Selagi Pelaku Tidak Dihukum Saya Takkan Berasa Tenang Ibu Zara


'Selagi pelaku tidak dihukum, saya takkan berasa tenang' - Ibu Zara


"Penderaan itu terlalu kejam kerana anak kecilnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah. Penderaan yang dilakukan terlalu berat dan tidak masuk akal

"Saya mahu individu yang melakukan perbuatan terhadap anak saya dikenakan hukuman berat

"Tidak pernah terfikir anak saya akan diperlakukan seperti ini. Selagi pelaku itu tidak dihukum, selagi itu hati saya tidak tenang. Namun, saya reda dengan pemergiannya,” kata Noraihan Ab Aziz, 22, ibu kepada bayi berusia 11 bulan yang maut dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuhnya

Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama manjanya, Zara disahkan meninggal dunia Jumaat lalu, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang, di sini, Rabu lalu

Noraihan berkata, dia dimaklumkan oleh polis bahawa suami pengasuh berusia 36 tahun itu menjaga anak perempuannya sepenuh masa sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki terbabit yang berusia 28 tahun, 21 September lalu

"Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh kerana mahu bekerja disebabkan ekonomi tidak stabil dan mahu membantu kewangan suami

"Saya mengenali pengasuh melalui Facebook. Dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 setiap seorang dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam

"Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya bertemu dengan pengasuh itu di rumahnya tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

"Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya

"Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri

“Polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja," katanya

Noraihan memaklumkan pernah bertemu suami pengasuh itu yang dilihat seperti individu normal namun riak mukanya kelihatan garang

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki terbabit ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu normal lain," katanya

Noraihan berkata, dia menyedari ada kesan lebam pada lengan, paha dan dahi anaknya dua minggu lalu. Tetapi pengasuh memaklumkan kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Bibir dan gusi Zara yang mula membengkak pula dikatakan kerana Zara tidak mahu menyusu dan kerap menangis. 
Melihat pada keadaan Zara seperti itu, Noraihan tidak menghantarnya ke rumah pengasuh dan kedua-dua anaknya dihantar ke rumah kakaknya di Klang. Namun Zara kerap menangis, menyebabkan Noraihan tidak mempunyai pilihan terpaksa dihantar semula ke rumah pengasuh terbabit pada Rabu lalu. 
"Sebelum kejadian, kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanya mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya

"Saya tidak menyangka mendapat panggilan daripada doktor di Hospital Serdang kira-kira jam 3 petang memaklumkan anak dalam keadaan tenat. Saya dimaklumkan dia dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas Zara dikatakan tercekik epal," katanya

Noraihan dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian tersebut. Hasil bedah siasat mendapati tiga bahagian pada kepala mangsa retak, selain tisu pada kemaluan dan duburnya koyak dipercayai akibat dirogol. 
Menurutnya, dia dan suami, Muhammad Zainal Abd Rahman, 27, sebelum ini bercadang mencari pengasuh lain kerana anak bongsu daripada dua beradik itu seakan-akan tidak mahu tinggal di rumah pengasuh berkenaan

Katanya, hasrat mereka mencari pengasuh lain terpaksa dilakukan pada cuti hujung minggu kerana kekangan masa tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila anak tersayang meninggal dunia

"Setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, dia sering menangis dan dua minggu lalu selama dua hari berturut-turut keadaan badan anak lebam di dahi dan kedua-dua tangan

"Keadaan itu membuatkan saya tidak sedap hati tetapi tiada pilihan kerana sukar mencari pengasuh lain," katanya

Katanya, kematian Zara menyebabkannya tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap anaknya

Menurut Noraihan, berbanding anak sulungnya tidak pernah mengalami kecederaan, malah tidak pernah menceritakan apa-apa ketika berada di rumah pengasuh dan hanya pada hari kejadian anak memberitahu adiknya tercekik epal

"Anak sulung amat rapat dengan Zara dan sering bertanya kenapa adiknya masuk dalam kubur

"Saya tak tahu nak jawab apa kerana anak sulung menganggap adiknya sedang tidur," katanya memaklumkan Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi kelmarin

Difahamkan, suami pengasuh terbabit sudah ditahan sebaik memberi keterangan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kajang, Khamis lalu. - Harian Metro

BERITA BERKAITAN:Bayi 9 bulan maut didera suami pengasuh secara fizikal dan seksual

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/selagi-pelaku-tidak-dihukum-saya-takkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Zara Mahu Hukuman Berat Ke Atas Pelaku

Ibu Zara Mahu Hukuman Berat Ke Atas Pelaku

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 356 hits
SAYA nak pelaku dikenakan hukuman setimpal kerana mendera bayi saya yang tidak bersalah Saya reda dengan kejadian itu tetapi hati saya tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan juga oran...
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 439 hits
Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara Tiada Hukuman Mati Pelaku Kes Bunuh Bayi Zara
Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh

Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 537 hits
Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan dijaga maut didera tanpa perikemanusian Pemergian bayi bernama Nur Muarzara Ulfa 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual akhirnya membongkar perkara yan...
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 532 hits
Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara Sebelum Hantar Anak Selidik Dulu Latar Belakang Pengasuh Ini Luahan Sayu Ibu Zara
Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

Menteri Yohana Anak Korban Kekerasan Meninggal Atau Cacat Pelaku Bisa Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 252 hits
Menurut Yohana aturan pelaku kekerasan terhadap anak dihukum tembak mati atau seumur hidup itu sesuai dengan Undang undang Nomor 35 Tahun 2014 tentang Perubahan Undang undang Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak
Bunuh Ibu Gara Gara Dapat D Dalam Ujian

Bunuh Ibu Gara Gara Dapat D Dalam Ujian

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 322 hits
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak membunuh ibu kandungnya gara gara pertengkaran disebabkan markah rendah dalam ujian Berita penuh di https goo gl v7tNvY sinarharian global ujian markahrendah tengkar cekik kes kesbunuh 15tahun
Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 485 hits
SEORANG gadis berumur 15 tahun telah dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolahnya push Mayatnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan dikelilingi oleh simbol simbol syaitan dan dua ekor
Isu Taska Dan Dilema Ibu Bekerja

Isu Taska Dan Dilema Ibu Bekerja

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 217 hits
Bisnes penjagaan kanak kanak di Malaysia adalah satu industri yang memerlukan perhatian dan bantuan bukan sahaja daripada kerajaan tetapi sektor swasta dan penduduk secara keseluruhannya Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masy...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As