Sekolah Sampai Tingkatan 4 Je Remaja Ini Buktikan Mampu Raih 9a Dalam Spm
Setiap orang mempunyai azam yang tersendiri. Bagi seseorang yang bergelar pelajar, azam mereka hanya untuk gembirakan hati ibu dan ayah dengan membalas jasa dengan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Apa yang akan terjadi jika ada segelintir pelajar yang berhenti sekolah sebelum menduduki peperiksaan penting seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)? Pasti akan ada yang berfikir, mereka ini tidak ada masa depan bahkan tidak layak untuk memduduki SPM sekali lagi. Ternyata korang silap.
Satu perkongsian menarik yang dikongsikan oleh Fariz Annuar di laman Twitternya mengenai pengalamannya mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam SPM walaupun dia sudah berhenti daripada bersekolah.
Menurut Fariz semasa menghubunginya, dia mengaku tidak kesekolah bahkan telah berhenti dari sekolah sejak umurnya 16 tahun. Sejak daripada itu, dia mula untuk belajar sendiri dan mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.
Berhenti sekolah kerana buat hal
I quit school simply because Fariz buat hal (it was like the smallest, simplest thing ever) dekat sekolah and asik kena panggil dengan cikgu disiplin je sampai masa belajar terganggu & cikgu disiplin (ada dua orang) dengki gila dengan Fariz, macam diorang tak suka Fariz.
Jadi, Fariz asyik ponteng sekolah je sebab nak elak jumpa dua orang cikgu tu & lama lama rasa nak pergi sekolah tu hilang. terus rasa malas dan tak bersemangat nak sekolah so i decided to just quit.
Mak dan ayah serta cikgu tak setuju
Sudah pasti ibu dan ayah serta semua cikgu tak bersetuju tapi Fariz jenis yang kalau nak, maknanya nak jugak dan nothing can ever tell me otherwise. Plus I didn’t want any negativities around me.
Katanya, sepanjang dua bulan terakhir sebelum dia berhenti sekolah membuatkan dirinya mengalami tekanan.
Of course tak ada sorang pun yang sokong my decision. My parents asyik kena panggil datang sekolah je but nothing could ever change my mind. Semua cikgu judge Fariz gila gila, cakap Fariz manja la Fariz berlagak pandai nak belajar sendiri la.
Kenyakinan datang setelah dipandang rendah
Dan my friends pula cakap Fariz ni belajar je pandai, tapi bila bab hidup, bodoh. I just found out my mum expected me to get no more than 3A+, semua orang pandang rendah dengan Fariz dan dari situ kenyakinan itu datang.
Makin bersemangat nak SPM untuk buktikan semua orang salah. kita tak boleh nak tutup mulut orang tapi we’ll always have the power to prove them wrong. to leave them living the rest of their lives with guilt. only then diorang akan senyap.
Katanya lagi, dia mengambil 9 subjek semasa di sekolah. Selain itu, dia pergi ke kelas tambahan untuk subjek yang berat seperti Fizik, Kimia dan Matematik serta Matematik Tambahan pada bulan April.
Bukan itu sahaja, dia juga belajar berkumpulan dengan rakan-rakan yang lain. Dia juga ambil peluang untuk mengajar rakan-rakannya sekiranya mereka tidak faham atau apa. Walaupun agak pelik, tetapi dengan kepintaran Fariz, dia dapat berkongsi ilmu bersama rakan-rakannya.
Dia photostatkan semua nota yang dia dapat, bagitahu anything study-related, bagitahu target soalan yang akan keluar, and so much more, sama macam Husna. Also, I tutored Huwaida subject Physics & Chemistry mostly (orang tak sekolah ajar orang sekolah, ko ghasee).
Sekadar Hiasan
Percaya atau tidak, for Bahasa Melayu, English, Pendidikan Islam, Sejarah & Math, i started studying masa bulan 9, jadi bulan 9 sampai bulan 10 tu memang rushing gila nak cover the whole form 5 punya syllabus & nak buat latihan dan nak study balik bab form 4.
Dalam sehari tu I study 3-4 bab in one go (only 5minutes intervals every now and then). so nak taknak masa tu memang terpaksa la sumbat semua benda dalam otak.
Fariz juga sempat berkongsi beberapa tips yang digunapakai olehnya semasa mengambil keputusan untuk belajar sendiri tanpa bimbingan daripada guru di sekolah selepas berhenti.
1. Rujuk orang yang lebih pandai
Rujuk orang yang lebih pandai dari kita. ask them for help. tak semua benda kita boleh faham sendiri. I know how different it is bila kita belajar sendiri & kalau orang ajar. Kalau kita minta tunjuk ajar orang, benda tu jadi lagi senang nak ingat masa jawab paper.
2. Buat study group
This is so helpful. Kita dapat kongsi dan bertukar cara menghafal, cara faham, cara belajar. dalam masa yang sama, kita dapat betulkan dekat mana yang kita salah.
3. Ajar orang
I always think ajar orang is the best way untuk memperluas kita punya ilmu. kita akan rasa macam ilmu kita ni tak cukup untuk fahamkan orang, so dari situ kita akan berusaha untuk tambah ilmu kita dan mendalami topik tersebut.
4. Banyakkan latihan
Bila kita dah terbiasa buat soalan, otak kita akan macam “eh ni lebih kurang macam soalan haritu je” & confirm dapat jawab. math & addmath memang kena tajamkan otak, i don’t think there’s a better way untuk pandai math & addmath.
5. Sentiasa kata ilmu masih belum cukup
Always convince diri sendiri yang kita tak cukup pandai lagi & kita kena teruskan berusaha untuk tambah ilmu kita. even kalau result trial kita dah straight As pun. jangan fikir kepandaian yang kita ada tu dah mencukupi.
6. Masa main dah tamat
Set kat minda setiap malam akan study bab 1 hingga 5. Dan tidur awal supaya bangun awal untuk mulakan study.
7. Akronim
This is untuk subject yang banyak kena hafal, contohnya Sejarah, Biology. buat la ayat yang pelik pelik guna the first letter, idk, figure it out yourself, but i found out the weirder & funnier they sound, the easier they are to memorise.
8. Study last minit itu penting
Esoknya ada paper pukul 8 pagi pun, Fariz study sampai pukul 3/4 pagi, sampai la dah habis revise semua benda. Fariz hafal gila gila and even otak dah tepu pun, Fariz akan sumbat lagi sampai la mampat kat dalam kepala otak.
9. Analisis soalan lepas
Analysis soalan tahun tahun yang lepas. lepastu target apa yang akan keluar. lebihkan dekat target tu. especially komsas & literature. jangan percaya 100% target sekolah sebab tahun lepas target ex sekolah Fariz yang keluar macam 1 2 gitu je.
10. Belajar melalui Youtube
Belajar subjek Matematik tambahan melalui Youtube jika ingin lebih mudah memahami.
11. Doa
Doa banyak banyak!! doa Fariz tak ada la bagus mana tapi Fariz share je la okay. dalam setiap solat, Fariz tak pernah miss doa “ya Allah, Kau kurniakanlah aku result yang cemerlang dalam SPM, kurniakanlah aku straight As, kurniakanlah aku 9A+.
Kau permudahkanlah aku untuk menjawab SPM dengan tepat dan betul. Kau kurniakanlah aku kebijaksanaanMu, kepandaian yang berkekalan, kerajinan untuk belajar. Kau kurniakanlah aku ingatan yang kuat dan permudahkanlah aku untuk menghafal”.
Akhirnya, Fariz dapat buktikan yang diorang salah.Yang orang ‘se-problematic’ macam Fariz pun boleh berjaya. I guess everything happens for a reason. maybe kalau Fariz sambung sekolah situ, Fariz akan stress gila gila sampai tak dapat straight As.
Apa apa terjadi, percaya je dengan pertentuan tuhan. tuhan tahu apa yang kita tak tahu.
Sumber: Fariz Annuar
The post Sekolah Sampai Tingkatan 4 Je, Remaja Ini Buktikan Mampu Raih 9A Dalam SPM appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/03/12/sekolah-sampai-tingkatan-4-je-remaja-ini-buktikan-mampu-raih-9a-dalam-spm/