Sekali Sudah Memadai Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama


Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama | Hari Isnin lepas, saya pergi menjemput Ain, anak buah (anak adik ipar) yang tiba dari Penang yang sangat rapat dengan anak-anak. Katanya nak bercuti 2 minggu di KL. Maklumlah sepupu kan, malahan KC Iman yang dulu belajar di Jitra sering ke rumah adik ipar di Batu Maung pada setiap hujung minggu atau pada setiap cuti dengan menaiki ETS atau kadang kala dijemput Mak Teh (adik suami) ni.
Rutin setiap hari memang padat setiap hari, tapi hari ni lebih sikit sebab en suami masih belum balik dari Kelantan, jadi tugasan menghantar Cik Meya ke tempat IL, memasak, hantar lauk kat rumah bonda, ambil alih tugas en suami ke dobi untuk basuh baju sebab kain baju dah menimbun..fuhhh. Kalau jalan kaki atau berlari memang sah, hilang berkilo-kilo lemak kan. 
Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Selesai semua sempat la jugak rehat dalam 15 minit sebelum bergegas ke KL Sentral untuk menjemput Ain yang dah sampai ke stesen jam 1340, tapi sebab laluan tu memang saya arif jadi tak jadi masalah dan Ain yang berusia 19 tahun pun bukan pertama kali turun KL. Jadi, tak perlu terlalu risau takut dia sesat bagai.
Kebiasaannya, kalau KC Iman ikut, ditambah dengan cikapplepie, memang langkah jadi panjang sikit sebab kami pun coffee hunter..heee. Kalau dalam perjalanan nak menjemput Ain tu, KC Iman cakap ada Buritos dijual di Danau Kota, jadi lepas jemput Ain kami panjangkan pemanduan demi Buritos.
Pusing punya pusing sampai 2 kali, sambil KC Iman tengok kiri, cikaapplepie tengok kanan dan Ain tengok kiri kanan, tak pula nampak gerai Buritos, dah la tak de info spesifically kat mana gerai tu dalam IG ke TT tah. Lepas jenuh dok refresh, nampak notis kat media sosial Buritos tu yang kedai ditutup. 
Dah jauh berjalan tak akan nak balik tangan kosong kan, jadi kami fikir baik beli Tong Mo yang dok viral. Sebenarnya nak beli lama dah Tong Mo ni yang kami nampak dijual di Setiawangsa tapi tak ada kesempatan nak beli sebab, samada terlupa atau waktu balik tu tak lalui jalan yang sama.


Ada yang pernah makan Tong Mo?Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Kalau dulu kita akan nampak daging yang berangkai tergantung seakan sosej dijual oleh penjual berbangsa cina. Nampak sama tapi tak serupa, yang ni Tong Mo ni halal.
Tong Mo adalah makanan tradisional rakyat Kemboja, sosej daging cincang yang disumbat ke dalam usus lembu nipis. Daging cincang ini pula diperap dengan berberapa bahan dan rempah istimewa dan diikat memanjang seperti sosej. 
Tongmo merupakan sebutan orang Melayu Champa dan asalnya dipanggil Sektrok/Twah go oleh orang Khamer. Sosej ni ada diseluruh negara tapi tak semua halal. Jadi kalau teringin tu pandai-pandailah cari yang halal
Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Tong Mo atau sosej yang bergantungan ini akan dibakar garing dan dicurahkan sos dengan jeruk betik. Jadi rasanya cukup dengan kombinasi manis daging dan manis masam. Mungkin di sesetengah tempat sos yang digunakan adalah berlainan.
Sekali Sudah Memadai, Maaf Penggemar Tong Mo Citarasa Kita Tak Sama

Memang saya peminat daging tapi secara jujur, Tong Mo tidak akan menjadi kesukaan kerana tak rasa juicy macam yang diperkatakan. 1 bahagian sosej yang saya ambil tu sedap bila diregukan dengan jeruk betik tapi bahagian Kak Yang tu daging kurang tapi lebih lemak. Bila makan tu terasa lemak melekat di lelangit dan memang ianya spoiled the taste. #lainoranglaincitarasa
Hajat hati nak cari Burritos tapi tutuplah pulak. Dah alang-alang ke Danau Kota, tak kan nak balik tangan kosong kan..hehe. Tu yang Tong Mo dipikat dan diangkut pulang. Bak kata orang putih, once is enough.
Rupanya masih ramai yang tidak pernah makan Tong Mo ni dan ada yang seperti saya, akan makan sekali saja sebab tidak menepati selera (mungkin faktor usia) apatah lagi bila ianya dah sejuk, lemak yang terdapat dalam Tong Mo melekit di lelangit.
Peringatan : kalau pakai braces atau jenis gigi tak kuat, jangan makan sebab isi dia padat dan ada bahagian agak liat. Kang tak pasal-pasal tercabut braces tu nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/10/sekali-sudah-memadai-maaf-penggemar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadoh Sama Sendiri Tiba Tiba Ph Pulak Yang Dikatakan Nak Pecah Belah Apa Punya Benggong Hangpa Kalah Lah

Gadoh Sama Sendiri Tiba Tiba Ph Pulak Yang Dikatakan Nak Pecah Belah Apa Punya Benggong Hangpa Kalah Lah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 198 hits
PH guna ramuan pecah belahkan kelompok teras untuk berkuasa semula Annuar By 22 October 2021 KUALA LUMPUR Pakatan Harapan dilihat menggunakan agenda yang bersifat memecah belahkan solidariti kelompok teras iaitu Melayu Islam dan Bumiputera ...
Manfaatkan Peluang Dan Waktu Bersama Sama

Manfaatkan Peluang Dan Waktu Bersama Sama

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 461 hits
MANFAATKAN PELUANG DAN WAKTU BERSAMA SAMA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Hujung minggu bertandang lagi Di mana kita sekarang Ada yang masih di kampung Atau sedang bergerak pulang ke kampung Tidak...
Indonesia Dan Swiss Kerja Sama Tingkatkan Kompetensi Instruktur Blk

Indonesia Dan Swiss Kerja Sama Tingkatkan Kompetensi Instruktur Blk

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 241 hits
Peningkatan kompetensi instruktur bagi 5 BLK yakni BLK Banda Aceh BLK Lombok Timur BLK Ternate BLK Ambon BLK Sorong dan PPSDM KEBTKE Kementerian ESDM ini didukung oleh SMA Sunbelt Energy GmbH dan TML Energy dua perusahaan yang bergerak di b...
Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

Wilayah Persekutuan Rakyat Bantu Sama Kerajaan Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 247 hits
Kalau ada masalah terus beritahu saya bukan media sosial Demikian seru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mengajak rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan untuk membantunya menyelesaikan segala permasalah yang...
Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 329 hits
Saya amat tertunggu keputusan prn melakaSaya juga berdoa supaya semua parti bertanding kerana kita nak tau apa ada dalam pemikiran rakyatJika umno bersendirian seperti sedia kala kita nak tengok berapa kekuatan mereka ada dan belum tentu um...
Elok Lah Dua Dua Tak Cerdik Sama Saja Akhirnya Apa Pun Hangpa Tak Boleh Buat Temberang Kuat

Elok Lah Dua Dua Tak Cerdik Sama Saja Akhirnya Apa Pun Hangpa Tak Boleh Buat Temberang Kuat

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 277 hits
Pemilihan pemuda Pas Ahmad Fadhli bakal cabar Khairil untuk jawatan ketua pemuda Pas PusatOctober 22 2021 Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat menyaksikan dua pencabar yang disahkan layak bertanding merebut jawatan berkenaan pada persidanga...
Guan Eng Dan Bapa Guan Eng Sama Saja Pengecut

Guan Eng Dan Bapa Guan Eng Sama Saja Pengecut

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh Nurul Aisyah MUNGKIN ramai yang tidak tahu sebenarnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang seorang yang penakut dalam berdebat Mereka kelihatan seperti seorang yang tidak gentar dalam berbahas namun hakikatnya tidak begitu Tambahan pula kita...
Hba Bingung Jumlah Projek Rumah Terbengkalai Tak Sama

Hba Bingung Jumlah Projek Rumah Terbengkalai Tak Sama

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 255 hits
Isu pemaju yang bermasalah untuk meneruskan projek mereka bukan perkara baharu menurut persatuan PETALING JAYA Persatuan yang mewakili pembeli rumah mempersoalkan perbezaan antara jumlah projek rumah terbengkalai yang didedahkan oleh Menter...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam

Str Bujang 2024 Vs 2025 Apa Yang Berubah

Str 2025 Cara Kemaskini Data Untuk Permohonan Baru

19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti