat dan seterusnya.
2. Pam susu
Berkongsi lagi cara banyakkan susu badan yang kering, ibu muda ini turut mengamalkan tabiat mengepam susu semasa bayi tidak menyusu. Selain bertujuan merangsang pengeluaran susu badan, ini juga persediaan untuknya membuat simpanan susu buat kegunaan bayi kelak.
“Ini penting agar susu yang masih ada di dalam payudara tidak menjadi kering apabila dibiarkan terlalu lama. Saya percaya, jika susu tidak dipam, ia bakal beri kesan pada penghasilan susu ibu,” ujarnya.
3. Kawal waktu anak menyusu
Perkara paling penting, para ibu perlu kawal waktu anak menyusu dengan membuat jadual khas. “Setiap 2 ke 3 jam sekali dalam sehari, susu dalam badan kena keluar untuk diberikan atau disimpan dalam botol kalau Arish tengah tiada ‘mood‘ untuk menyusu, bolehlah untuk elak susu mengeras dan kering,” jelas Puan Amira.
4. Amalkan diet ideal dan sihat
Dalam usaha merangsang susu ibu yang terbaik buat si kecil, ibu muda ini juga mula mengamalkan diet ideal dan sihat – lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu serta bayi.
Tambahnya, sayuran seperti lobak putih dan sawi hijau sering menjadi pilihan ekoran ia berkesan membantunya untuk membuat susu dalam badan itu tidak kering, malah lebih banyak lagi.
5. Ambil milk booster
Menurutnya, cara banyakkan susu badan yang kering itu juga perlu meliputi pengambilan milk booster sama ada secara moden atau tradisional. Beberapa makanan sunnah seperti kurma dan madu juga membantunya memperbanyakkan susu.
6. Elak stres
Turut mendengar nasihat dan saranan daripada doktor dan bidan, Puan Amira juga sentiasa memastikan emosinya stabil dan tidak terganggu, lagi-lagi di fasa awal penyusuan.
“Walaupun ada masalah susu kering masa awal menyusu, doktor dan bidan yang menjaga saya sentiasa ingatkan supaya kawal stres, tak kiralah stres dari segi fizikal atau mental. Dengan ini, tubuh badan ibu akan lebih relaks sekali gus dapat menghasilkan susu badan yang terbaik,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Puan Amira tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi cara banyakkan susu badan yang kering sama ada secara moden atau tradisional. Namun, saranannya agar setiap ibu mendapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu sebelum mencuba sebarang cara.
Kredit: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Selain Milk Booster, Ibu Muda Ini Kongsi 5 Rahsia Banyakkan Susu Badan Yang Kering! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selain-milk-booster-ibu-muda-ini-kongsi-5-rahsia-banyakkan-susu-badan-yang-kering/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Badan Turun 7kg Roh Jeongeui Dari Our Beloved Summer Kongsi Rahsia Diet

Berat Badan Turun 7kg Roh Jeongeui Dari Our Beloved Summer Kongsi Rahsia Diet

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 157 hits
Selepas membintangi Our Beloved Summer pelakon baru Roh Jeong eui nampaknya makin dikenali ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Selain Our Beloved Summer Roh Jeong eui juga pernah membintangi 18 Again dan akan datang Dear M Penampilan pelakon itu b...
Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 189 hits
Selepas hampir dua minggu melahirkan bayi kesungguhan pelakon popular Mira Filzah ingin memberikan bayinya susu ibu sama seperti ibu ibu lain juga Sejak bergelar ibu kepada Wan Khair Amir Mira dilihat bersungguh sungguh memberikan bayi sulu...
Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

Terkejut Tengok Anak Sulung Siap Hidangkan Makan Jagakan Adik Ibu Ini Kongsi Rahsia Didikan Suaminya

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 171 hits
Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak anak yang bakal menjadi ikutan Anak anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali ...
Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 188 hits
Kahwin muda sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita Walaupun ia jarang berlaku namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai ...
Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

Tak Perlu Beli Bekas Mahal Ibu Ini Kongsi Tip Nak Peti Ais Kemas Tersusun

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 167 hits
Biasanya terapi bagi seorang ibu dan isteri selain rumah yang kemas peti ais juga boleh memberi ketenangan tiap kali masuk dapur untuk memasak Bila tersusun elok je setiap barang dalam peti tu nak ambil sesuatu pun mudah Apa yang buat peti ...
Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

Ibu Ini Kongsi Step By Step Ajar Anak Pandai Membaca Boleh Mula Seawal Usia Bayi 6 Bulan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 182 hits
Kajian menunjukkan masa paling sesuai untuk ajar anak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 ketika lahir 50 ketika berumur 6 bulan 85 ketika berumur 3 tahun dan 95 ketika mencapai umur enam tahun Macam mana nak aj...
Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

Ibu Ini Kongsi Resepi Makanan Yang Tinggi Kalori Sesuai Untuk Tambah Berat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 295 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok berat badan anak tak meningkat kan Jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan sesuai yang tinggi kalori buat si manja MAKANAN YANG TINGGI KALORI SESUAI UNTUK ANAK KECIL 1 kekacang kekacang mmg ti...
Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair Ini 9 Punca Sebenarnya

Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair Ini 9 Punca Sebenarnya

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 220 hits
Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan betul tak ibu ibu Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkong...
Saya Cuba Elak Makan Malam Walaupun Lapar Ros Blackpink Dedah Rahsia Badan Langsing

Saya Cuba Elak Makan Malam Walaupun Lapar Ros Blackpink Dedah Rahsia Badan Langsing

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 166 hits
Baru baru ini Ros BLACKPINK tampil membincangkan bagaimana dia mencapai bentuk fizikalnya yang sempurna dan tips dalam mengambil gambar yang bagus Korang ada tengok tak Melalui saluran YouTube rasmi majalah fesyen Elle Korea satu video temu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba