Masa Jadi Pm Najib Hapus Subsidi Sekarang Nak Jadi Juara


  
Masa jadi PM najib hapus subsidi, sekarang nak jadi juara?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 24, 2022
ShareCadangan terbaharu bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengenai subsidi mungkin dianggap serius oleh para penyokong BN namun hal itu melucukan bagi rakyat biasa yang melihat sendiri polisi pentadbiran Ahli Parlimen Pekan itu sejak 2009 sehingga dijatuhkan pada 2018.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, kelentong Najib kali ini akan sangat sukar menaikkan imej beliau sebagai jaguh memperjuangkan subsidi dan tidak mustahil dirinya sendiri yang akan terbelit.
Bagi Rafizi, tindakan Najib yang mengurangkan subsidi secara bertahap ketika menjadi Menteri Kewangan pada era BN sudah cukup sebagai rekod beliau tidak memperjuangkan rakyat marhaen.
“Baru-baru ini Najib menulis untuk membentangkan formula kononnya untuk menyelamatkan rakyat dari inflasi.
“Formula itu mahu Mencukai Petronas dan syarikat-syarikat perladangan besar supaya kerajaan mendapat lebih dana bagi diagihkan kepada rakyat. Juga melaksanakan program penanaman makanan skala besar dan meningkatkan subsidi bahan makanan
“Sekilas pandang, jika tidak prihatin dengan fakta dan sejarah maka boleh juga terbelit dengan putaran Najib.
“Cadangan-cadangan itu masuk akal, malah telah disuarakan jauh lebih awal sebelum krisis kenaikan kos sara hidup meruncing seperti sekarang,” kata Rafizi.
Bagaimanapun beliau mengingatkan rakyat bahawa ketika era pemerintahan Najib hal sebaliknya berlaku.
Malah dalam hansard Parlimen, kata Rafizi, terbukti beliau yang banyak berbahas mengenai subsidi untuk rakyat dan mempertahankan Petronas demi rakyat.
“Putar belit Najib ini mungkin ditelan hidup-hidup oleh pengikutnya tetapi majoriti rakyat masih ingat kebencian Najib terhadap subsidi.
“Sebaik menjadi Perdana Menteri antara dasar pertama yang dilaksanakan ialah memotong subsidi dengan sasaran menghapuskan terus subsidi,” katanya.
Menurut Rafizi, seawal Oktober 2009 Najib telah memulakan polisi menaikkan harga petrol dan diesel banyak kali.
Katanya, semua itu telah memicu kenaikan harga barang namun Najib beralasan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit negara.
“Sebab itu, tugas saya di Dewan Rakyat dahulu ialah bergaduh dengan Najib demi mengekalkan bantuan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.
“Pada 31 Mac 2017, saya membidas Najib kerana ada tanda-tanda kerajaan BN ketika itu mengekalkan harga minyak lebih tinggi dari harga yang sepatutnya dan secara tidak langsung mengutip cukai dari rakyat
“Malah, setelah kalah dalam PRU14, Najib mencuba putar belit memberi alasan kenapa dia memansuhkan subsidi,” katanya.
Walau bagaimanapun, tambah Rafizi, hal yang pelik berlaku apabila memasuki gerbang PRU 15, najb tiba tiba menjadi dewa penyelamat subsidi.
Tegas mantan Ahli Parlimen Pandan itu, formula-formula Najib untuk memperbaiki kehidupan rakyat tidak berguna kerana beliau telah terbukti selama sedekad menyumbang kepada kesusahan hidup rakyat.
“Dia mahu (dalam formula terbaharu) mencukai Petronas dengan lebih tinggi untuk rakyat, padahal dia mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling banyak mengambil duit Petronas sepanjang tempoh berkuasa.
“Dia mahu mengusahakan pertanian dan penanaman makanan, padahal dia juga yang terus membuang dasar Tun Abdullah Badawi yang mahu memberi tumpuan kepada makanan. Najib gemarkan projek besar, tidak suka projek pertanian.
“Dia mahu syarikat perladangan dicukai lebih, padahal dia juga yang menggadai Felda dan FGV sehingga hampir muflis,” kata Rafizi lagi.
Justeru, calon Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata sinis, sekiranya Najib memasuki kuiz Roda Impian maka tentunya beliau yang paling kuat menjerit “wang besar, wang besar” sambil memekik #SayaPutarJib.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/masa-jadi-pm-najib-hapus-subsidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Penasihat Anda Seorang Yang Lemah Seperti Dr Kayu Maka Isu Zuraida Telalu Lama Untuk Diambil Tindakan

Jika Penasihat Anda Seorang Yang Lemah Seperti Dr Kayu Maka Isu Zuraida Telalu Lama Untuk Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 704 hits
June 22 2022 Nur Jazlan Mohamed berkata tidak pernah ada perdana menteri Umno selemah Ismail Sabri Yaakob dalam sejarah negara PETALING JAYA Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri menjadi petunj...
Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 179 hits
By JUN 21 2022 Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Alexander menjelaskan keputusan itu...
Saya Tak Ada Masa Nak Bermalasan Ros Blackpink Kongsi Pengalaman Jadi Pelatih Di Yg

Saya Tak Ada Masa Nak Bermalasan Ros Blackpink Kongsi Pengalaman Jadi Pelatih Di Yg

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 132 hits
Baru baru ini Ros BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Australia ARTIKEL BERKAITAN Semasa sedang ditemu bual oleh Baz Luhrmann Ros ditanya secara khusus tentang pengalamannya menjadi pelatih di Ko...
Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 167 hits
Dengan berita krisis matawang kripto paling teruk sejak Disember 2020 yang berlaku pada bulan Jun ini banyak pihak dan entiti yang terkesan akan krisis kripto ini Terutamanya adalah pelombong kripto dek kerana kerugian pelaburan mereka dala...
Hapus Subsidi Isyarat Kerajaan Gagal Kata Persatuan Pengguna

Hapus Subsidi Isyarat Kerajaan Gagal Kata Persatuan Pengguna

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 320 hits
freemalaysiatoday com June 22 2022 5 45 PMPresiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia N Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20 PETALING JAYA Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling aya...
Tak Sekarang Ni Asal Muka Nak Dekat Sama Jep Sepahtu Akhirnya Berjumpa Adik Beradik Yg Lama Terpisah

Tak Sekarang Ni Asal Muka Nak Dekat Sama Jep Sepahtu Akhirnya Berjumpa Adik Beradik Yg Lama Terpisah

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 270 hits
Rasanya ramai masih ingat dengan seorang individu yang juga merupakan pengguna aplikasi TikTok apabila dirinya dikatakan seiras dengan pelawak dan penyampai radio terkenal Jep Sepahtu Malah selain seiras perangai mereka juga dikatakan sama ...
Neelofa Mohon Sikit Masa Lagi Untuk Dedah Wajah Bilal Bukan Nak Sorok

Neelofa Mohon Sikit Masa Lagi Untuk Dedah Wajah Bilal Bukan Nak Sorok

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 171 hits
Selebriti dan usahawan popular Neelofa memohon sedikit masa lagi untuk mendedahkan wajah anak sulungnya Muhammad Bilal yang kini mencecah usia lima bulan Menurut laporan Harian Metro selebriti berusia 33 tahun itu menyedari ada segelintir p...
Manusia Mati Meninggalkan Nama Yang Baik Tapi Najib Sekarang Meninggalkan Hutang Negara Berbillion

Manusia Mati Meninggalkan Nama Yang Baik Tapi Najib Sekarang Meninggalkan Hutang Negara Berbillion

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 126 hits
Hutang USD3 bilion adalah legasi yang Najib tinggalkan buat rakyat Malaysia Harimau mati tinggalkan belang Najib mati tinggalkan hutang Malangnya hutang yang dia tinggalkan kita rakyat yang kena bayar Sedangkan kita tak dapat apa pun dari d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab