Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh Pkpb Ismail Sabri


Kerajaan bersetuju membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran pengoperasian hanya untuk tujuan pentadbiran, kewangan, pengurusan dan penjualan sahaja.
“Mereka juga boleh menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan pada masa hadapan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dimulakan. Setakat hari ini, aktiviti pelancongan masih dalam senarai terlarang,” katanya dalam sidang media harian PKPB, di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai aduan terdapat agensi pelancongan yang tidak mahu memberi bayaran balik kepada pelanggan kerana perjalanan dibatalkan disebabkan PKP, Ismail Sabri meminta kedua-dua pihak duduk berbincang dalam mencapai situasi menang-menang.
“Sebenarnya hubungan kontrak atau perjanjian antara pelancong dan ejen tidak ada kena mengena dengan kerajaan, tetapi daripada segi kemanusian sepatutnya mereka (agensi) perlu pulangkan wang itu kerana mereka (pelanggan) bukan batalkan atas kehendak mereka tetapi terbatal kerana mereka tidak boleh keluar negara kerana polisi tidak membenarkan.
“Kalau tak terbang atau pulang duit mungkin boleh dibawa ke hadapan supaya mereka (pelanggan) tidak rugi dan agensi juga tidak rugi,” katanya yang turut memaklumkan telah meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu pelanggan yang mengalami masalah tersebut.
Dalam sidang media itu Ismail Sabri turut memaklumkan, kerajaan membenarkan ahli program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang terkandas di luar negara untuk kembali ke negara ini, mulai esok.
Bagaimanapun setiap ahli program perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan disahkan negatif COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan berlepas pulang ke Malaysia.
“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk menjalani saringan kesihatan dan kuarantin wajib selama 14 hari dan kos kuarantin wajib perlu ditanggung sendiri oleh ahli program,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat 253 ahli MM2H termasuk tanggungan mereka terkandas di luar negara dan beliau berharap kesemua mereka dapat bersabar dan memahami cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menangani COVID-19.
Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak membenarkan pengangkutan awam termasuk feri dan bas menaikkan caj tambang dalam tempoh PKPB kerana pada waktu ini harga minyak masih di tahap rendah.
“Biasanya kalau harga minyak naik, tambang pun naik tetapi bila harga minyak turun, tambang tak turun-turun juga…mengambil pertimbangan ini, kita faham mereka terpaksa membawa penumpang separuh kapasiti daripada biasa, tetapi kerugian mereka boleh ditampung dengan harga minyak yang rendah ketika ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Agensi Pelancongan Dibenar Beroperasi Dalam Tempoh PKPB – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/16/agensi-pelancongan-dibenar-beroperasi-dalam-tempoh-pkpb-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Rakyat Amalkan Kawalan Kendiri Ismail Sabri

Pkpb Mungkin Tamat Lebih Awal Jika Rakyat Amalkan Kawalan Kendiri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 304 hits
PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mungkin akan ditamatkan lebih awal sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata i...
Pkpb Ismail Sabri Ucap Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Mampu Disiplinkan Diri

Pkpb Ismail Sabri Ucap Tahniah Dan Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Mampu Disiplinkan Diri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gembira pematuhan orang ramai terhadap PKPB agak tinggi Menurutnya pihak PDRM telah memaklumkan kepadanya bahawa tahap kepatuhan orang ramai pada PKPB adalah di sekitar 95 peratus 95 peratus pend...
Sektor Pelancongan Dibenar Beroperasi Tetapi Hanya Melibatkan Domestik Sahaja

Sektor Pelancongan Dibenar Beroperasi Tetapi Hanya Melibatkan Domestik Sahaja

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 283 hits
Kerajaan Negeri sekali lagi mengingatkan rakyat di Negeri ini untuk terus mengamalkan penjarakan sosial memakai pelitup muka serta sentiasa menggunakan sanitizer dalam semua urusan seharian untuk keselamatan diri keluarga dan komuniti Sekto...
Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

Jika Rakyat Ingkar Pkpb Boleh Ditamatkan Amp Kembali Kepada Pkp Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 436 hits
Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi beberapa pengumuman penting telah dinyatakan Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan...
Kerajaan Pertimbang Larangan Bawa Kanak Kanak Ke Pusat Beli Belah Ismail Sabri

Kerajaan Pertimbang Larangan Bawa Kanak Kanak Ke Pusat Beli Belah Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 394 hits
PUTRAJAYA Kerajaan mungkin akan mewartakan larangan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa anak anak mereka ke pusat membeli belah atau pasaraya Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu akan dibuat sekiranya ma...
Kkm Gesa Ibu Bapa Bawa Anak Anak Ke Fasiliti Kesihatan Awam Untuk Terima Perkhidmatan Imunisasi Semasa Tempoh Pkpb

Kkm Gesa Ibu Bapa Bawa Anak Anak Ke Fasiliti Kesihatan Awam Untuk Terima Perkhidmatan Imunisasi Semasa Tempoh Pkpb

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 386 hits
Seperti yang semua sedia maklum Kementerian Kesihatan Malaysia telah lama menyediakan perkhidmatan imunisasi kepada kanak kanak melalui sekolah dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit berjangkit NORBERT MILLAUER DDP AFP via Getty Imag...
Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

Tuduh Kerajaan Pn Tidak Sah Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang Di Pertuan Agong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 289 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pihak yang mengatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak sah Tegasnya tindakan tersebut jelas kelihatan mencabar kuasa yang ada pada Yang di Pertuan Agong Yang di P...
Pengetua Guru Besar Diminta Guna Budi Bicara Dalam Tempoh Pkpb

Pengetua Guru Besar Diminta Guna Budi Bicara Dalam Tempoh Pkpb

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Pengetua dan guru besar perlu menggunakan budi bicara yang sewajarnya dalam menentukan keperluan guru yang tinggal jauh untuk kembali ke stesen bertugas masing masing dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyar...
Tiada Lagi Kelonggaran Untuk Rentas Negeri Kecuali Kecemasan Dan Kematian Ismail Sabri

Tiada Lagi Kelonggaran Untuk Rentas Negeri Kecuali Kecemasan Dan Kematian Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa tiada lagi kelonggaran diberikan untuk rentas negeri kecuali kecemasan dan kematian dengan syarat ia mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh pihak polis Kenyataan tersebut diny...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan