Kenyataan Media Keadilan Tampil Gandingan Calon Berpengalaman Dan Baharu Pelbagai Kaum Dan Berwibawa Untuk Prn Sabah




*KEADILAN TAMPIL GANDINGAN CALON BERPENGALAMAN DAN BAHARU, PELBAGAI KAUM DAN BERWIBAWA UNTUK PRN SABAH*



KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum nasional. Perlembagaan Parti mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963.

Kehadiran KEADILAN di Sabah bukan perkara baru. Pada pilihan raya sulung yang disertai parti pada 1999, KEADILAN sudahpun bertanding 3 kerusi Parlimen di Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, KEADILAN menang 1 kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN. Dalam Pilihan Raya Umum 2018, KEADILAN menang 3 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN.

Walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi lebih besar, atas semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan, khususnya WARISAN, KEADILAN hanya bertanding 6 kerusi Parlimen dan 8 DUN pada 2018.

Keanggotaan KEADILAN Sabah telah mencecah lebih 170,000 orang, menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dari segi keanggotaan parti selepas Selangor.

Atas sebab itu, parti kali ini ingin meletakkan 14 orang calon DUN, satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Dua rundingan terakhir KEADILAN-WARISAN telah melibatkan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dan pimpinan tertinggi KEADILAN.
Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang telah lama menyertai pilihan raya, KEADILAN juga berhasrat menampilkan calon Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. KEADILAN juga ingin mempunyai calon di segenap pelusuk Sabah.

Kali ini, KEADILAN melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon-calon yang berwibawa, termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita.

Ini komitmen KEADILAN untuk mengembalikan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri yang diterajui WARISAN, Pakatan Harapan dan UPKO pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dalam Pilihan Raya Negeri 2020.

Senarai kerusi-kerusi yang ditandingi KEADILAN dalam PRN Sabah 2020.
1. N. 20 Api-Api
2. N. 18 Inanam
3. N. 09 Tempasuk
4. N. 14 Tamparuli
5. N. 05 Matunggong
6. N. 32 Klias
7. N. 45 Sook
8. N. 43 Kemabong
9. N. 61 Segama
10. N. 27 Limbahau
11. N. 51 Sg Manila
12. N. 31 Membakut
13. N. 08 Pintasan
14. N. 23 Petagas

*Bertarikh pada 09hb September 2020 (Rabu)*
*Simsudin Bin Sidek*
*Ketua Penerangan MPN PKR Sabah*





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kenyataan-mediakeadilan-tampil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 536 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

Pas Akan Umum Calon Prn Sabah Bersama Rakan Pakatan Nasional Kata Ahmad Samsuri

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 605 hits
KUALA TERENGGANU Pas akan mengumumkan senarai calon yang akan dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah secara serentak bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional yang lain Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berk...
Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

Prn Sabah Menangkan Calon Mengisi Makna Kemerdekaan Anwar

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 494 hits
Pilihan Raya Negeri Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar benar mahu membebaskan negeri daripada penindasan dan korupsi mengisi pemerintahan Presiden KEADILAN Datuk S...
Prn Sabah Kejutan Besar 48 Jam Sebelum Penamaan Calon

Prn Sabah Kejutan Besar 48 Jam Sebelum Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 777 hits
KOTA KINABALU 22 Muharram 1442H Khamis Menjelang 48 jam sebelum hari penamaan calon ada kejutan besar hari ini dengan kemungkinan Perikatan Nasional akan bertembung dengan sekutunya Barisan Nasional di tiga kerusi manakala Warisan Plus akan...
Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 571 hits
Barisan Nasional akan derita kerana ketepi Musa Penganalisis menjangka Barisan Nasional akan menghadapi masalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September ini kerana mengetepikan bekas ketua menteri Musa Aman Awang Azman Pawi dari Un...
Prn Sabah Senarai Calon Dan Pn Lawan Bn

Prn Sabah Senarai Calon Dan Pn Lawan Bn

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 672 hits
Senarai DUN dan calon UMNO bertanding pada PRU 14 vs PRN Sabah 2020 PARLIMEN KUDAT DUN BANGGI Datuk Abdul Mijul Unaini PRU 14 Akram Ismail PRN 2020 DUN BENGKOKA Harun Durabi PRN 2020 DUN PITAS Datuk Bolkiah Ismail PRU 14 Sufian Abdul Karim ...
Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 584 hits
KEADILAN melancarkan jentera parti di Dewan Undangan Negeri Sook menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jentera itu bakal dikemudi oleh Ketua KEADILAN Cabang Pensiangan Raymond Ahuar yang juga merupakan Ketua Angkatan Mud...
Jentera Keadilan Sedia Gempur Prn Sabah Simsudin Sidek

Jentera Keadilan Sedia Gempur Prn Sabah Simsudin Sidek

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 429 hits
Jentera KEADILAN dilihat sudah bekerja keras dan bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ketua Penerangan KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata ia boleh dibuktikan menerusi pertambahan bilangan ahli persediaan bahan kempen ...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Gadis Kopi

Daging Goreng Bollywood Style Paling Menggoda Resipi Mudah Tapi Rasa Luar Biasa

Pasaran Di Persimpangan Lonjakan Pasaran Menjelang Akhir Tahun Vs Kebimbangan Gelembung Teknologi

Rejab Syaaban Ramadan

Bila Sakit Datang Bertamu

Mg Motors Registered A Sales Record In 2025 In Europe A Tale Of Rapid Growth And Expanding Presence