Sejauh Mana Pas Bertahan




1. Pelantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia ( MPKM) umpama usikan ganas terhadap dasar PAS. Yang melantik sosok ini ialah Menteri Komunikasi, Saifudin Abdullah. Nampaknya Menteri beraliran PH ini masih ada 'engagement' dengan rakan-rakan PH-nya.
2. Ambang dan pasca penubuhan kerajaan Perikatan Nasional ( PN ), PAS cukup beradab dan bertoleransi demi menjaga kelangsungan kerajaan PN. Tiada suatu syarat pun PAS berikan kepada rakan dalam PN. PAS tak meminta jawatan Menteri Kanan, kouta untuk Menteri dan Exco peringkat negeri. PAS hanya terima apa yang ditawarkan. Yang penting bagi PAS, PN berada dalam keadaan kondusif dan kerajaan dapat menangani COVID19 serta menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dengan cara yang terbaik.
3. PAS tak menyampuk atau campur tangan dalam urusan parti-parti dalam PN walaupun sebelum ini PAS tidak sebulu dengan Azmin dan geng PKR-nya serta Muhyiddin dengan geng BERSATU-nya. Sehingga orang nampak PAS ‘slow’ tetapi bagi aku ‘steady’.
4. PAS sedar jangka hayat kerajaan PN hari ini belum tentu panjang. Jadi, tak perlu gaduh-gaduh dan beriya-iya nak itu ini. PAS berusaha mengekalkan kerajaan ini sehingga tempoh matangnya demi kepentingan rakyat. Kalau ikut nafsu, PAS mahu sahaja diadakan PRU baru. Peluang PAS untuk menokok kerusi daripada 18 kepada sekurang-kurangnya 30 amat cerah berdasarkan situasi semasa.
5. Tetapi malangnya, kerajaan yang didominasi oleh bekas pemimpin-pemimpin PH ini nampaknya masih bersemenda dengan kekasih lama. Dan Saifuddin Adbullah dengan Eric Paulsen sudah sampai tahap bermukah. Lantas PAS, melalui pemudanya mula mencancang jari telunjuk agar jangan langgar sempadan kesabaran.
6. Kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli, "Walau apa pun tujuan dan motif yang ingin dicapai, pelantikan individu yang terkenal dengan promosi dan sokongan kuat terhadap pelbagai aliran sesat serta fahaman yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks songsang ini sama sekali tidak boleh diterima.
7. Sempadan PAS ialah dasarnya yang tak pernah ada kompromi. PAS boleh bertolak-ansur dalam hal ehwal jawatan atau agihan kerusi tetapi tidak pada dasar yang menghiris Islam. Rakan-rakan dalam PN perlu maklumi cara PAS berpencak di gelanggang siasah. PAS muda dalam tenaga, tua dalam kata-kata. PAS tahu di mana tapak perlu diundur, di mana paras memasang kekuda, di mana rentak mengedik jari, di mana lenggok mengulik tari dan di mana penamat gerak dikunci.
8. Tuntasnya, Saifuddin Abdullah perlu menarik semula lantikan Eric Paulsen sebagai ahli MPKM. Dan pemimpin-pemimpin PN beraliran PH perlu jelas halatuju dan dasar kerajaan baru yang terasnya ialah Muafakat Nasional ( MN ). Umpama kisah, Semerah Padi aman kampungnya. Jangan bermukah. Bila bermukah datanglah petakanya.
*#NekadBersamaIslam*
*#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam*
*#MAMPUCentre*
BayangDiAir
14/6/2020
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/sejauh-mana-pas-bertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Mb Kedah Dengan Presiden Pas Apa Cerita

Pertemuan Mb Kedah Dengan Presiden Pas Apa Cerita

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 236 hits
BERSUNGGUHNYA Sanusi nok mari sini itu respon Ayah Chik bila dapat tahu MB Kedah nak berkunjung ke Rusila bertemu dengan beliau Sahabat saya Syahir Sulaiman beritahu Ayah Chik nampak teruja bila diberitahu bahawa MB dan rombongan PAS Kedah ...
Tahniah Pas Kerana Berjaya

Tahniah Pas Kerana Berjaya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 247 hits
HAMSINA HAMZAH dengan pelantikan peguam baru kleptokrat Musa Aman akhirnya dapat dibebaskan Inilah yg dinanti nantikan sebilangan besar golongan kleptokrat VIP yg sedang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan jenayah rasuah salah guna kuas...
Hadi Awang Kaca Mata Dan Kaca Teropong Pas Putih Bersih

Hadi Awang Kaca Mata Dan Kaca Teropong Pas Putih Bersih

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 398 hits
PAS mempunyai kaca mata dan kaca teropong yang putih dan bersih sehingga dapat melihat semua warna sebenar tanpa tersilap kata presiden parti itu Abdul Hadi Awang Menurutnya perubahan pendekatan yang berlaku kepada parti itu tidak disebabka...
Tidak Semestinya Ada Praya Umum Baharu Jika Umno Pas Tarik Diri Dedah Pakar Perlembagaan

Tidak Semestinya Ada Praya Umum Baharu Jika Umno Pas Tarik Diri Dedah Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 266 hits
Spekulasi sudah merebak yang Umno dan PAS mungkin menarik diri daripada Perikatan Nasional dan menyebabkan pilihan raya awal susulan kenyataan baru baru ini yang Muafakat Nasional bukan hanya bersedia untuk pilihan raya tetapi juga sanggup ...
Pas Janji Tutup Kilang Arak Kenapa Khalid Kena

Pas Janji Tutup Kilang Arak Kenapa Khalid Kena

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 332 hits
Bila aku post pasal kata kata para asatizah dulu bandingkan air zam zam dan arak semalam ada yg screenhot sorang ustaz selebriti cakap Khalid samad yang kata dulu janji nak tutup Kilang Arak sebenarnya inilah Hujah kebanyakan pentaksub PAS ...
Agihan Kerusi Pas Umno Perlu Disegera Kata Veteran Umno

Agihan Kerusi Pas Umno Perlu Disegera Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 327 hits
Isu pengagihan kerusi antara PAS dan Umno melalui gabungan Muafakat Nasional perlu diselesaikan secepat yang mungkin kata Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub Menurutnya selain sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan pilihan...
Veteran Umno Pas Seat Allocation Should Be Expedited

Veteran Umno Pas Seat Allocation Should Be Expedited

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 288 hits
The distribution of the rights to field candidates between Umno and PAS should be expedited said Umno veterans club secretary Mustapha Yaakub When contacted Mustapha said both parties needed time to prepare for the next general election I t...
Tindakan Terpuji Pas Seret Lim Guan Eng

Tindakan Terpuji Pas Seret Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 377 hits
GEORGE TOWN Penang PAS lodged a report against former finance minister Lim Guan Eng and former attorney general Tommy Thomas at the Malaysian Anti Corruption Commission here today accusing them of abusing their positions in allegedly asking...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad