Anwar Jangan Terlalu Teruja Boleh Jadi Yang Datang Beri Sokongan Adalah Umpan Saja




Saya adalah antara sejumlah besar rakyat Malaysia yang gembira pada mulanya apabila tiba-tiba ada Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Pada saya, ini bukan saja menandakan kepimpinan Anwar lebih diyakini, malah akan menjanjikan atmosfera politik yang lebih stabil kepada negara sehingga PRU16 akan datang.


Apabila politik stabil, harapan seterusnya tentulah agar kerajaan mampu melakukan lebih kebaikan kepada rakyat, mengembangkan lagi ekonomi, menyediakan lebih peluang pekerjaan dan menjadikan negara ini benar-benar sejahtera untuk didiami.


Bermula dengan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), kemudian Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan seterusnya Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang tampil secara terbuka mengumumkan sokongan terbuka mereka kepada Anwar, saya menulis dengan respon yang baik terhadap tindakan mereka itu.


Bahkan, semalam selepas Mohd Azizi mengumumkan sokongannya kepada Perdana Menteri, saya malah menyarankan agar PN secara “en bloc”sepatutnya segera memberi sokongan kepada Anwar juga.


Ini kerana dengan satu demi satu telah beralih sokongan, bersama PN yang semakin hilang harapan untuk menjatuhkan kerajaan, lebih baiklah mereka beramai-ramai menyokong kepimpinan Anwar.


Setidak-tidaknya dengan berbuat demikian, semua Ahli Parlimen PN akan beroleh peruntukan kerajaan bagi kawasan masing-masing dan pengundi mereka akhirnya dapat sama-sama menikmati limpahan pembangunan.


Tetapi, apabila tidak sampai 24 jam selepas Mohd Azizi mengalihkan sokongannya, ia kemudian diikuti pula oleh Ahli Parlimen keempat iaitu Zahari Kechik, hati kecil saya mula terdetik perasaan sangsi.


Kenapa begitu cepat seorang lagi Ahli Parlimen Bersatu menyusul memberi sokongan, apakah semua ini sengaja direncana?


Di waktu yang sama, saya juga meneliti pimpinan utama Bersatu tidak begitu keras mengecam tindakan Ahli Parlimen mereka yang beralih arah itu.


Hanya ketika Iskandar Dzulkarnain saja terlihat ada reaksi yang agak keras, namun selepas itu semuanya dianggap semacam biasa-biasa saja.


Bahkan, pimpinan utama Pas juga tidak ternampak marah dengan tindakan Mohd Azizi dan Zahari itu, walhal kedua-dua calon Bersatu itu bertanding dalam PRU15 lalu adalah menggunakan lambang bulan.


Tidakkah Pas sepatutnya rasa mereka dikhianati?


Dalam konteks berkaitan, beberapa perkhabaran pula singgah ke telinga saya mengatakan usaha blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sebenarnya masih lagi berjalan dan tidak pernah dihentikan.


Malah ada pemimpin pembangkang baru-baru ini difahamkan telah menghantar wakilnya ke Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin negeri Sabah yang tertentu.


Meskipun dalam masa yang sama ada pemimpin dalam Bersatu sendiri difahamkan tidak berapa yakin usaha menjatuhkan Anwar boleh membuahkan kejayaan, pokoknya PN tetap mencari jalan dan tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan kerajaan sebelum PRU16 tiba.


Semua ini lantas menimbulkan persoalan, apakah seorang demi seorang Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan ini hanya sekadar umpan agar Anwar jadi leka?


Ini seterusnya mengingatkan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan pada 2009 lalu di mana ia bermula dengan Adun Bota daripada UMNO, Nasarudin Hashim tiba-tiba keluar parti dan menyertai PKR.


PR amat seronok ketika itu kerana majoriti kerajaan negeri telah bertambah, tetapi tidak lama kemudian, kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaluddin berjaya ditumbangkan hanya setelah 11 bulan berkuasa apabila dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi dan Othman Jailu mengumumkan keluar parti, seterusnya diikuti seorang Adun DAP, Hee Yit Fong mengumumkan menjadi Adun Bebas.


Nasarudin yang sebelum itu melompat ke PKR turut kembali semula kepada UMNO kemudiannya, lalu termenjadilah Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.


Apakah strategi yang sama sedang digunakan untuk menumbangkan Anwar dan kerajaan perpaduan?


Bermula dengan tindakan Zahari semalam yang menjadi Ahli Parlimen keempat memberi sokongan kepada Anwar, saya tidak lagi jadi teruja dengan peralihan sokongan yang berlaku.


Kalau selepas ini ada lagi yang berbuat demikian pun, saya hanya ingin memerhati saja.


Memang semua yang beralih sokongan itu sudah dan akan digantung keahlian, tetapi mereka masih bebas menyokong sesiapa saja di masa akan datang, apabila setelah kerajaan bertukar tangan.


Akhirnya, harap-harap Anwar tidak terpedaya dan tidak termakan umpan yang ada jerat di sebaliknya. – ShahbudinHusin 09/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/09/anwar-jangan-terlalu-teruja-boleh-jadi-yang-datang-beri-sokongan-hanya-umpan-saja.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/anwar-jangan-terlalu-teruja-boleh-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekarang Lebih Baik Pn Umum Saja Sokongan En Bloc Kepada Anwar

Sekarang Lebih Baik Pn Umum Saja Sokongan En Bloc Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 144 hits
Seorang lagi Ahli Parlimen PN memgumumkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kali ini giliran Ahli Parlimen Gua Musang daripada Bersatu Mohd Azizi Abu Naim yang berbuat demikian Bermakna sekarang sudah tiga Ahli Par...
Sokongan Mp Bersatu Walaupun Baik Untuk Anwar Tapi Nampaknya Meresahkan Umno

Sokongan Mp Bersatu Walaupun Baik Untuk Anwar Tapi Nampaknya Meresahkan Umno

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 215 hits
Kehadiran satu demi satu sokongan daripada Ahli Parlimen PN mungkin sesuatu yang tidak mampu untuk ditolak oleh Anwar Ibrahim walaupun realitinya kedudukan majoriti kerajaan perpaduan pimpinannya pada ketika ini boleh dikira sudah cukup sta...
Ertinya Ahli2 Parlimen Pn Kini Boleh Datang Secara Individu Kepada Kerajaan Untuk Bincang Soal Peruntukan

Ertinya Ahli2 Parlimen Pn Kini Boleh Datang Secara Individu Kepada Kerajaan Untuk Bincang Soal Peruntukan

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 156 hits
Sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Whip PN Takiyuddin Hasan yang menegaskan pihaknya telah menghentikan rundingan dengan pihak kerajaan bagi membincangkan soal peruntukan kepada Ahli Ahli Parlimen blok pembangkang Perdana Menteri Anwar I...
Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

Tmj Anwar Perlu Lebih Tegas Tak Boleh Jaga Hati Semua

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 225 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu lebih tegas dalam membuat keputusan membabitkan kepentingan negara Memang niat nak buat sesuatu itu ada tapi dia perlu lak...
Saya Tahu Peminat Teruja Lihat Jungkook Bts Beri Sokongan Buat Jennie Bp

Saya Tahu Peminat Teruja Lihat Jungkook Bts Beri Sokongan Buat Jennie Bp

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 218 hits
Peminat pasti tahu bahawa ahli BTS dan BLACKPINK sememangnya jarang berinteraksi di khayalak umum ARTIKEL BERKAITAN Namun baru baru ini dalam satu temu bual bersama Spotify Jung kook telah menunjukkan sokongannya buat Jennie Dalam video itu...
Bila Anak Picky Eater Jangan Ikutkan Saja Ini Mak Ayah Kena Buat

Bila Anak Picky Eater Jangan Ikutkan Saja Ini Mak Ayah Kena Buat

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 195 hits
Susah jadinya bila anak terlampau memilih makanannya sendiri Hanya mahu makan satu menu sahaja dan langsung tidak mahu mencuba makanan baru Mak ayah jadi pening Bila anak semakin membesar mak ayah semakin pening setiap kali hendak makan di ...
Anwar Usman Tuding Pembentukan Mkmk Adalah Skenario Buat Bunuh Karakternya

Anwar Usman Tuding Pembentukan Mkmk Adalah Skenario Buat Bunuh Karakternya

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 108 hits
Meski sudah mengetahui skenario itu Anwar mengklaim dirinya tetap berbaik sangka
Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

Annuar Selar Anwar Selamat Deepavali Tapi Bagi Bakul Saja

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 224 hits
Setahun Anwar diberi peluang tiada juga perubahanKEMAMAN Orang Melayu Islam telahpun menunjukkan penolakan kepada parti parti liberal sosialis dan sekular pada PRU15 lalu namun kerana politik manipulasi gabungan tersebut dapat membentuk ker...
Kak Km Selalu Pesan Anak Jaga Nama Jangan Terlalu Seksi

Kak Km Selalu Pesan Anak Jaga Nama Jangan Terlalu Seksi

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 185 hits
Usahawan terkenal Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tetap ambil peduli berhubung pemakaian dan penampilan anak anaknya Memetik laporan Utusan Malaysia Kak KM berkata dia menitikberatkan perkara itu terutama terhadap dua orang a...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco