Sektor Pelancongan Dibenar Beroperasi Tetapi Hanya Melibatkan Domestik Sahaja


Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan rakyat di Negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri, keluarga dan komuniti Sektor pelancongan domestik di Sabah dibenarkan beroperasi

Kerajaan Sabah kini membenarkan sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar beroperasi tetapi hanya melibatkan domestik sahaja.Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, aktiviti yang dibenarkan dalam pelancongan domestik (dalam negeri Sabah sahaja) melibatkan penginapan, adventure dan recreation, tempat menarik, food and beverage, ticketing services, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan.

"Semua operasi perhotelan adalah dibenarkan kecuali fasiliti hotel seperti surau, gimnasium, spa, sauna, lounge, kolam renang, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan buffet.

"Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisi, makanan tradisi, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, aktiviti yang meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari seperti Tabin Wildlife Resort, Danum Valley, Maliau Basin, Imbak Canyon, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan, KK Wet Land dan termasuk aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh pihak swasta juga dibuka kepada orang awam.

Katanya, aktiviti yang meliputi penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar dan lain-lain aktiviti turut dibenarkan.

"Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor ini dan rangkaiannya hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak yang berkaitan.

Sementara itu katanya, sektor sukan dan rekreasi juga dibenarkan, ianya meliputi aktiviti latihan sukan individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi seperti olahraga, golf, tenis, e-Sport, sukan bermotor (cubprix), boling padang, memanah, menembak, angkat berat, berbasikal, pelayaran, pentanque, squash, ping pong, silambam, wushu, karate (kata), taekwondo (kata) dan bina badan.

Katanya, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam yang tidak lebih dari 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa seperti golf, berbasikal, sukan bermotor, joging, senamrobik dan lain-lain aktiviti senaman jasmani.

"Rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi (outdoor) seperti golf driving range, joging track, boling padang, lapang sasar memanah, lapang sasar menembak dan taman awam sama ada di bawah kawalan Kerajaan atau swasta atau milik individu.

"Pelaksanaan semua aktiviti dalam sektor sukan dan rangkaiannya hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.

"Sukan-sukan yang tidak dibenarkan ialah seperti sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong, acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang, indoor sport, acara di kolam renang dan jenis-jenis sukan bersentuhan," katanya.

Dalam pada itu katanya, aktiviti yang dibenarkan dibawah sektor perkhidmatan ikhtisas dan professional serta rangkaiannya adalah perkhidmatan oleh jurutera, peguam, arkitek, akauntan, perunding kewangan, jurunilai, juruukur bahan, juruukur tanah, ahli farmasi, kaunselor, ahli geologi, dietrician, dentist, juru fisioterapi, optometris, odiologist, veterinar, doktor perubatan dan doktor pakar serta lain-lain perkhidmatan ikhtisas dan profesional yang berdaftar dengan badan profesional masing-masing.

Katanya, semua perkhidmatan ikhtisas dan profesional hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa yang berwibawa.

"Kerajaan Negeri juga memutuskan supaya bilangan penerbangan domestik ditambah dan menyeru kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya menambah bilangan penerbangan daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bahru, Alor Star, Kuching, Miri, Bintulu ke Sabah dan sebaliknya.

"Begitu juga dengan penerbangan-penerbangan dalam Negeri Sabah. Aktiviti pengangkutan udara adalah tertakluk kepada SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri juga membenarkan kedai-kedai dan premis menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal beroperasi mulai 10 Mei 2020 dan hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa pergerakan merentas daerah di Sabah adalah dibenarkan sejak 4 Mei 2020 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 5 dan hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan.


"Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan rakyat di Negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri, keluarga dan komuniti," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/05/sektor-pelancongan-dibenar-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh Pkpb Ismail Sabri

Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh Pkpb Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 256 hits
Kerajaan bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Bagaimanapun beliau berkata kebenaran pengoperasian han...
Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 396 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun Menyedari akan ada beberapa perayaan yang bakal tiba Misalnya Hari Gawai Pesta Keamatan dan Hari Raya Tan Sri Muhyiddin telah meng...
Sabah Benarkan Sektor Pelancongan Beroperasi Hari Ini

Sabah Benarkan Sektor Pelancongan Beroperasi Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 282 hits
KOTA KINABALU 17 Ramadan 1441H Ahad Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat fasa kelima bermula hari ini Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...
Lebih Banyak Sektor Dibenar Kembali Beroperasi

Lebih Banyak Sektor Dibenar Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 299 hits
HARAKAH DAILYPENULARAN wabak COVID 19 telah memberi kesan kepada kesihatan rakyat dan juga ekonomi negara Kerajaan telah mengambil langkah langkah proaktif khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak in...
Sambutan Hari Raya Dan Gawai Hanya Sehari Sahaja Di Sarawak

Sambutan Hari Raya Dan Gawai Hanya Sehari Sahaja Di Sarawak

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 399 hits
KUCHING 13 Mei Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memutuskan supaya Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini disambut untuk sehari sahaja Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam garis panduan prosedur ...
Peniaga Uptown Di Pulau Pinang Lega Dibenar Beroperasi Di Tapak Baharu

Peniaga Uptown Di Pulau Pinang Lega Dibenar Beroperasi Di Tapak Baharu

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 304 hits
Selepas dua bulan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga kumpulan peniaga Uptown Bertam Kepala Batas dan Bandar Perda Bukit Mertajam akhirnya menarik nafas lega kerana dibenarkan beroperasi di tapak baru Sebelum ini mereka berniaga ...
Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

Ziarah Hari Raya Hanya Dibenarkan Pada Hari Pertama Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 582 hits
Dalam sidang media Keselamatan yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi terdapat beberapa SOP yang perlu diikut oleh orang ramai terutamanya mereka yang meraikan hari perayaan kurang dari dua minggu lagi Jika sebel...
Rentas Negeri Hanya Tujuan Bekerja Sahaja Bukan Balik Buka Puasa Di Kampung

Rentas Negeri Hanya Tujuan Bekerja Sahaja Bukan Balik Buka Puasa Di Kampung

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 294 hits
Perjalanan rentas negeri hanya melibatkan satu hala dan bukannya untuk pulang ke kampung untuk berbuka dan sebagainya setelah itu kembali semula ke bandar menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri YaakobMenurut beliau perjalanan rentas ...
Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR 28 April Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 1 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa meng...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Calpis Soda One In A Million

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Content Marketing For New Business

Dikurung Ditekap Seterika Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Muna Shahirah Datanglah Sayang Chord

Ini Pasal Deep

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025