Aneka Sajian Minum Petang Bertemakan Hari Kemerdekaan Sangat Kreatif


Hari Kemerdekaan semestinya sangat dinanti oleh rakyat Malaysia. Semua bangsa tanpa mengira tua atau muda menyambutnya dengan penuh rasa rasa gembira dan kesyukuran. Bagi meraikan Hari kemerdekaan ini, RASA kongsikan resipi-resipi terbaik yang anda boleh cuba perkongsian dari Puan Lina Thomas, Aznie Khasri & Julia Aleen Aireish. Selamat mencuba!
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega – suhu bilik
150gm gula
2 sudu makan sour cream / yogurt
3 biji telur gred A – dipukul perlahan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan jus lemon
Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.Siap dan sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Lina Thomas
HOMEMADE MERDEKA PIE
BAHAN PASTRI:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 cawan mentega sejuk dan potong dadu
1/4-1/2 cawan air ais
BAHAN INTI:
4 cawan strawberi – dicuci, dikupas dan dihiris nipis
2 cawan blackberry – dibasuh
1/2 cawan gula
5 sudu makan tepung jagung
3 sudu teh jus lemon
3/4 sudu teh garam
1 biji telur gred C
1 sudu makan heavy whipping cream
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata.Masukkan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.Bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.Panaskan ketuhar hingga 180C. Sediakan acuan sesuai (saiz 6”).Dalam mangkuk kecil, satukan blackberry, 1/4 cawan gula, 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh jus lemon dan 1/4 sudu teh garam. Ketepikan.Dalam mangkuk besar, satukan strawberry, 1/4 cawan gula, 3 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh garam. Ketepikan.Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 bahagian doh dalam peti sejuk.Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garpu.Bahagikan pai kepada dua bahagian. Sudukan inti blackberry di bahagian kecil manakala inti strawberi di bahagian pai yang lebih besar.Ambil doh pastry kedua yang disimpan tadi. Potong doh bagi membentuk jalur, bulan dan bintang menggunakan pisau atau acuan biskut. Susun pastry diatas pai.Pukul whipping cream dan telur hingga sebati. Sapukan ke atas doh pai (keliling pai, jalur, bulan dan bintang). Taburkan dengan gula jika mahu.Bakar pai selama 40-45minit atau sehingga warna keemasan. Masukkan ke dalam ketuhar di rak paling bawah dan bakar guna api bawah sahaja hingga pai kelihatan perang keemasan.10 minit sebelum tamat tempoh membakar, bakar pai guna api atas dan bawah supaya permukaan pai perang.Bila sudah masak sepenuhnya, keluarkan dan biar pai sejuk. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.Kredit resipi & foto: Lina Thomas
3. APAM BENDERA
BAHAN-BAHAN:
100g gula halus
2 biji telur (A)
140g tepung gandum. – ayak
1/2 sudu besar baking powder – ayak
75ml susu cair
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar ovelatte
Pewarna, merah, biru & kuning
Inti ikut citarasa – empunya resipi guna Nutella
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, overlatte bersama gula hingga kembang (putih gebu)
2. Masukkan campuran tepung bersama baking powder ke dalam adunan berselang seli dengan susu cair. Pukul hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Jumlahnya ikut kesesuaian.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang berlainan untuk setiap warna.
5. Paipkan 1/2 adunan ke dalam paper cup. Kemudian masukkan inti. Kemudian paipkan lagi adunan hingga hampir penuh.
6. Dengan menggunakan piping bag warna yang berlainan.. Buat corak yang kita suka di atasnya (empunya resipi warna ikut warna bendera)
7. Kemudian bolehlah dikukus selama 10-15 minit.
Kredit Resipi & Foto: Aznie Khasri
4. SERABAI MERDEKA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi sejuk
1/2 cawan santan
1 sudu kecil yis segera
2 sudu gula
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
pewarna kuning, biru & merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur masukan juga garam.
3.Masukkan kedalam tepung beras gaul sehingga sebati
4. Tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam (2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
5. Bahagikan adunan kepada 4. (1) + pewarna kuning (2) + pewarna merah (3) + pewarna biru (4) plain
6. Panaskan acuan serabai. Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
7. Hidupkan api dengan api paling kecil. Masak sehingga ia masak.
Kredit Resipi & Foto: Aznie Khasri
5. APAM BERAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula pasir – boleh kurangkan kalau tak nak manis
2 1/2 cawan air
1 sudu teh mauripan
Pewarna ikut pilihan masing-masing
Kelapa putih parut – gaul dengan sedikit garam & kukus seketika
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air hingga nasi hancur. Kemudian masukkan gula pasir ke dalam pengisar tadi. Kisar lagi hingga sebati.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung beras, tepung gandum juga mauripan. Gaul sebati.
3. Tuangkan adunan nasi tadi ke dalam campuran tepung tadi. Gaul hingga sebati. Adunan memang agak pekat.
4. Perap adunan selama 3 jam. Pada masa ni, adunan akan kelihatan naik sedikit.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
6. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
7. Tuangkan adunan secara berselang seli dalam acuan. Jangan risau, warna tidak akan bercampur kerana adunan pekat.
8. Kukus apam selama 15 minit dan nikmati bersama kelapa parut.
Kredit Resipi & Foto: Aznie Khasri
6. LEMPENG SAYUR JALUR GEMILANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 mangkuk kecil daun bawang bersama daun sup
1 sudu kecil garam
pewarna makanan – biru, merah, kuning (titiskan 3 ke 4 titisan)
1 mangkuk kecil lobak merah – diparut halus & cincangkan
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung gandum, air dan garam di dalam blender kisar hingga halus.
2.Kemudian letak lobak merah, daun bawang dan daun sup kacau rata.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian, satu bahagian adunan yang asal putih ketepikan, titiskan pewarna dalam setiap bekas berlainan dengan warna biru, merah & kuning.
4. Panaskan kuali non-stick, lerengkan di tepi kuali, angkat dan gulungkan, buat hingga habis.
5. Sedia dinikmati bersama dengan kari atau sambal tumis.
Kredit Resipi & Foto: Julia Aleen Aireish


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/aneka-sajian-minum-petang-bertemakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Petang Berbeza Dengan Spring Roll Makaroni Berkeju

Minum Petang Berbeza Dengan Spring Roll Makaroni Berkeju

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 277 hits
Kalau kelazimannyakita makan popia apa kata sesekali kita cuba buat kelainan Kali ini RASA kongsikan resipi membuat Spring Roll Makaroni Berkeju Rasanya memang sedap Boleh cuba untuk minum petang Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidan...
Selamat Hari Kemerdekaan Ke 63

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 63

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 1137 hits
Assalamualaikum Setiap tahun dan tarikh keramat 31 Ogos kita semua masyarakat di Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Alhamduillah pada tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 63 tahun Dan tahun ini kita semua menyambut di dal...
Staf Secret Recipe Kreatif Bapa Gembira Dapat Kek Hari Jadi Bertulisan Jawi

Staf Secret Recipe Kreatif Bapa Gembira Dapat Kek Hari Jadi Bertulisan Jawi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 436 hits
Sambutan hari lahir pastinya tidak lengkap andai tiada sebiji kek sebagai penyeri bagi meraikan hari istimenwa tersebut Lebih lebih jika berada dalam keluarga anak anak sudah tentu mahu memberikan kejutan buat ibu atau bapa dihari ulang tah...
Hari Ulangtahun Kemerdekaan Merdekakan Rakyat Dari Pengkhianatan

Hari Ulangtahun Kemerdekaan Merdekakan Rakyat Dari Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 333 hits
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara tercinta ini Tanggal 31 Ogos 1957 tarikh keramat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British Piihanraya Umum tunggal bagi negara ini telah diadaka...
Hari Kemerdekaan Ri Kasus Covid 19 Bertambah 1 821 Total 141 370 Positif

Hari Kemerdekaan Ri Kasus Covid 19 Bertambah 1 821 Total 141 370 Positif

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 273 hits
Selain itu angka kematian bertambah 57 orang Totalnya 6 207 orang di Indonesia telah menjadi korban dari virus yang berasal dari Wuhan ini
Adu Gaya Merahputihchallenge Di Hari Kemerdekaan 4 Seleb Ini Tuai Pujian Siapa Idolamu

Adu Gaya Merahputihchallenge Di Hari Kemerdekaan 4 Seleb Ini Tuai Pujian Siapa Idolamu

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 318 hits
Para seleb ini sukses menuai pujian karena tampil memukau bertepatan dengan Hari Kemerdekaan
Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Menyentuh Hati

Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 1034 hits
Video Ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia Selamat Hari Merdeka buat Malaysia tercinta ke 63 Malaysia prihatin tema hari kemerdekaan Malaysia 2020 Jom tonton video si comel ini memberikan kata kata mengenai hari merdeka ucapan hari kemerdekaan ...
Cara Polda Kaltara Merayakan Hari Kemerdekaan Ri Ke 75 Di Tengah Pandemi Covid 19

Cara Polda Kaltara Merayakan Hari Kemerdekaan Ri Ke 75 Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 269 hits
Karo SDM Polda Kaltara AKBP I Wayan Gede Ardana menyampaikan pihaknya ingin menertibkan internalnya dulu dengan melaksanakan lomba antar satker Polda Kaltara tentang protokol kesehatan covid 19
Biskut Ais Krim Jalur Gemilang Cipta Memori Manis Menuju Hari Kemerdekaan

Biskut Ais Krim Jalur Gemilang Cipta Memori Manis Menuju Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 846 hits
Sempena Hari Kemerdekaan yang semakin hampir sajian yang dipaparkan netizen begitu kreatif berinspirasikan Jalur Gemilang Buat Nor Al Fatihah dia juga tidak ketinggalan menceriakan dan membangkitkan semangat kemerdekaan dengan menghasilkan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023