Politik Malaysia Pasca Ph Bergolak Tanpa Henti



Kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kononnya usaha puak beliau mengkhianati Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menghalang bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir daripada dipaksa melepaskan jawatan di pertengahan penggal merupakan tindakan politik yang tidak dapat diterima oleh rakyat yang rasional.
Apatah lagi keputusan mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi yang memutuskan agar Mahathir dilantik semula ke jawatan PM melalui undi percaya di Dewan Rakyat sesi Mac ini dilihat sebagai pengkhianatan kepada perjuangan reformasi menjatuhkan kerajaan kleptokrasi BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14.
BN kembali
Hal ini kerana di Dewan Rakyat Mahathir akan turut disokong oleh ahli parlimen BN dan bukan hanya PH. Mahathir yang mendapat mandat baharu selepas itu perlu melantik kabinet daripada ahli parlimen Umno dan Pas.
Pemimpin Umno yang mempunyai kes-kes jenayah akan dilantik menjadi menteri bersama-sama pemimpin PH. Adakah ini yang dimahukan oleh rakyat yang mengundi dalam PRU 14 lalu?
Tidak mahu PRU baru
Dengan kenyataan Azmin dan PPBM semalam jelas mereka tidak mahukan PRU baharu. PRU 15 jika diadakan pasti akan mematikan karier politik mereka. Kerusi Parlimen PPBM akan dirampas oleh BN manakala kerusi puak Azmin akan dirampas semula oleh PKR.
Kerajaan selepas PRU 15 tentulah Muafakat Nasional kerana gabungan itu kelihatan popular dalam beberapa siri pilihan raya kecil setahun kebelakangan ini. Azmin akan menjadi ahli politik tanpa kerusi dan pastinya mudah untuk pihak polis meneruskan siasatan dalam kes skandal seks beliau sebelum ini.
Ahli politik PPBM pula bolehlah bersara terus kerana Umno-BN tidak akan menerima mereka yang menang di kubu Umno sebelum ini.
Kerajaan campuran baharu
Andainya Mahathir menang undi percaya tetapi beliau boleh untuk tidak melantik pemimpin Umno atau Pas dalam kabinet .Namun satu masalah akan timbul. Mahathir mustahil dibenar untuk tidak melantik Azmin yang mengkhianatinya ke dalam kabinet. Parti beliau PPBM akan mendesak puak Azmin dikembalikan semula ke jawatan menteri kabinet dalam kerajaan baru.
Bagi Azmin, mengorban Umno dan Pas pada ketika itu tidak menjadi hal. Pemimpin Umno akan difikirkan beberapa cara untuk membalas jasa mereka. Mungkin mengurangkan pertuduhan di mahkamah, mengurangkan hukuman atau memberi projek.
Manakala Pas tidak akan membantah kerana Kelantan akan sentiasa mendapat bantuan one off ratusan juta ringgit setahun, begitu juga Terengganu. Wang diberi tanpa audit. Gunakanlah ikut suka untuk membeli kereta mewah, berjoli melancong keluar negara dan sebagainya.
Lihat betapa buruknya kerajaan yang akan dibentuk melalui undi percaya di Dewan Rakyat ini. Rakyat yang telah membuang kerajaan kleptokrasi menghanguskan berbilion ringgit wang negara akan mendapat kerajaan baru yang akan menghanguskan jumlah yang sama kepada semua ahli-ahli politik yang menyokong Mahathir di Dewan Rakyat.
Pilihan buat PH
Pilihan kepada PH sangat terhad. Satu-satunya cara untuk bertahan ialah memujuk Warisan menerima Anwar Ibrahim sebagai PM baharu. Mahathir bersetuju Anwar penerus agenda reformasi pasca PRU 14. Namun Warisan keberatan jika bukan Mahathir yang memimpin pakatan.
Satu lagi adalah membawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) ikut serta dalam kerajaan. Kedua-dua GPS dan Warisan perlu ada untuk mencukupkan bilangan kerusi melepasi 112 di Dewan Rakyat. Namun sekiranya GPS berdolak dalih atau malah menyokong Azmin maka PH tidak lagi menjadi kerajaan.
Pilihan paling baik ialah PH kembali bergerak sebagai pembangkang. Biarkan Azmin menggunakan Mahathir sebagai penaungnya. Lagi pun calon yang dibayangkan akan menjadi PM sekiranya Mahathir ingin bersara adalah Muhyiddin Yassin.
Azmin tidak mahu Najib atau Mohamad Hassan menjadi PM kerana beliau akan hilang kuasa yang besar dalam kerajaan berikutan populariti tokoh Umno itu dalam kalangan orang Melayu. Dengan mudah Umno boleh merasuah semula kawasan-kawasan kubu mereka yang telah dirampas PPBM dan PKR dengan pelbagai peruntukan kerajaan. Pastinya menjelang PRU 15 BN akan menghadkan kerusi PPBM dan puak Azmin.
Azmin yang dijangka sukar mempertahankan parlimennya Gombak daripada dirampas semula PKR akan menemui kesukaran untuk bertanding di kawasan selamat lainnya.
Lebih baik PH pembangkang
Oleh itu, pilihan tepat PH dalam minggu ini sekiranya pemimpin Sabah dan Sarawak lebih tertarik kepada tawaran Azmin adalah bergerak sebagai pembangkang. Dengan PRU 15 hanya sekitar 2 tahun setengah daripada sekarang Anwar boleh menggunakan seluruh kekuatannya berkempen ke arah reformasi total.
Kerajaan baru yang dibentuk Azmin tidak akan melakukan yang terbaik. Janji manifesto PRU 14 akan dihentikan kerana negara kekurangan dana. Maka kerajaan baharu ini hanya penuh retorik dan mengumpulkan kekayaan kepada penguasa.
Ekonomi menjadi lebih tidak stabil dan pelaburan asing akan meninggalkan Malaysia. Pengangguran lebih parah. Manakala rekod hak asasi akan kembali buruk dengan polis dipergunakan menangkap rakyat yang mengkritik.
PH juga boleh menganjurkan himpunan Bersih yang terhenti pada siri 5 dan menyambungnya kepada siri 6 dan 7 sehinga PRU 15. Isu perkauman akan menjadi lebih sengit dan Cina serta India tidak akan menyokong kerajaan Melayu Raya ini.
Umno, Pas dipersalahkan
Di penghujung penggal rakyat yang rasional akan lebih mengingati polisi MySalam, Peka 40, i-Suri dan sebagainya. Kelompok penaksub Umno akan melihat kerajaan yang tidak diterajui Umno memusnahkan ekonomi Malaysia. Kelompok penaksub Pas juga tidak melihat pemimpin mereka di peringkat persekutuan berperanan untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
Sementara, kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang yang dibersihkan daripada orang-orang Azmin berkhidmat cemerlang. Begitu juga kerajaan Negeri Sembilan akan mula menampakkan polisi merakyat ekonomi tanpa bantuan pusat.
Jelas rakyat yang rasional tidak akan memilih untuk duduk di bawah persekongkolan syaitan. Mereka akan menumbangkan kerajaan Azmin dan rakan-rakan dalam PRU 15. Malah di negeri Pantai Timur yang diancam ‘masuk neraka’ jika menolak mengundi Pas juga akan berubah.
Tidak ada ruginya menjadi pembangkang semula daripada dibebani politik bergolak dan ugut-mengugut dari Azmin serta PPBM. Lambat laun rakyat yang hidup sensara akan faham apa sebenarnya yang dilakukan Azmin hanya untuk kepentingan beliau dan kroninya semata-mata. Bukan untuk negara dan mereka wajib dikalahkan dalam PRU 15.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26487

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Sumber gambar dari sini Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Merajuk lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri Kerajaan PH dah tak wujud dan ...
Kemelut Politik Malaysia Satu Cadangan Penyelesaian Yang Adil Dan Saksama

Kemelut Politik Malaysia Satu Cadangan Penyelesaian Yang Adil Dan Saksama

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 252 hits
Jika saya berada pada kedudukan Yang Di Pertuan Agong apa yang akan saya lakukan bagi menampakkan keputusan pelantikan kerajaan baru dibuat secara adil dan saksama adalah Tidak membenarkan sebarang kerajaan minoriti dibentuk sehingga ruang ...
Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

Politik Malaysia Memanas Anwar Ibrahim Mengaku Dikhianati Anggota Koalisi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 386 hits
Presiden Partai Keadilan Rakyat Malaysia Anwar Ibrahim kemarin mengatakan dia dikhianati oleh anggota partai koalisi Pakatan Harapan
Ungkap Alasan Mundur Mahathir Ingin Singkirkan Ideologi Partai Politik Di Malaysia

Ungkap Alasan Mundur Mahathir Ingin Singkirkan Ideologi Partai Politik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 245 hits
Dalam pidato yang disiarkan langsung di berbagai televisi nasional Mahathir menuturkan para politisi dan partai mereka sudah mengabaikan masalah ekonomi dan kesehatan yang mengancam negara
Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR 27 Feb Berikut adalah ringkasan peristiwa yang telah sedang dan akan berlaku di Malaysia susulan cubaan mengatur semula landskap politik negara Apa yang telah berlaku 21 Feb Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Majlis Pre...
Manusia Talam Dua Muka Melacak Dalam Warna Warni Politik Malaysia 9792

Manusia Talam Dua Muka Melacak Dalam Warna Warni Politik Malaysia 9792

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 665 hits
Wednesday February 26 2020INFO TERKINI Yang ke 2 Uturn Detect Hahaha Kamaruddin Jaffar dari ahli Parlimen Bandar Tun Razak Nyatakan sokongan terhadap Dsai sebagai pm ke 8 tak mampu bayar rm 10 juta ke hahahahahaPosted by at Sumber Wednesday...
Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 720 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 29 Februari 2020 jam 05 22 PM Malaysia telah digemparkan lg dgn berita terkini mengenai politik
5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 468 hits
Senario 1 Tun Mahathir jadi PM dan lantik kabinet dengan muka baharu Senario 2 Tun Mahathir bersama Muafakat Nasional tubuh Kerajaan baharu Senario 3 Tun Mahathir jadi PM kepada Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang kabinet dilantik berdasar...
Memahami Peta Politik Di Malaysia Yang Membuat Koalisi Pemerintah Bubar

Memahami Peta Politik Di Malaysia Yang Membuat Koalisi Pemerintah Bubar

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 218 hits
Koalisi partai politik yang berkuasa di Malaysia Pakatan Harapan kemarin bubar setelah Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengundurkan diri Pengunduran diri Mahathir sudah diterima oleh Raja Malaysia dan Raja menetapkan Mahathir sebagai perda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii