Selamatkah Muhyiddin Jika Kembali Sertai Umno



Daripada sudut yang lain, kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mahu Muhyiddin Yassin kembali kepada parti itu dengan UMNO sedia mengubah keputusan pemecatannya pada 2016 dahulu, ia juga adalah suatu berita buruk buat Bersatu.Ia secara tidak langsung bermakna, UMNO tidak mahu bekerjasama dan berkongsi kerusi dengan Bersatu dalam pilihanraya akan datang nanti.UMNO nampaknya hanya ingin mencari jalan mudah iaitu mahu Muhyiddin kembali semula ke pangkuan parti itu agar tidak berbangkit soal pembahagian kerusi dengan Bersatu.Dengan Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, oleh kerana beliau sekarang adalah Perdana Menteri, UMNO juga bersedia mengekalkannya lagi untuk jawatan tersebut.Tetapi, jika Muhyiddin enggan menyertai UMNO semula, ini juga bererti kedudukan Perdana Menterinya tidak akan dipertahankan sama sekali.Secara mudahnya, selepas PRU nanti, UMNO tetap mahukan wakil parti itu yang duduk di kerusi Perdana Menteri, bukan lagi daripada Bersatu.Kalau Muhyiddin masuk UMNO semula, boleh dikata terjaminlah kedudukannya kekal sebagai Perdana Menteri, namun jika beliau enggan, maka “bye-byelah” jawabnya.Bagaimanapun, yang menjadi persoalan, jika Muhyiddin masuk semula UMNO, apakah beliau akan diberi laluan untuk jadi Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tahun depan?Sediakah Zahid Hamidi yang kini merupakan Presiden UMNO melihat Muhyiddin mengambil alih tempatnya?Kalau Zahid Hamidi sedia memberi laluan, apakah pula ganjaran untuknya?Bagaimana pula dengan pemimpin Bersatu yang lain, apakah mereka juga dengan mudah diterima menyertai UMNO atau “karpet merah” hanya dibentangkan untuk Muhyiddin seorang saja?Yang pasti, jika PRU mengejut diadakan pada tahun ini atau sebelum pemilihan UMNO tahun depan, bermakna Zahid Hamidi masih merupakan Presiden UMNO dan akan berkuasa penuh dalam menentukan calon-calon untuk bertanding.Dalam hal ini, pastilah bukan mudah untuk pemimpin Bersatu selain Muhyiddin diberikan tempat untuk bertanding memandangkan UMNO sendiri ada pemimpinnya sendiri di setiap kawasan Parlimen dan DUN seluruh negara.Pasti Geng Hamzah Zainuddin atau Geng Azmin Ali khususnya, tidak semudah Muhyiddin untuk diberikan kerusi bertanding, walaupun mereka ketika ini memegang jawatan menteri dalam kerajaan.Maka, akhirnya apa jadi kepada Muhyiddin?Apakah beliau akan bersendirian bertanding dalam UMNO, manakala calon-calon lain adalah pilihan Zahid Hamidi belaka?Jika begitu, kalau ditakdirkan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional memenangi PRU mengejut dalam waktu terdekat ini, berapa lamakah Muhyiddin akan dipertahankan sebagai Perdana Menteri?Tidak mungkinkah selepas itu UMNO akan menolak Muhyiddin untuk meletakkan pemimpin mereka menggantikannya?Yang nyata, keadaan akan tampak lebih selamat buat Muhyiddin jika kembalinya beliau ke dalam UMNO turut disertai dengan laluan menjadi Presiden parti itu menggantikan Zahid Hamidi serta semua pemimpin Bersatu yang ada bersamanya sekarang dikekalkan bertanding sekali lagi.Cuma, mungkinkah perkara itu boleh berlaku? (Shahbudindotcom 25/07/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/selamatkah-muhyiddin-jika-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 261 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Seorang penganalisis politik meramalkan Muhyiddin Yassin akan menghadapi kesulitan dalam politik jika beliau kembali ke pangkuan Umno yang memecatnya 4 tahun lalu Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia m...
Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 257 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk meneliti saranan daripada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk menyertai UMNO kembali Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Se...
Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

Prk Dun Slim Bersatu Mahathir Vs Umno Pas Bersatu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 396 hits
Kumpulan daripada kem Dr Mahathir Mohamad berkata akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Senator Marzuki Yahya berkata kem mereka akan meletakkan calon menentang Perikatan Nasional Ahli Majlis Presiden PH pula memberitahu bahawa ...
Muhyiddin Tersenyum Puas Bila Najib Dihukum Dakwa Amt Umno

Muhyiddin Tersenyum Puas Bila Najib Dihukum Dakwa Amt Umno

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 264 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti sedang berbangga ketika ini mendakwa beliau lah orang yang paling berprinsip apabila Datuk Seri Najib Razak dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zark...
Umno Umum Tak Sertai Perikatan Nasional

Umno Umum Tak Sertai Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 260 hits
July 30 2020 1 30 PMZahid Hamidi PETALING JAYA Umno mengumumkan ia tidak menyertai Perikatan Nasional Sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama sama PAS dan komponen Barisan Nasional kata Presiden Zahid Hamidi dalam kenyataan ...
Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 326 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai semula parti itu Tambahnya jika Perdana Menteri berbuat demikian ia akan memudahkan banyak perkara ...
Zahid Perjelas Sebab Umno Tidak Sertai Pn

Zahid Perjelas Sebab Umno Tidak Sertai Pn

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 212 hits
Berikut disiarkan sesi soal jawab sidang media dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yangmengumumkan parti itu tidak akan sertai Perikatan Nasional sebaliknya mengukuh hubungan dengan PAS dalam Muafakat Nasional Apakah sebab...
Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 286 hits
Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan politiknya Jika menang ...
Muhyiddin Tawar Saya Sertai Pn Kata Shafie Apdal

Muhyiddin Tawar Saya Sertai Pn Kata Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 304 hits
Hariz Mohd Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah menawarkan Shafie Apdal untuk menyertai kabinet Perikatan Nasional sebagai timbalannya Presiden Warisan menyatakan perkara ini semasa wawancara bersama media hari ini Haha Cuba anda tanya k...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi