Sekatan Ekonomi Qatar Satu Kesilapan


Dua tahun lepas, bila Qatar diberi kata dua oleh jiran-jiran Teluknya untuk memenuhi semua 13 tuntutan/enam tuntutan utama (bergantung kepada media mana yang menjadi rujukan) seperti menghalau keluar anggota kepimpinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin serta menutup stesen televisyen Al-Jazeera, ia sebenarnya merupakan satu permainan kuasa bagi blok diketuai Arab Saudi untuk menunjukkan prestij mereka sebagai kuasa utama di Timur Tengah.
Dan selepas Doha enggan melayan tuntutan mereka, blok berkenaan mengenakan sekatan diplomatik dan ekonomi ke atas Qatar dan sekatan tersebut masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini. Persoalannya, apa kisah Doha bila diuji dengan permainan sebegini?
Bagi felo penyelidik Michael Stephens dari Royal United Services Institute, Doha ketika itu berhadapan dengan dua medan pertempuran. Pertama, untuk mengubah tanggapan ramai bahawasanya mereka bukan penyokong gerakan keganasan seperti Daish dan Al-Qaeda seperti didakwa Arab Saudi dan rakan bloknya.
Kedua, Doha perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kedudukan ekonominya masih kukuh, ia tempat terbaik untuk pelaburan dan bersedia mewujudkan keadaan yang membenarkan lebih banyak pelaburan luar secara langsung (FDI) masuk ke situ.
Dan selepas 19 bulan, kedudukan Qatar dilihat tidaklah terjejas seperti dibayangkan Riyadh dan rakan bloknya. Jika Riyadh menyangka tekanan mereka ini dapat menyedarkan Doha akan kedudukan sebenarnya di rantau Teluk, nyata percaturan mereka tersilap sama sekali.
Tatkala Arab Saudi terus bergelut dengan skandal pembunuhan wartawan Allahyarham Jamal Khashoggi yang membayangi kepimpinan negara berkenaan, Qatar pula menunjukkan negaranya masih dibuka untuk pelaburan dan perniagaan. Sebelum sekatan dikenakan, lebih 60% import datang dari negara-negara yang memboikot terutama bekalan makanan.
Untuk mengelak situasi buruk berlaku, Doha segera mendapatkan laluan bekalan makanan alternatif melalui Turki dan Iran. Mereka juga berusaha menambah bilangan produk tempatan di pasaran termasuk mengimport ribuan susu lembu untuk memastikan bekalan susu sentiasa ada.
Menurut seorang bekas penasihat ekonomi Qatar yang enggan dikenali, apa yang dilakukan Doha merupakan sesuatu yang cerdik. Tetapi beliau berpandangan dengan kekayaan mereka yang melimpah ruah itu, Doha seharusnya menggunakan kekayaan tersebut untuk membeli saham syarikat-syarikat makanan bagi menjamin bekalan makanan untuk jangka masa panjang.
Namun secara dasarnya, Doha melakukan satu tugas yang cemerlang bagi memastikan rakyatnya tidak terjejas dengan sekatan yang dikenakan itu. Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini ialah pembukaan Pelabuhan Hamad pada September 2017. Pelabuhan laut dalam ini membolehkan Doha menerima lebih banyak kapal kargo dengan kapasiti besar.
Sebelum ini, barang-barang ini akan tiba di pelabuhan-pelabuhan negara jiran seperti Dubai (Emiriah Arab Bersatu (UAE)) sebelum dihantar semula ke Qatar menggunakan kapal-kapal kecil. Selain berusaha menjaga stok bekalan makanan sentiasa ada, Doha juga memperkukuh hubungan dagangnya dengan negara-negara luar Timur Tengah termasuk Amerika Syarikat.
Pada tahun lepas, mereka mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kewangan Wilbur Ross dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin serta tempahan syarikat penerbangan Qatar Airways untuk pesawat-pesawat Boeing yang bernilai berbilion dolar.
Selain Amerika Syarikat, Jerman turut menjadi tumpuan Qatar menerusi lawatan Emir Tamim bin Hamad al-Thani ke Berlin pada September tahun lepas. Menerusi lawatan berkenaan, Qatar bersedia menawarkan pelaburan dalam sektor kewangan dan tenaga Jerman sebanyak 10 bilion euro untuk tempoh lima tahun akan datang. Dan dengan kedudukan Doha sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022, ia turut membuka peluang pelaburan dalam sektor pembinaan, kejuruteraan dan logistik serta sebagai hub pembinaan semula negara-negara yang dilanda perang seperti Syria dan Iraq.
Selain itu, Qatar juga berusaha memperkenalkan pelbagai reformasi ekonomi seperti zon ekonomi khas, aktiviti penswastaan dan undang-undang buruh bagi menarik lebih ramai pelabur bertandang ke Doha. Namun, reformasi sebegini masih belum menyakinkan ramai kerana masih ada masalah yang mengehadkan peluang pelaburan seperti kerenah birokrasi, kurangnya persaingan dan harga yang terlalu mahal.
Dan tidak seperti negara lain yang perlu mempelbagaikan pendapatan negara, Doha tidak berhadapan masalah sedemikian kerana masih mempunyai simpanan gas asli yang banyak. Jika tidak, bagaimana mereka boleh mengeskport 81 juta tan gas asli sekaligus menjadikan mereka pengeksport gas asli terbesar dunia. Dan kerana gas asli ini juga membantu ekonomi Qatar terus berkembang dari 1.6% (2017) hinggalah 2.4% (2018) dan 3.1% (2019) berdasarkan ramalan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Dari segi strategi yang kita kenali sebagai diplomasi kewangan ini, nyatalah Qatar dilihat jauh lebih ke hadapan berbanding Arab Saudi dan UAE. Kelicikan mereka dalam permainan sebegini akhirnya menjadikan blok Teluk diketuai Saudi diperlakukan seperti orang bodoh dan menjadikan mereka lebih Arab berbanding dua negara yang disebut sebelum ini di dunia Arab.
Dan jangan terkejut pada satu masa, blok ini terpaksa menelan ubat yang pahit dan mengakui sekatan ini bukan saja satu kegagalan tetapi juga satu peluang yang menjadikan Qatar sebagai pemain penting di rantau Timur Tengah.
SUMBER
1. Shalal, Andrea dan Alkoussa, Riham. (2018). Reuters. Qatar eyes Germany’s energy, finance sectors with 10 bln euro investment.
2. Smith, Matt. (2019). BBC. How is Qatar coping with its economic embargo?
3. J. Mintner, Terrence. (2019). The Media Line. Doling Out Cash: Qatar’s ‘Soft Power’ Approach To Circumventing The Saudi-led Embargo

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/sekatan-ekonomi-qatar-satu-kesilapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Satu Pengajaran Tuanku Muhriz Pesan Jangan Ulang Kesilapan Dulu

Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Satu Pengajaran Tuanku Muhriz Pesan Jangan Ulang Kesilapan Dulu

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 511 hits
Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran Tuanku Muhriz pesan jangan ulang kesilapan dulu Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan kerajaan supaya jangan lagi membiarkan hasil negara digunakan u...
Utamakan Produk Muslim Satu Jihad Ekonomi

Utamakan Produk Muslim Satu Jihad Ekonomi

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 738 hits
Antara punca umat Islam lemah adalah kerana tidak menguasai ekonomi Jadi bagaimana ingin mengukuhkan ekonomi umat Islam Satu cara ialah dengan membantu sesama Islam Utamakan produk muslim dan peniaga Islam Banyak produk keluaran muslim tida...
Satu Hari Syok Suatu Hari Kena Bayar Hutang Dengan Harga Tinggi

Satu Hari Syok Suatu Hari Kena Bayar Hutang Dengan Harga Tinggi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 219 hits
Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Mustapa Mohamed menggesa pengundi Cameron Highlands menolak BN pada hari mengundi PRK Cameron Highlands 26 Januari ini Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Kuala Medang malam tadi beliau membangkitka...
Satu Terpidana Korupsi Shelter Tsunami Pandeglang Kembalikan Uang Rp 4 6 M

Satu Terpidana Korupsi Shelter Tsunami Pandeglang Kembalikan Uang Rp 4 6 M

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 143 hits
Terpidana kasus korupsi proyek pembangunan tempat evakuasi tsunami atau shelter di Kecamatan Labuan Kabupaten Pandeglang Takwin Ali Muchtar menyerahkan uang Rp 4 687 miliar kepada Kejaksaan Negeri Serang
Pujaan Hati Kanda Online Dari Satu Bab Ke Satu Bab

Pujaan Hati Kanda Online Dari Satu Bab Ke Satu Bab

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1118 hits
Novel Pujaan Hati Kanda Online Dari Satu Bab Ke Satu Bab Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama 2018 adaptasi novel dengan judul yang sama karya Aulia Iman terbitan Karyaseni Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember...
Ulasan Asus Rog Zephyrus S 2018 Laptop Gaming Paling Nipis Dari Asus Menerima Satu Lagi Kemaskini

Ulasan Asus Rog Zephyrus S 2018 Laptop Gaming Paling Nipis Dari Asus Menerima Satu Lagi Kemaskini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 281 hits
ASUS mula memperkenalkan ASUS ROG Zephyrus pada tahun 2017 di acara COMPUTEX di Taipei Laptop gaming ini bukan sahaja hadir dengan rekaan nipis yang tidak dilihat di mana mana laptop sebelum itu tetapi juga dilengkapi komponen berkuasa dan ...
Video Kita Ada Dua Pintu Masuk Satu Pintu Daging Non Halal Satu Pintu Daging Halal Nsk Perjelas Isu Video Tular

Video Kita Ada Dua Pintu Masuk Satu Pintu Daging Non Halal Satu Pintu Daging Halal Nsk Perjelas Isu Video Tular

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 497 hits
VIDEO Kita ada dua pintu masuk satu pintu daging non halal satu pintu daging halal NSK Perjelas Isu Video Tular Heboh di media sosial apabila rakaman menunjukkan beberapa pekerja sebuah pasar raya borong sedang memunggah babi dari sebuah lo...
Bpkh Tak Ada Satu Rupiah Pun Dana Haji Untuk Bangun Infrastruktur

Bpkh Tak Ada Satu Rupiah Pun Dana Haji Untuk Bangun Infrastruktur

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 172 hits
Kepala Badan Pelaksana Badan Pengelolaan Keuangan Haji Anggito Abimanyu menegaskan tidak ada penyaluran pengelolaan dana haji untuk infrastruktur Hal tersebut untuk menampik anggapan bahwa pemerintah menggunakan dana haji untuk infrastruktu...
Batuk Tak Hilang Jom Cuba Salah Satu Antara 7 Ini Rileks Media

Batuk Tak Hilang Jom Cuba Salah Satu Antara 7 Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 314 hits
Bila batuk kabanyakan kita menganggap sebagai satu masalah kecil Namun bila batuk berterusan dan teruk sehingga boleh menyebabkan ketidak selesaan barulah mula mencari penawarnya Sebenarnya batuk ini terbahagi kepada dua iaitu batuk kering ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian