Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair Ini 9 Punca Sebenarnya


Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan, betul tak ibu-ibu?
Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian, apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkongsian

Mengapa najis bayi warna hijau?
Sebenarnya najis hijau termasuk dalam variasi najis biasa. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), warna najis biasa adalah sebarang warna coklat, tan, kuning atau hijau.
Najis berwarna hijau merupakan perkara normal pada si manja terutamanya bayi baru lahir. Bahkan kanak-kanak yang lebih dewasa juga mungkin mengalaminya.Walaupun keadaan najis berwarna hijau itu menyebabkan kerisauan, namun dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana sesuatu yang dimakan oleh anak, vitamin atau ubat yang diambil atau sakit perut yang mengakibatkan cirit-birit.
Memahami simptomnya
Najis hijau mungkin berlaku dengan sendiri atau disertai gejala tertentu bersama ketidakselesaan perut:
Najis yang terbentuk secara normal mungkin tampak kehijauan pada masa-masa tertentu – hijau adalah variasi warna najis normal Ada kalanya najis kelihatan hitam, tetapi mungkin berwarna hijau gelap Tinja hijau juga boleh disertai dengan najis cair seperti dalam kes cirit-birit Punca najis berwarna hijau
Terdapat banyak punca najis berwarna hijau dan jarang disebabkan masalah perubatan serius.
Najis bayi warna hijau lumut
Bayi, khususnya yang baru lahir, berkemungkinan besar mengalami najis hijau ini. Berikut antara kemungkinan puncanya:
Najis pertama bayi yang baru lahir – mekonium – seperti hitam, tetapi mungkin kelihatan kehijauan Cecair hempedu yang berlebihan Najis bayi menyusu badan, kerana ia beralih daripada mekonium kepada susu matang Najis hijau mungkin menunjukkan ketidakseimbangan foremilk/hindmilk pada bayi yang menyusu, yang mengakibatkan si manja mendapat bahagian foremilk (susu berair) yang lebih banyak daripada hindmilk (susu lebih pekat dan berlemak). Walaupun ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, namun ia tidak menunjukkan masalah bekalan susu atau susu badan Tinja hijau mungkin menunjukkan intoleransi terhadap makanan dalam diet ibu. Dalam kes ini, bayi mungkin kelihatan tidak selesa atau kembung perut Najis hijau, terutamanya apabila disertai dengan jaluran darah, mungkin menunjukkan alahan kepada sesuatu dalam diet ibu yang menyusu atau susu formula Jenama susu formula tertentu Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan najis cair dan kehijauan Najis bayi warna hijau berkemungkinan disebabkan anda memperkenalkan makanan pejal dalam diet, terutamanya sayuran hijau Pada kanak-kanak
Anak yang dihantar ke taska atau pusat asuhan dan mula berinteraksi dengan kanak-kanak lain, boleh mendapat virus yang menyebabkan cirit-birit – selalunya cair dan berwarna kehijauan
Apabila anak kecil mengembangkan lelangitnya (palate), mereka mungkin mengalami sensitif makanan yang menjadikan najis kehijauan seperti bayam, sayuran hijau lain dan makanan mengandungi pewarna
Anak lebih dewasa
Seperti punca najis bayi warna hijau dan kanak-kanak, anak yang lebih dewasa juga boleh mengalami tinja hijau disebabkan:
Mengambil makanan hijau Mengambil ubat atau vitamin Cirit-birit atau sakit perut Warna najis yang berbahaya!
Menurut AAP, najis berwarna hijau tidak pernah menjadi punca kebimbangan. Namun, najis hijau dan cair sering menunjukkan masalah cirit-birit yang memerlukan perhatian dan penjagaan pada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Terdapat warna najis yang mungkin menunjukkan petanda masalah.
Jika najis anak berwarna putih, merah – khususnya merah terang – atau hitam, anda harus berjumpa pakar pediatrik segera. Ia mungkin tidak berbahaya, tetapi sebaiknya lakukan pemeriksaan.
Merawat masalah najis bayi warna hijau
Seperti dinyatakan pada awal tadi, najis kehijauan bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi tiada salahnya untuk melakukan pemeriksaan jika wujud kerisauan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan perubatan, bagi memastikan keadaan anak selamat.
Jika anak kelihatan sangat sakit dan najisnya berwarna hijau, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor segera! Ini kerana sebagai contoh, najis kehijauan yang disertai cirit-birit boleh menandakan penyakit virus atau bakteria.
Sekiranya anak mengalami najis hijau cair selama beberapa hari, mereka mungkin mendapat dehidrasi kesan daripada penyakit yang dialami.
Biasanya kes dehidrasi boleh dipulihkan dengan menghidrat anak. Tetapi seandainya anak tampak lesu atau sukar bangun, mereka mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasi dehidrasi tersebut.
Perubahan pemakanan bantu atasi masalah najis bayi warna hijau
Jika anak mengalami najis hijau disebabkan sesuatu yang dimakan, vitamin atau ubat, anda tidak perlu mengeluarkannya daripada diet hanya kerana risau tinjanya berwarna sedemikian.
Namun, jika makanan, vitamin atau ubat itu menjejaskan mereka dengan cara lain, seperti menyebabkan perut berangin atau sakit, anda boleh mempertimbangkan untuk menyingkirkannya daripada diet pemakanan anak.
Sekiranya keadaan najis hijau itu disertai dengan ketidakselesaan fizikal pada anak, maka sudah tiba masanya untuk campur tangan. Contohnya:
Jika bayi menyusu badan mempunyai najis berwarna hijau dan berbuih, disertai dengan perut berangin dan terjeluak, si manja mungkin mengalami ketidakseimbangan foremilk/hindmilk atau intoleransi makanan atau alahan. Berundinglah dengan pakar untuk penyelesaian terbaik
Sekiranya susu formula menyebabkan najis bayi warna hijau lumut bersama sakit perut, rujuklah doktor untuk menukar jenama susu formula lain
Seandainya anak menghidapi penyakit atau sakit perut yang menyebabkan najis berwarna hijau, dan tidak sihat, lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui rawatan bagi penyakit atau masalah perut mereka. Anak juga perlu dihidrat semula jika mengalami dehidrasi
Dalam mana-mana situasi yang tidak menyenangkan atau anak tampak sakit, segera bawa mereka untuk pemeriksaan doktor. Sentiasalah mendengar naluri keibubapaan anda apabila melibatkan keadaan kesihatan anak.
Kredit: Hello Doktor


Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Najis Bayi Warna Hijau Sebab Susu Ibu Cair? Ini 9 Punca Sebenarnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/najis-bayi-warna-hijau-sebab-susu-ibu-cair-ini-9-punca-sebenarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Cemas Bayi 18 Bulan Terperangkap 30 Minit Dalam Kereta

Ibu Cemas Bayi 18 Bulan Terperangkap 30 Minit Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 183 hits
Ibu cemas bayi 18 bulan terperangkap 30 minit dalam kereta KEMAMAN Seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayinya perempuannya berusia 18 bulan terperangkap selama setengah jam di dalam kereta Proton Satria di Taman Samudera Timur Chukai ...
Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi Gebu Senang Kunyah Tak Tercekik

Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi Gebu Senang Kunyah Tak Tercekik

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 816 hits
Apam susu ini sesuai makan masa breakfast atau hi tea baby mahupun dijadikan makan tengah malam Teksturenya yang gebu tak tercekik pastikan putar tu bagi lama baru lah gebu gebas Sesuai seawal usia 7 bulan Bahan bahan 4 bji telur 1 sudu bes...
Ibu Bapa Saya Sudah Mendidik Saya Dengan Ilmu Agama Saya Bertatu Ni Sebenarnya Syazwan Zulkifly

Ibu Bapa Saya Sudah Mendidik Saya Dengan Ilmu Agama Saya Bertatu Ni Sebenarnya Syazwan Zulkifly

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 249 hits
Kuala Lumpur Bagi menjayakan watak untuk content filem pendek di YouTube pelakon Syazwan Zulkifly 34 kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua dua belah tangannya
8 Perkara Ini Mungkin Punca Anak Alami Sembelit Ibu Cuba Semak

8 Perkara Ini Mungkin Punca Anak Alami Sembelit Ibu Cuba Semak

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 297 hits
Masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun Apakah tanda tanda sembelit yang boleh ibu kenal pasti ya Jom baca lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini Masalah an...
Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

Paling Penting Tak Nak Stres Mira Filzah Mohon Pengikut Instagramnya Kongsi Tip Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 190 hits
Selepas hampir dua minggu melahirkan bayi kesungguhan pelakon popular Mira Filzah ingin memberikan bayinya susu ibu sama seperti ibu ibu lain juga Sejak bergelar ibu kepada Wan Khair Amir Mira dilihat bersungguh sungguh memberikan bayi sulu...
Ibu Gemar Buat Tatu Sementara Pada Bayi Dikecam

Ibu Gemar Buat Tatu Sementara Pada Bayi Dikecam

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 124 hits
SHAMEKIA Morris dikecam pengguna di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada bayi lelakinya Treylin Instagram WEST PALM BEACH FLORIDA Seorang pereka fesyen dari negeri Florida Amerika Syarikat tular di media sosial kerana gemar...
Bayi 6 Bulan Maut Ibu Parah Ditetak Parang Oleh Datuk Saudara

Bayi 6 Bulan Maut Ibu Parah Ditetak Parang Oleh Datuk Saudara

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 243 hits
Keadaan bayi perempuan yang meninggal dunia dan ibunya yang parah akibat ditetak datuk saudara dalam kejadian di Kinabatangan semalam Foto Ihsan IPD Kinabatangan Bayi perempuan maut ditetak datuk saudara Kinabatangan Seorang bayi perempuan ...
Krim Ruam Susu Peluh Lampin Gatal Bayi Di Muka Leher Pipi

Krim Ruam Susu Peluh Lampin Gatal Bayi Di Muka Leher Pipi

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 260 hits
Krim Ruam Susu Peluh Lampin Gatal Bayi Di Muka Leher PipiKrim Ruam Susu Peluh Lampin Gatal Bayi Di Muka Leher Pipi Krim sapu pelbagai guna untuk 1001 masalah kulit Herbal Blend Shaklee sesuai untuk kegunaan harian dan semua peringkat umur d...
Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 201 hits
Tular di aplikasi Twitter satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr Muiz Murad yang menceritakan pengalaman anaknya Ali yang telah menyelamatkan seorang kanak kanak yang hampir lemas Menerusi bebenang ciapan tersebut Dr Muiz tel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash