Sejauh Manakah Erti Kemerdekaan Kesaksamaan Kaum Dihayati





Perayaan ulang tahun kemerdekaan yang setiap tahun disambut seakan-akan tidak memberi banyak makna kepada rakyat Malaysia. Isu perkauman dan agama sempit masih dimainkan setiap hari seolah-olah negara baru sahaja ditubuhkan dan kaum-kaum masih saling mencurigai antara satu sama lain.

Bagi Profesor Dr Razali Nawawi, rakyat tidak wajar terus melayan prasangka selepas enam dekad.

Katanya, sempena bulan kemerdekaan yang disambut hampir serentak perayaan Maal Hijrah pada tahun ini, seharusnya rakyat melihat suasana keamanan di Madinah pada era pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w diterapkan di Malaysia.

"Dari kajian saya sewaktu Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Islam merupakan kelompok minioriti, golongan majoriti adalah (suku) Aus dan Khazraj, Yahudi serta puak Khaibar (Kristian).

"Bagaimana rasul dapat meyakinkan seluruh kaum di Madinah bersetuju dengan Perjanjian (Piagam) Madinah? Sedangkan bukan Islam majoriti dan Yahudi menguasai ekonomi?

"Ini kerana Nabi Muhammad seorang insan yang jujur dan iklhlas, justeru itu kabilah-kabilah bersetuju masuk perjanjian. Dalam perjanjian dimasukkan syarat, harta mereka, diri, kehormatan semuanya terjamin. Tiada siapa boleh menzalimi Yahudi. Tak boleh curi sebiji tamar Yahudi, tak boleh maki hamun Yahudi.

"Di Malaysia apakah semangat ini ada dalam Perlembagaan kita? Adakah pemahsyuran kemerdekaan 1957 itu diamalkan?" tanya Dr Razali dalam forum "Erti Hijrah dan Kemerdekaan bagi Reformis serta Umat" anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.

Menurut Razali lagi, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia adalah akibat kepimpinan negara yang tidak mengamalkan Islam secara syumul. Terdapat hukuman yang berat sebelah dan amalan pemerintahan yang tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan menjamin hak-hak setiap kaum namun pemerintah yang menjalankan dasar tidak melaksanakannya secara telus hingga terjadi ketidakpuasahan hati rakyat.

"Perlembagaan kita ada menyebut mengenai kebebasan beragama. Di Madinah pun ada kebebasan beragama. Yahudi amalkan agama Yahudi, turun ayat Quran (mengingatkan) jangan sentuh rumah ibadat Yahudi.

"Sekarang mengapa rakyat tidak puas hati? Semua pihak tak puas hati, yang kaya tak puas hati, miskin tak puas hati. Bangsa-bangsa tak puas hati selepas 63 tahun? Di Madinah selepas 10 tahun semua pihak puas hati.

"Kita ambil contoh, Rasulullah pagi petang pergi suapkan makanan kepada Yahudi tua (buta). Siapa mahu buat macam itu sekarang? Bolehkah mana-mana pemimpin negara pergi suapkan Cina tua? Kalau ada orang yang suap macam itu, orang kata dia dah 'tinggal' Melayu.

"Bagi rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, tidak kira umur kena lihat sama ada kita sekarang melaksanakan semangat kemerdekaan atau pun kita tidak peduli semangat kemerdekaan. Itu yang penting," katanya lagi.

Dr Razali turut bertanya apakah akan terjadi kepada rakyat Malaysia dalam 50 tahun akan datang sekiranya masalah perkauman yang tidak selesai berterusan menghantui rakyat.

"Cabaran kepada orang muda. Sebab orang muda menghadapi masa depan yang lebih panjang. Apa akan berlaku 50 tahun akan datang kalau 63 tahun ini kita hadapi keadaan begini (berpanjangan). Bagaimana Malaysia akan jadi kelak?" soalnya lagi.

Prof Dr Razali Nawawi merupakan penyokong kuat gerakan Reformasi yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998.

Beliau merupakan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Anwar dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Forum GRM boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi Malaysia pada setiap Rabu, 9.30 malam.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/sejauh-manakah-erti-kemerdekaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wujudkan Semula Jkp Kesaksamaan Gender Pembangunan Keluarga

Wujudkan Semula Jkp Kesaksamaan Gender Pembangunan Keluarga

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 210 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Merbok mempersoalkan tindakan Speaker Parlimen yang mencicirkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga dalam pengumuman perlantikan terbaharu Bagi Nurul Izzah Anwar serta Nurin...
Syekh Ali Jaber Ditusuk Fpi Ini Modus Kaum Komunis

Syekh Ali Jaber Ditusuk Fpi Ini Modus Kaum Komunis

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 257 hits
Front Pembela Islam turut mengomentari peristiwa penusukan terhadap Syekh Ali Jaber saat tengah berdakwah di Lampung Juru bicara FPI Munarman mengatakan tindakan semacam itu kerap dilakukan oleh kaum komunis untuk menumpas ustaz dan ulama d...
Menuju Pru 15 Tumpu Yakinkan Kaum Melayu Ph Beri Keutamaan

Menuju Pru 15 Tumpu Yakinkan Kaum Melayu Ph Beri Keutamaan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 255 hits
Pakatan Harapan harus memberi keutamaan kepada kaum Melayu sekiranya ingin menang pada Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran pengundi Melayu merupakan blok terbesar dan lebih menyulitkan keadaan apabila m...
Kenyataan Media Keadilan Tampil Gandingan Calon Berpengalaman Dan Baharu Pelbagai Kaum Dan Berwibawa Untuk Prn Sabah

Kenyataan Media Keadilan Tampil Gandingan Calon Berpengalaman Dan Baharu Pelbagai Kaum Dan Berwibawa Untuk Prn Sabah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 443 hits
KEADILAN TAMPIL GANDINGAN CALON BERPENGALAMAN DAN BAHARU PELBAGAI KAUM DAN BERWIBAWA UNTUK PRN SABAH KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum nasional Perlembagaan Parti mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Perse...
Repair Lcd Dan Tukar Battery Handphone Area Alor Gajah Melaka Murah Sempena Bulan Kemerdekaan

Repair Lcd Dan Tukar Battery Handphone Area Alor Gajah Melaka Murah Sempena Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 581 hits
JIMAT SEHINGGA RM130 RINGGIT BIAR BETUL YERR BETUL BOSSKU PROMOSI KAW SEMPENA BIRTHDAY BOSSKITA 31 8 NANTI HAA APA TUNGGU LAGI SIAP WARRANTY 1 BULAN TAU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2020 NIE BOLEH LAH DAPATKAN HARGA YG GILA MURAH SIAP WARRANTY...
Iklan Animasi Petronas Sempena Kemerdekaan Getah Pemadam Tiada Cabaran Yang Tidak Dapat Diatasi Jika Bersama

Iklan Animasi Petronas Sempena Kemerdekaan Getah Pemadam Tiada Cabaran Yang Tidak Dapat Diatasi Jika Bersama

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 2020 hits
Kreatif betullah Petronas ni Tiap tiap kali buat iklan tak pernah lagi tak menarik tertarik biar debong ni Mesti ada je idea kreatifnya tu Tapi kalau tak kreatif mana nak jadinya animasi menarik camtu kan Teringat masa sekolah dulu berebut ...
Biskut Ais Krim Jalur Gemilang Cipta Memori Manis Menuju Hari Kemerdekaan

Biskut Ais Krim Jalur Gemilang Cipta Memori Manis Menuju Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 862 hits
Sempena Hari Kemerdekaan yang semakin hampir sajian yang dipaparkan netizen begitu kreatif berinspirasikan Jalur Gemilang Buat Nor Al Fatihah dia juga tidak ketinggalan menceriakan dan membangkitkan semangat kemerdekaan dengan menghasilkan ...
Aneka Sajian Minum Petang Bertemakan Hari Kemerdekaan Sangat Kreatif

Aneka Sajian Minum Petang Bertemakan Hari Kemerdekaan Sangat Kreatif

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 581 hits
Hari Kemerdekaan semestinya sangat dinanti oleh rakyat Malaysia Semua bangsa tanpa mengira tua atau muda menyambutnya dengan penuh rasa rasa gembira dan kesyukuran Bagi meraikan Hari kemerdekaan ini RASA kongsikan resipi resipi terbaik yang...
Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Menyentuh Hati

Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 1052 hits
Video Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Selamat Hari Merdeka buat Malaysia tercinta ke 63 Malaysia prihatin tema hari kemerdekaan Malaysia 2020 Jom tonton video si comel ini memberikan kata kata mengenai hari merdeka ucapan hari kemerdekaan ...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025