Sekolah Vernakular Bercanggah Perlembagaan Persekutuan


MAPPIM, GPMS fail writ saman isytihar sekolah vernakular bercanggah Perlembagaan
BANGI – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), hari ini, memfailkan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa kewujudan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan writ saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dibuat menerusi peguamcara Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil.

Saman berkenaan menamakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan, dan difailkan bagi mendapatkan pengisytiharan oleh Mahkamah bahawa kewujudan vernakular adalah bercanggah dengan kedudukan bahasa kebangsaan di bawah Fasal 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pemfailan saman ini adalah susulan dari keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11 November 2019 lalu, yang menolak permohonan seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, bagi mencabar keabsaban kewujudan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Malaysia, kerana menurut Mahkamah Persekutuan, permohonan tersebut sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi, dan bukan di Mahkamah Persekutuan.

“Justeru, atas keputusan Mahkamah Persekutuan, GPMS dan MAPPIM telah mengambil inisiatif bagi memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi, supaya persoalan penting tentang keabsaban kewujudan sekolah-sekolah aliran vernakular adalah sah atau tidak di sisi Perlembagaan Persekutuan dapat diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,” katanya.

Pada masa sama, peguamcara itu berkata, GPMS dan MAPPIM telah memilih untuk melantik peguam kanannya, Haniff Khatri Abdulla sebagai kaunsel utama mewakili kedua-kedua gerakan ketika perbicaraan di mahkamah kelak.

“Kami juga telah diarahkan untuk menegaskan bahawa GPMS dan MAPPIM menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan atau mana-mana sahaja bahasa lain di dunia termasuk Jepun, Korea dan lain-lain melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut sebagai satu mata pelajaran.

“Tetapi, menolak mana-mana bahasa asing tersebut dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam, yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi,” katanya.

Dalam saman dan writ tuntutannya, GPMS dan MAPPIM memohon perintah untuk suatu pengisytiharan bahawa Seksyen 2,17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), setakat mana SJKC dan SJKT yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar masing-masing adalah bercanggah dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, perkara berkenaan adalah tidak sah dan terbatal setakat percanggahan itu.

Plaintif juga memohon suatu pengisytiharan bahawa kewujudan SJKC dan SKJT adalah bercanggah dengan Perkara 5 iaitu hak terhadap kehidupan yang bermaruah dan Perkara 8 iaitu hak kesaksamaan.

Malah, kedua-dua sekolah vernakular berkenaan turut bercanggah dengan Perkara 10 iaitu hak berekspresi, Perkara 11 iaitu kebebasan beragama serta Perkara 12 iaitu hak terhadap pendidikan.

Turut dimohon, antaranya Dr Maszlee dan kerajaan hendaklah diperintah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan bahawa kewujudan sekolah vernakular yang sedia ada di negara ini diselarikan dengan peruntukan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, dalam tempoh enam tahun daripada tarikh mahkamah memberi penghakiman.
- www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/12/sekolah-vernakular-bercanggah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 402 hits
KAJANG Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada ...
Peguam Ajak Rakyat Beri Sokongan Saman Sekolah Vernakular

Peguam Ajak Rakyat Beri Sokongan Saman Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Ketika Dong Zong dan Jiao Zong bergabung membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi seorang peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengajak orang ramai memberi sokongan kepadanya untuk menutup sekolah vernakular Beliau yang juga ...
Satu Lagi Kongres Tolak Jawi Di Sekolah Vernakular Dianjurkan

Satu Lagi Kongres Tolak Jawi Di Sekolah Vernakular Dianjurkan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 374 hits
BERITASatu lagi acara membantah pengenalan Jawi di sekolah vernakular dianjurkan Ia dianjurkan pada 29 Disember sehari selepas Kongres Organisasi Cina oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong di Kajang Selangor Sekumpulan aktivis yang m...
Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

Rib Rib Holiday Menu Special Dari Tony Roma S Bersempena Dengan Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 437 hits
Tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru dan sebagai penutup tirau untuk 2019 ni apa perancangan korang semua Semestinya korang nak celebrate dengan keluarga dan paling tidak pun dengan si dia yang tersayang Seperti yang sedia maklum...
Jadi Agen Antikorupsi Siswa Akan Awasi Kepala Sekolah

Jadi Agen Antikorupsi Siswa Akan Awasi Kepala Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 175 hits
Saya ingin menggagas kantin kejujuran Ingin mengajak teman teman berlatih jujur tidak mengambil sesuatu yang bukan haknya membayar di kantin sesuai harga yang tercantum meski tanpa penjaga terang gadis gadis kelahiran Merauke 7 Juni 2003 in...
Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

Nikmati Menu Tony Roma S Rib Rib Holiday Sepanjang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 512 hits
Cuti sekolah merupakan waktu yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga Ini juga merupakan masa yang cukup sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar untuk berkumpul dan mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan Kalau rasa nak c...
Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Art Dengan Avataron Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 506 hits
AvatarOn By Schneider Electric Cuti sekolah dah mula Selalunya bila cuti sekolah anak anaklah yang paling excited tapi buat ibu bapa cuti sekolah adalah satu masa yang paling mencabar Pening kepala nak fikir idea nak buat aktiviti apa untuk...
Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 343 hits
Original Content Bagaimanakah cara menulis surat tidak hadir ke sekolah secara formal Mungkin ada di antara ibubapa ataupun penjaga tidak tahu bagaimana untuk menulis surat rasmi memohon cuti dan memberitahu pihak sekolah jika anak mereka t...
Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 497 hits
Cuti sekolah tahun ni mama sekeluarga tak ke mana mana pun Sejak kaki mama injured aritu memang mama susah dah nak berjalan In fact nak g shopping mall beli barang harian pun malas So memang Syafi pun tak kemana mana lah Duduk rumah aje Cum...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025

Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain