Pau Berakhir Ismail Sabri Masih Tertekan


 


Tidak seperti yang dijangka ramai, usul mendesak PRU15 diadakan segera tidak muncul pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam. Adakah ini “mengecewakan” Presiden Umno dan orangnya?
Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan, serta beberapa perwakilan pro-Presiden sebelum ini dengan jelas dan lantang mahu PRU diadakan secepat mungkin. Itu dilihat tekanan buat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun pada sidang media di akhir PAU, Zahid menegaskan Umno “tidak menekan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana menghormati keputusan Kabinet yang dianggotai pelbagai parti selain BN”.
Lalu beliau menyerahkan kepada “kebijaksanaan” Perdana Menteri menentukan bila PRU akan diadakan walaupun menjangka pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya “sebelum atau selepas Julai ini”.
Penganalis, pemerhati, juga pengamal politik percaya jika usul mendesak PRU diadakan segera dibawa dan diluluskan PAU, Ismail akan tertekan. Umum tahu beliau dan penyokongnya mempunyai pandangan berbeza daripada Zahid dan tim berhubung bila PRU mesti diadakan.
Namun pada ucapan penggulungannya Ismail selaku Naib Presiden Umno memberitahu perwakilan beliau akan berbincang dengan ‘top five’ Umno (presiden, timbalan presiden, dan naib presiden) dan “jika yakin akan menang kita tidak akan tunggu satu saat pun untuk bubar Parlimen untuk PRU15”.
Persoalannya, menurut Hisomuddin Bakar, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, menilik secara mendalam “adakah semua ini akan dilakukan tanpa syarat? Bagaimana nasib dan kedudukan penyokong beliau (Ismail) yang diberikan pelbagai gelaran? Apa jaminan politik yang diberikan, terutamanya peluang untuk bertanding bagi mereka yang masih berminat meneruskan perjuangan di dalam parti dan kerajaan?”
Menurut penganalisis politik, Oh Ei Sun, Ismail sekadar “berlengah-lengah” untuk melanjutkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri.
Pun begitu bagi Hisomuddin, selepas ucapan penggulungan Ismail, “nampaknya nada presiden dan timbalan presiden Umno seakan menjaga air muka naib presiden berkenaan”.
Apa pun kalau benar Zahid “kecewa” dengan tiadanya usul segerakan PRU15, satu lagi hasratnya terkabul apabila PAU bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas PRU diadakan.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk dalam Umno sendiri meramalkan Zahid akan dicabar, kemungkinan besar oleh Ismail. Itu semua kini tidak membawa apa-apa makna dengan keputusan PAU menangguh pemilihan parti selepas PRU kerana Zahid akan kekal sebagai presiden sehingga PRU15 diadakan.
Dilihat pada sudut ini beberapa pemerhati politik berpendapat Zahid sudah “menang” kerana “mengawal segalanya sekarang manakala Ismail tunduk”.
Kata Oh, selaku presiden parti, Zahid akan memutuskan siapa calon pilihan raya Umno dan “kemungkinan besar akan mencalonkan ‘loyalist’ – orang yang setia kepadanya dan beliau boleh berada pada kedudukan mengenepikan Ismail sendiri”.
Tetapi pada ucapan penggulungannya, Zahid membayangkan Ismail diizin meneruskan memegang jawatan perdana menteri jika Umno-BN memenangi PRU15.
Memilih calon pilihan raya adalah kuasa mutlak presiden seperti diperuntukkan peraturan dan perundangan parti.
“Apakah presiden akan menandatangani watikah calon kepada mereka yang dikatakan gunting dalam lipatan?” tanya Hisomuddin.
Zahid dalam ucapan dasarnya pada hari pertama PAU kerap menyebut tindakan musuh dalam selimut.
Menurut Hisomuddin, semua ini termasuk dalam perundingan Ismail dan Zahid bagi memastikan situasi menang-menang. Namun “jika gagal kesepakatan dicapai mungkinkah keluarga Umno akan bergolak kembali?”
Kata beliau apa yang dihurai ialah spontan setelah meneliti apa yang berlaku dalam Umno tetapi “nampak tak terhenti disini.” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/pau-berakhir-ismail-sabri-masih-tertekan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sebalik Ditekan Ismail Sabri Masih Pegang Kekuasaan

Di Sebalik Ditekan Ismail Sabri Masih Pegang Kekuasaan

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 133 hits
mediarania com14 3 2022PENDAPAT 13 Mar Meskipun diperlekehkan dengan seolah olah hanya Najib Razak yang berperanan dalam memastikan kemenangan BN dalam PRN Johor serta layak diberi penghargaan kemudiannya dijerit pula secara biadap dengan l...
Ismail Sabri Seru Perwakilan Nyatakan Hasrat Akar Umbi Di Pau 2021

Ismail Sabri Seru Perwakilan Nyatakan Hasrat Akar Umbi Di Pau 2021

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung Umno 2021 bermula hari ini hingga Sabtu menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tun...
Hala Tuju Umno Nasib Mn Akan Dimuktamad Pada Pau Ismail Sabri

Hala Tuju Umno Nasib Mn Akan Dimuktamad Pada Pau Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 155 hits
mykmu net13 3 2022Hala tuju UMNO terutama selepas Pilihan Raya Negeri Johor akan ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan bermula Rabu ini Selain itu UMNO juga dijangka membentangkan pendiriannya terhadap Muafakat Nasional ba...
Selain Langsung Tidak Tertekan Dengan Desakan Ismail Sabri Juga Berjaya Menjadikan Pentas Penggulungan Pau2021 Miliknya

Selain Langsung Tidak Tertekan Dengan Desakan Ismail Sabri Juga Berjaya Menjadikan Pentas Penggulungan Pau2021 Miliknya

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 127 hits
Kalau dilihat kepada riuh rendahnya gendang serta paluan untuk mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera sama ada sebelum atau ketika sesi perbahasan PAU2021 yang berlangsung Sabtu lalu sepatutnya sekarang ini sudah pun ada gambaran yang j...
Zahid Boleh Jatuhkan Ismail Sabri Melalui Undi Tak Percaya

Zahid Boleh Jatuhkan Ismail Sabri Melalui Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 151 hits
Sekiranya perdana menteri Ismail Sabri Yaakob enggan bubar parlimen Zahid Hamidi boleh jatuhkan kerajaan melalui undi tak percaya
Zahid Isytihar Perang Dengan Ismail Sabri

Zahid Isytihar Perang Dengan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 170 hits
Ahmad Zahid Hamidi dengan rasmi telah mengisytihar perang dengan Ismail Sabri Yaakob di dalam PAU Umno yang sedang berlangsung Zahid secara terbuka telah mengumumkan yang beliau menentang Ismail Sabri dalam isu pembubaran parlimen
Esok Penentu Ismail Sabri Ada Tulang Belakang Besi Atau Tidak Hassan

Esok Penentu Ismail Sabri Ada Tulang Belakang Besi Atau Tidak Hassan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 168 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 18 2022 7 56 PMPAU 2021 Esok akan menentukan sama ada Ismail Sabri Yaakob seorang perdana menteri yang memiliki keberanian sebenar serta akan dikenang ramai sebagai wira atau sebaliknya pemimpin biasa kata se...
Umno Youth Chief Plays Down Talk Of Rift Between Zahid Ismail Sabri As Wing Concludes Congress

Umno Youth Chief Plays Down Talk Of Rift Between Zahid Ismail Sabri As Wing Concludes Congress

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 161 hits
Umno Youth chief Datuk Asyraf Wajdi Dusuki told the wing s congress today that the party is not affected by rumours of a rift between president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Asyraf dismissed...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran