Peguam Ajak Rakyat Beri Sokongan Saman Sekolah Vernakular


Manzaidi Mohd Amin




KUALA LUMPUR – Ketika Dong Zong dan Jiao Zong bergabung membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi, seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengajak orang ramai memberi sokongan kepadanya untuk menutup sekolah vernakular.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kini dalam usaha untuk memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat supaya sekolah vernakular ditutup.

Katanya, tindakan Dong Zong membantah tulisan Jawi pada tiga muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia di sekolah itu, disifatkan sebagai melampau dan pihaknya tidak akan berdiam diri.



“Inilah tiga muka surat dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah vernakular yang dibantah keras oleh Dong Zong.
“Saya hendak mengajak rakyat Malaysia memberi sokongan kepada saya untuk kita menutup sekolah vernakular ini melalui saman di Mahkamah Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas tindakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia yang akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

MalaysiaGazette memetik SinChew Daily sebagai melaporkan, selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

BACA: Dong Jiao Zong anjur persidangan pertubuhan Cina bantah tulisan Jawi

Mohd Khairul Azam yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Putra pada 23 Oktober lalu memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya terhadap kerajaan Malaysia bagi mencabar penubuhan sekolah vernakular sebagai tidak berperlembagaan.

Notis usul itu difailkan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan melibatkan isu keperlembagaan Akta Pendidikan 1996 untuk diadili oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, pada 11 November Mahkamah Persekutuan menolak untuk memberi kebenaran kepada pemohon bagi memulakan tindakan mencabar keabsahan sekolah vernakular bertentangan dengan Perlembagaan.

Hakim Tan Sri Azahar Mohammad ketika membaca teks alasan penghakiman selama 43 minit memberi alasan, tindakan itu keseluruhannya adalah kelihatan berkaitan persoalan sama ada Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 sebagai bertentangan (ultravires) dengan Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Mohd Khairul Azam akan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini, sebagaimana keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/peguam-ajak-rakyat-beri-sokongan-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Rakyat As Terhadap Trump Tidak Berubah Selepas Pendengaran Awam

Sokongan Rakyat As Terhadap Trump Tidak Berubah Selepas Pendengaran Awam

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 324 hits
Sokongan rakyat AS terhadap Trump tidak berubah selepas pendengaran awam nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada
Dua Anggota Tni Gugur Ditembak Separatis Papua Bin Ajak Rakyat Ikut Jaga Keamanan

Dua Anggota Tni Gugur Ditembak Separatis Papua Bin Ajak Rakyat Ikut Jaga Keamanan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 241 hits
Direktur Komunikasi dan Informasi Badan Intelijen Negara Wawan Purwanto menaruh hormat pada anggota Kopassus yang gugur di kawasan Intan Jaya Papua
Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

Persatuan Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 402 hits
KAJANG Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada ...
Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 337 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kredibiliti Tommy Thomas diragui kerana pernah wakili pengkhianatBANGI Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan kred...
Sekolah Vernakular Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Sekolah Vernakular Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 436 hits
MAPPIM GPMS fail writ saman isytihar sekolah vernakular bercanggah PerlembagaanBANGI Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia hari ini memfailkan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa ...
Perjalanan Hidup Peggy Melati Sukma Dari Pembalap Sekolah Bir Sampai Hijrah

Perjalanan Hidup Peggy Melati Sukma Dari Pembalap Sekolah Bir Sampai Hijrah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 285 hits
Perjalanan panjang penuh liku dalam kehidupan Peggy Melati Sukma diceritakannya Sebelum memutuskan untuk hijrah Peggy pernah menjadi seorang pembalap bungee jumper hingga sekolah meracik bir di luar negeri
Tengku Tasnim Senyum Riang Tak Sabar Ke Sekolah

Tengku Tasnim Senyum Riang Tak Sabar Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 265 hits
Oleh Khalid AbdullahKEMAMAN 22 Disember Tidak sabar dan sangat bersemangat itu riak yang terpancar dari wajah Tengku Nur Tasnim Imani Tengku Mohd Alwy 6 untuk melangkah ke Tahun Satu di sesi baharu persekolahan yang akan bermula tidak berap...
Gadis 20 Tahun Lahirkan Bayi Di Kamar Mandi Sekolah Agama Di Magetan Polisi Cari Bapak Si Bayi

Gadis 20 Tahun Lahirkan Bayi Di Kamar Mandi Sekolah Agama Di Magetan Polisi Cari Bapak Si Bayi

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 462 hits
Seorang gadis 20 tahun berinisial AF melahirkan bayi laki laki di baskom di kamar mandi Ternyata gadis bercadar ini juga tercatat sebagai pengurus sekolah agama di Magetan Sontak kejadian itu membuat penghuni sekolah yang juga ditempati seb...
Rumah Sekolah Pertama Anak Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan

Rumah Sekolah Pertama Anak Apa Mak Ayah Tunjuk Depan Anak Akan Diperhatikan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 372 hits
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak anak Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa Lebih lebih lagi jika ada anak y...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah