Sekadarpandangan Manifesto Copy Paste Ph Sekadar Retorik Politik



Sudah masuk hari kedua selepas pelancaran Manifesto oleh Pakatan Harapan, tapi seperti yang dilihat bahawa Manifesto ketika mereka menjadi Pakatan Rakyat jauh lebih relevan berbanding dengan Pakatan Harapan. Lagipun daripada '10 janji' yang ditawarkan kebanyakan sudahpun kerajaan UMNO/BN laksanakan, pendek kata mereka hanya 'copy paste' sahaja daripada polisi dan dasar yang telah lama dilaksanakan, cuma sekadar mengubah nama untuk dilihat kemas di mata media dan pengundi atas pagar.

1. Baiklah, manifesto 'copy paste' seperti yang aku cakap adalah berkenaan dengan pengenalan KWSP kepada golongan suri rumah. Sebenarnya caruman KWSP kepada golongan suri rumah sudah lama KWSP laksanakan, iaitu semenjak tahun 2010 lagi melalui pembentangan Bajet 2010. Boleh dikatakan golongan suri rumah sudah lama mencarum dalam KWSP, sejak diperkenalkan pada tahun 2010, sebanyak RM 13.2 juta sudah dicarumkan oleh 14,786 suri rumah. Maka apa 'indicator' baharu yang mahu dilaksanakan oleh PH berkenaan dengan caruman KWSP untuk suri rumah? Potong gaji suami yang juga pencarum KWSP?

2. Bermula dari tahun 1981 hingga ke tahun 2003 adalah tempoh masa yang diberikan kepada Mahathir untuk merangka pelbagai jenis dasar dan polisi di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam tempoh 22 tahun, sepatutnya isu berkenaan dengan hak Pribumi di Sabah dan Sarawak sudah lama dibereskan. Malah perkara ini tidak perlu diletakkan dalam manifesto pun sebenarnya, malah sewaktu Mahathir memerintah dahulu kemajuan apalah sangat yang dapat dirasai oleh Pribumi Sabah dan Sarawak berbanding dengan Najib Razak. Sebenarnya pimpinan dibawah kerajaan Najib Razak sudah lama menubuhkan Jawatankusa untuk mengkaji hak penduduk Sabah Sarawak, malah perbincangan dengan golongan profesional dari dua buah negeri juga sudah lama diadakan.

3. Sejak kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat lagi sebenarnya isu "free education" sudah dijaja oleh PH. Malah dalam setiap himpunan Bersih mesti akan diangkat juga poster yang menuntut perlaksanaan pendidikan percuma di Malaysia. Sememangnya ada diletakkan dalam Bajet Alternatif 2018 PH, tetapi apabila dibentangkan dalam manifesto, hanya mahu menangguhkan dahulu pembayaran PTPTN sehingga bergaji RM 4000 dahulu sebulan. Maka PTPTN tidak akan dihapuskan hanya ditangguhkan sahaja. Kiranya apa yang dijaja selama ini hanyalah satu temberang sahaja untuk menarik pengundi atas pagar. Tidak hairanlah jika kebelakangan ini hanya pandai buat 'u-turn' sahaja.

4. Janji "copy paste" oleh PH antara lain ada menyebut berkenaan dengan menghapuskan hutang peneroka FELDA. Umum diketahui bahawa segala hutang yang perlu dibayar oleh peneroka kepada FGV sudah lama dihapuskan. Hal ini diumumkan sendiri oleh YAB PM pada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan tahun lalu. Sebenarnya sudah tiada isu atau sentimen berkenaan dengan FELDA yang perlu dipolitikkan, malah tanah milik FELDA yang hilang di Jalan Semarak pun sudah kembali menjadi hak milik FELDA. Apapun syabas dan tahniah kepada TS Shahrir Samad atas kejayaan menyelamatkan kembali maruah FELDA. Malah dibawah usaha perjuangan beliau juga, beberapa negara kuasa besar EU menyatakan untuk tidak memulaukan eksport sawit Malaysia ke Eropah.

Kesimpulannya, kalau buat manifesto pun sekadar tiru benda yang sudah lama wujud, maka tidak hairanlah apabila Mahathir pun mereka sanggup kembali angkat untuk menjadi calon Perdana Menteri. Sedangkan Muhyiddin yang berpengalaman dalam kabinet tidak pula mereka hiraukan. Percayalah bahawa Dr. Ong Kian Ming tidaklah bengap dalam membuat perancangan dan hala tuju parti mereka. Malah Ong Kian Ming juga antara figura yang aku hormati dalam pembangkang disebabkan pandangan dan pemikiran beliau jauh lebih tinggi berbanding Rais Hussin yang merupakan 'strategeist' PPBM tetapi beli ikan kembung pun kena tipu dengan peniaga, kemudian salahkan kerajaan naikkan harga. Wallahualam

#HZ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hishamuddinz.blogspot.com/2018/03/sekadarpandangan-manifesto-copy-paste.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larry Tesler Pencipta Ciri Cut Copy Dan Paste Telah Meninggal Dunia

Larry Tesler Pencipta Ciri Cut Copy Dan Paste Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 282 hits
Apabila saya mula belajar menggunakan komputer sebagai seorang kanak kanak diantara ciri ciri pertama yang saya diajar guna ialah cut copy dan paste Nama saintis yang bertanggungjawab untuk mencipta ketiga tiga ciri penting ini ialah Larry ...
Mahfuz Tiru Jawapan Menteri Bn Dulu2 Ker Ni Jawapan Pun Nak Copy Paste Ker

Mahfuz Tiru Jawapan Menteri Bn Dulu2 Ker Ni Jawapan Pun Nak Copy Paste Ker

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 296 hits
Dakwaan bahawa hampir 100 000 rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan jika jangkitan Covid 19 berterusan sehingga penghujung tahun ini hanya bersifat andaian kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar Bagi menangani kesan akib...
Knpbnews Sidang Lanjutan 7 Tahanan Politik Anti Rasisme

Knpbnews Sidang Lanjutan 7 Tahanan Politik Anti Rasisme

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 216 hits
KNPB News Pada Jam 09 35 waktu BalikPapan Pihak kejaksaan membawa ketujuh Tapol Anti Rasisme ke penggadilan Negri Balikpapan Dalam sidang Hari ini Ketujuh Tapol Anti Rasisme Akan disidangkan Dengan Agenda Tanggapan Dari JPU atas eksepsi par...
Perkembangan Politik Terkini Ubah Komposisi Kerusi Parlimen

Perkembangan Politik Terkini Ubah Komposisi Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 24 FEB Perkembangan terkini landskap politik negara dengan beberapa pengumuman mengejutkan hari ini mengubah komposisi kerusi di Dewan Rakyat khususnya membabitkan kedudukan kerusi milik Pakatan Harapan sebagai kerajaan Setakat...
Politik Malaysia Pasca Ph Bergolak Tanpa Henti

Politik Malaysia Pasca Ph Bergolak Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 489 hits
Kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kononnya usaha puak beliau mengkhianati Pakatan Harapan telah berjaya menghalang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir daripada dipaksa melepaskan jawatan di pertengahan penggal merupakan tindaka...
Memahami Peta Politik Di Malaysia Yang Membuat Koalisi Pemerintah Bubar

Memahami Peta Politik Di Malaysia Yang Membuat Koalisi Pemerintah Bubar

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 258 hits
Koalisi partai politik yang berkuasa di Malaysia Pakatan Harapan kemarin bubar setelah Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengundurkan diri Pengunduran diri Mahathir sudah diterima oleh Raja Malaysia dan Raja menetapkan Mahathir sebagai perda...
Peranan Agong Langkau Politik Kepartian Aminuddin

Peranan Agong Langkau Politik Kepartian Aminuddin

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 263 hits
Tindakan bijaksana Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah memanggil semua 222 Ahli Parlimen untuk ditemuduga secara peribadi sebagai proses membentuk kerajaan baharu membuktikan institusi beraja pengimbang d...
Cara Politik Tun Mahathir Yang Harus Diteladani

Cara Politik Tun Mahathir Yang Harus Diteladani

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 436 hits
Dalam ramai ramai ahli politik pada pandangan aku Tun M adalah ahli politik yang paling berprinsip yang wajar dicontohi segenap lapisan masyarakat Walaupun beliau pernah banyak kali menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan parti poli...
Mufti P Pinang Ahli Politik Jangan Terlalu Pentingkan Kuasa

Mufti P Pinang Ahli Politik Jangan Terlalu Pentingkan Kuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 363 hits
GEORGETOWN Pemimpin negara terutama yang beragama Islam diingatkan sentiasa berhati hati dalam supaya tidak terlalu mudah terperangkap dengan corak politik Machiavelli yang mementingkan kuasa Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan M...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa