Sekolah Taarana Bukti Pendidikan Perkuat Belia Istimewa


Sekolah Taarana Bukti Pendidikan Perkuat Belia Istimewa
“Kita sebenarnya banyak belajar daripada mereka, lebih daripada apa yang kita ajarkan atau berikan kepada mereka.”
Itulah kata-kata Pengerusi Yayasan RYTHM merangkap Pengasas Sekolah Taarana, Datin Seri Umayal Eswaran, semasa menghadiri Hari Tahunan Taarana 2025 di Auditorium Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, semalam.
Ditubuhkan pada 2011, Datin Seri Umayal mengakui bahawa impian awal penubuhan Sekolah Taarana adalah sederhana, tetapi membawa makna yang besar.
“Apabila kami mula-mula membayangkan penubuhan Taarana di bawah yayasan ini, impian kami sangat mudah. Ia adalah untuk mewujudkan sebuah tempat di mana kanak-kanak berkeperluan khas dapat merasakan penerimaan, sokongan dan keyakinan untuk mencapai potensi sepenuhnya,” kata beliau.
Dari impian itu, ujar beliau, sekolah kini berkembang menjadi institusi pendidikan yang subur, penuh kasih sayang, kreativiti dan ketawa, sambil membuka pelbagai kemungkinan tanpa batas.
Gambar: Pengerusi Yayasan RYTHM merangkap Pengasas Sekolah Taarana, Datin Seri Umayal Eswaran “Kita melihat pelajar yang dahulunya sukar berkomunikasi kini mampu menyatakan diri dengan yakin. Mereka belajar, berkarya dan berhubung dengan cara yang baharu. Ini bukan sekadar pencapaian, tetapi keajaiban yang lahir daripada kasih sayang, kesabaran dan semangat kerja berpasukan,” tambah beliau.
Bakal lancar Program Vokasional Untuk Belia Neurodivergen Dalam sambutan Hari Tahunan tersebut, Sekolah Taarana mengumumkan pelancaran Program Vokasional Untuk Belia Neurodivergen, yang dijangka dilaksanakan pada 2027.
Program ini merupakan lanjutan daripada kurikulum pendidikan seumur hidup Taarana, yang membimbing pelajar sejak usia empat tahun hingga remaja.
Melalui program ini, pelajar akan menerima latihan praktikal berasaskan kemahiran dalam persekitaran yang menyokong, bagi membantu mereka menghadapi cabaran pekerjaan pada masa hadapan.
Ia juga bertujuan memastikan pelajar Taarana berkembang daripada asas pembelajaran ke latihan vokasional, sekali gus bersedia menyumbang kepada masyarakat sebagai individu berdaya upaya.
“Pendidikan adalah tunjang utama, namun membuka ruang dan memberi peluang kepada anak-anak ini adalah kunci bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai.
“Melalui Taarana, kita merapatkan jurang antara pembelajaran dengan keupayaan berdikari, membantu belia neurodivergen melangkah lebih yakin ke dunia yang memerlukan keupayaan unik mereka,” ujar Datin Seri Umayal Eswaran.
Pendidikan inklusif teras kemajuan Hari Tahunan Taarana turut menekankan pencapaian individu pelajar dan meneguhkan kepercayaan bahawa pendidikan berasaskan keprihatinan dan keterangkuman dapat membina keyakinan serta kebebasan. Nilai inilah yang menjadi teras Program Vokasional yang bakal dilancarkan.
Gambar: Warga pendidik dan kakitangan Sekolah Taarana bersama Pengasas & Pengerusi Eksekutif QI Group, Dato Sri Vijay Easwaran serta Pengerusi Yayasan RYTHM merangkap Pengasas Sekolah Taarana, Datin Seri Umayal Eswaran “Sukatan pelajaran di Taarana distrukturkan mengikut keperluan khusus pelajar. Kurikulum disusun dengan teliti oleh pendidik dan kakitangan supaya setiap pelajar dapat mengakses pembelajaran dengan cara yang difahami mereka. Ini memerlukan keyakinan terhadap potensi anak-anak dan keengganan untuk menilai mereka berdasarkan cabaran semata-mata,” ujar Timbalan Ketua Yayasan RYTHM, Shreevidya Anandan.
Inisiatif kreatif & kelestarian Antara acara utama Hari Tahunan Taarana adalah sesi pra-pelancaran buku The Magic of Recycling, sebuah buku kerja interaktif yang direka khas untuk pendidikan kelestarian bagi kanak-kanak neurotipikal dan neurodivergen.
Gambar: Sesi pra-pelancaran buku The Magic of Recycling Ditulis oleh guru Taarana, Joanne Matilda John, buku ini menggunakan visual dan elemen interaktif bagi memudahkan pelajar memahami topik penjagaan alam sekitar.
“Buku ini direka dengan teliti untuk menjadikan topik kompleks seperti memelihara alam sekitar mudah difahami oleh semua pelajar. Ia membuktikan bahawa dengan pendekatan yang tepat, setiap pelajar dapat memberi penglibatan bermakna terhadap isu penting seperti kelestarian,” menurut Dr. Sunitha Sivakumaran, Pengetua Sekolah Taarana.
Buku ini juga menggambarkan komitmen Taarana terhadap Projek ZeroWaste, yang dilancarkan pada Ogos 2024.
The post Sekolah Taarana Bukti Pendidikan Perkuat Belia Istimewa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/sekolah-taarana-bukti-pendidikan-perkuat-belia-istimewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

Pelancaran Fifa Arena Dan Piala Fifa Asean Bukti Kejayaan Malaysia Sebagai Pengerusi Rantau

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 323 hits
HarapandailyOctober 27 2025OLEH A ZAHIDPelancaran FIFA Arena di SK Sri Kelana baru baru ini menandakan detik bersejarah buat Malaysia apabila menjadi antara negara pertama dalam kalangan ahli FIFA melancarkan projek mini padang yang dibiaya...
Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

Pinjaman Peribadi Lebih Rm100 000 Wajib Jalani Modul Pendidikan Kewangan Mulai 2027

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 166 hits
Mulai 1 Januari 2027 sesiapa yang nak mohon pembiayaan peribadi melebihi RM100 000 akan diwajibkan untuk menjalani Modul Pendidikan Kewangan selama 15 minit Ini merupakan sebahagian daripada polisi baharu Bank Negara Malaysia Modul ini diba...
Kempen Lestari Pendidikan Bantu Peminjam Ptptn

Kempen Lestari Pendidikan Bantu Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 152 hits
Kempen Lestari Pendidikan Bantu Peminjam PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sentiasa melaksanakan inisiatif bersepadu dan pendekatan mesra pelanggan untuk membantu serta memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman Ini...
Murid Lemas Jabatan Pendidikan Kl Siasat Pematuhan Sop Program

Murid Lemas Jabatan Pendidikan Kl Siasat Pematuhan Sop Program

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 129 hits
JPWPKL berkata kes sedang disiasat polis dan pihaknya akan beri kerjasama penuh dalam siasatan Seorang murid PPKI berusia 11 tahun meninggal dunia ketika mendapat rawatan selepas lemas ketika jalani program sokongan keyakinan air di Sungai ...
Pendedahan Ketua Pemuda Umno Pahang Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan Tok Wan Tak Pilih Kasih Beri Bantuan Kepada Rakyat

Pendedahan Ketua Pemuda Umno Pahang Bukti Kerajaan Negeri Pimpinan Tok Wan Tak Pilih Kasih Beri Bantuan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 202 hits
RAUB Ketua Pemuda UMNO Pahang hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Pahang pimpinan Datuk Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail tidak pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat seperti yang didakwa oleh pembangkang di negeri ini Terbaharu seo...
10 Karakter Orang Yang Tidak Mudah Selingkuh Bukti Nyata Kesetiaan Itu Masih Ada

10 Karakter Orang Yang Tidak Mudah Selingkuh Bukti Nyata Kesetiaan Itu Masih Ada

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 160 hits
Kesetiaan bukan cuma soal janji tapi cerminan karakter Orang yang tidak mudah selingkuh tahu bahwa mencintai satu orang sepenuhnya jauh lebih membahagiakan daripada memikat banyak hati tanpa arah
Sembuh Dengan Sedekah Bukti Ajaib Pengobatan Yang Diajarkan Rasulullah

Sembuh Dengan Sedekah Bukti Ajaib Pengobatan Yang Diajarkan Rasulullah

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 158 hits
Rasulullah mengajarkan bahwa salah satu cara meraih kesembuhan adalah dengan bersedekah Amalan ini bukan sekadar memberi tetapi menjadi sebab datangnya rahmat kesembuhan dan perlindungan dari berbagai musibah dengan izin Allah Ta l
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gold Trade In Malaysia How To Sell Gold Bars Safely Smartly

Beli Bahan Tanaman Pokok

Ideas Beef Wellington Recipe With Mince

Dirgahayu Tuanku

Podcast Autisme Boleh Diubati Penemuan Mengejutkan Podcast Ppim 11 12 2025

Bufet Krismas Dan Tahun Baharu 2026 Pullman Klcc Hotel Residences