Selain Langsung Tidak Tertekan Dengan Desakan Ismail Sabri Juga Berjaya Menjadikan Pentas Penggulungan Pau2021 Miliknya




Kalau dilihat kepada riuh rendahnya gendang serta paluan untuk mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera, sama ada sebelum atau ketika sesi perbahasan PAU2021 yang berlangsung Sabtu lalu, sepatutnya sekarang ini sudah pun ada gambaran yang jelas bila Parlimen akan dibubarkan.
Tetapi, kenapa masih tidak ada?
Yang ada hanyalah ketetapan usul yang diluluskan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan enam bulan selepas PRU15 diadakan.
Begitu pun, usul tersebut sebenarnya belum pasti benar-benar akan menjadi kenyataan kerana ia masih tertakluk kepada RoS atau Pendaftar Pertubuhan sama ada mahu memberi kebenaran atau sebaliknya.
Bagaimana jika ianya tidak diluluskan oleh RoS?
Sementara semua pembahas PAU2021 tahun ini bagai disusun-atur dengan sempurna untuk menekan serta mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar tidak ada pilihan selain setuju membubarkan Parlimen, apa yang berlaku akhirnya tidaklah seperti yang dijangka.
Selain Ismail Sabri dilihat langsung tidak terkesan atau tertekan dengan semua suara-suara desakan yang ditujukan kepadanya, malah pentas penggulungan PAU2021 akhirnya seperti menjadi miliknya.
Melalui beberapa pengumumannya mengenai keputusan kerajaan seperti pembelaan kepada arwah Adib Kassim yang diberi pampasan RM1.5 juta, penubuhan jawatankuasa siasatan berkaitan Tommy Thomas, pembelaan kepada kaum wanita dengan pembekuan akaun bank bekas suami agar pemberian nafkah terjamin, perkembangan ekonomi dan sebagainya, Ismail Sabri pada petang Sabtu lalu telah berjaya meraih sokongan dan tepukan gemurah dengan perwakilan turut berdiri sebagai tanda terima kasih kepadanya.
Dengan sambutan yang diterimanya, Ismail Sabri kemudian dengan santai dan tenang mengungkapkan soal PRU15 yang didesak agar beliau membubarkan Parlimen dengan segera akan dibincangkan bersama “Top Five” dalam UMNO terlebih dahulu.
Sambil menyeru agar perpaduan dan kesatuan sentiasa dirapatkan bagi memastikan kemenangan, tepukan terhadapnya terus bergema apabila beliau mengatakan tidak akan menunggu walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen kiranya semua pihak sudah bersedia dan kemenangan mampu dicapai.
Menegaskan beliau juga mahu BN menang dan menjadi dominan melalui PRU15, Ismail Sabri terus diberikan tepukan gemuruh dengan perwakilan berdiri beberapa kali sebagai tanda sokongan dan ingin bersama-sama dengannya.
Berikutan intipati dan kebijaksanaan Ismail Sabri dalam penampilannya itu beserta sambutan perwakilan terhadapnya, ucapan pemggulungan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan selepas itu jadi hambar, tidak menarik, malah seperti kehilangan kata-kata dengan tempoh masa berucap yang pendek saja.
Paling tidak wajar, beliau juga cuba mempengaruhi Ismail Sabri untuk malanggar undang-undang kerajaan dengan meminta Perdana Menteri campurtangan dalam soal permohonan UMNO berkaitan usul yang telah diluluskan.
Bahkan, ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudian daripada itu, diperkatakan pelbagai pihak sebagai lebih banyak merapu, entah apa-apa serta tidak menarik.
Agaknya kedua-dua mereka sudah bersedia untuk menyerang Ismail Sabri kerana menjangkakan beliau akan berdalih dan terus bersilat daripada menyegerakan PRU15 sebagaimana yang didesak oleh para perwakilan.
Realitinya, dengan mengatakan akan berbincang dengan “Top Five” dalam UMNO mengenai PRU15, selain melalui beberapa pengumuman atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri telah berjaya menenggelamkan semua yang bakal berucap selepasnya, di samping dapat mengelakkan lidahnya daripada menuturkan perkataan setuju untuk mengadakan pilihan raya dengan segera dan sebelum pemilihan UMNO.
Dalam hal ini, perbincangan dengan “Top Five” UMNO saja tidak mungkin akan selesai dalam sekali atau dua kali pertemuan, kemudian di bawa kepada MT dan selepas itu mahu tidak mahu, perbincangan dengan parti-parti rakan yang sama-sama membentuk kerajaan pusat tentu saja tidak dapat dielakkan.
Makna kata, banyak lagi proses dan perbincangan harus dilalui selepas ini dan bererti, “game” belum lagi berakhir untuk sesiapa berharap PRU15 pasti diadakan pada tahun ini. – ShahbudinHusin 21/03/2022.


Video Player













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/selain-langsung-tidak-tertekan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau Berakhir Ismail Sabri Masih Tertekan

Pau Berakhir Ismail Sabri Masih Tertekan

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 132 hits
Tidak seperti yang dijangka ramai usul mendesak PRU15 diadakan segera tidak muncul pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam Adakah ini mengecewakan Presiden Umno dan orangnya Zahid Hamidi timbalannya Mohamad Hasan serta beberapa pe...
Zahid Suggests Ismail Sabri Remains Umno S Pm Candidate For Ge15 Tok Mat For Ge16

Zahid Suggests Ismail Sabri Remains Umno S Pm Candidate For Ge15 Tok Mat For Ge16

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 175 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi delivers a speech at the 2021 Umno General Assembly at the World Trade Centre Kuala Lumpur March 19 2022 Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR March 19 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Sukar Bagi Ismail Sabri Untuk Menangguhkan Pru15

Sukar Bagi Ismail Sabri Untuk Menangguhkan Pru15

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 143 hits
Kini sukar PRU15 ditangguh kata penganalisisImran AriffPETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pasti sukar mengelak desakan dari dalam partinya supaya pilihan raya umum diadakan awal susulan kemenangan besar Barisan Nasional di Jo...
Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

Ismail Sabri Perdana Menteri Tapi Rafizi Dan Dap Serang Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 273 hits
Oleh Sirajuddin AhmadBukan kah Perdana Meneri itu datang dari UMNO Bukan kah UMNO musuh PKR dan DAP Namun yang sangat terlihat jelas dan ketara ada lah Rafizi dan DAP bersungguh sungguh menyerang orang yang tiada jawatan dalam heiraki kepim...
Ismail Sabri Amendment To Act 342 Will Not Be Tabled

Ismail Sabri Amendment To Act 342 Will Not Be Tabled

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 151 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the RM1 000 fine against those found flouting the Covid 19 prevention standard operating procedures under the current Act stays NSTP ASWADI ALIASKUALA LUMPUR The government has decided not ...
Ismail Sabri Bakal Pecah Rekod Muhyiddin

Ismail Sabri Bakal Pecah Rekod Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 133 hits
NORMAN RADZUAN10k KWSP PRU15 seperti tidak dpt ditunda lagiISMAIL SABRI TIDAK MAMPU TAHAN DESAKANKeputusan PRN Sabah Melaka Sarawak dan Johor memberi keyakinan tinggi kpd BN utk PRU15 Jika saya sebagai org politik saya juga akn bertindak dg...
Ismail Sabri Komited Laksana Program Basmi Miskin Tegar

Ismail Sabri Komited Laksana Program Basmi Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 160 hits
PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi komited melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia yang bertujuan menghapuskan golongan miskin tegar menjelang tahun 2025 Perdan...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian