Tidak Semestinya Ada Praya Umum Baharu Jika Umno Pas Tarik Diri Dedah Pakar Perlembagaan




Spekulasi sudah merebak yang Umno dan PAS mungkin menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan menyebabkan pilihan raya awal susulan kenyataan baru-baru ini yang Muafakat Nasional bukan hanya bersedia untuk pilihan raya, tetapi juga sanggup menghadapinya sendirian.

Penguasaan PN terhadap Putrajaya kini berada pada majoriti tipis sebanyak dua kerusi Parlimen. Gabungan itu mempunyai 114 anggota Parlimen, dengan Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menguasai 32 kerusi.

Satu persoalan yang berlegar adalah jika Umno dan PAS, yang masing-masing menguasai 39 dan 18 kerusi, keluar daripada PN, adakah secara automatik akan menyebabkan pilihan raya baharu?

“Tidak, ia tidak akan berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong berhak berkata ‘tidak’ kepada pembubaran Parlimen,” kata pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi kepada The Malaysian Insight.

“Sangat jelas di bawah perlembagaan persekutuan, Perkara 40, Fasal 2 (b) yang menyatakan Agong boleh tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya “bersedia hadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15)” dalam catatan Facebook, dengan gambar beliau menerima kunjungan hormat bekas perdana menteri Najib Razak di rumahnya.

Najib, yang bakal mengetahui keputusan pertama daripada lima perbicaraan kes jenayahnya  pada 28 Julai, juga dikatakan berada di belakang kempen Umno di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya baharu bagi kembali semula sebagai perdana menteri, menurut dakwaan pembangkang.

Sementara itu, PAS berkata PN akan bersatu dan berusaha menjelang PRU15.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata, beliau yakin parti PN akan berusaha bersama untuk menghadapi PRU15.

Namun, Shad Saleem berkata jika Umno dan PAS menarik diri, Muhyiddin akan berada dalam keadaan dilema.

“Beliau akan mempunyai dua pilihan. Yang pertama adalah mengundurkan diri dan membuka jalan kepada Agong untuk melantik orang lain.

“Satu lagi adalah menasihati Agong agar membubarkan Parlimen dan menggesa mengadakan pilihan raya,” kata Shad Saleem, yang merupakan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Agong boleh menolak kerana beliau boleh merasakan ini bukan waktu yang tepat, memandangkan keadaan pandemik Covid-19 dan ekonomi, kata Shad Saleem, sambil menambah ia akan menyaksikan kerajaan mengeluarkan peruntukan kira-kira setengah bilion ringgit untuk mengadakan pilihan raya.

“Pilihan raya baharu mungkin akan lebih mahal kerana makluman yang singkat. Segala-galanya harus disiapkan dengan cepat, termasuk dakwat.”

Beliau berkata Agong juga mungkin akan membenarkan kerajaan alternatif mengambil alih.

“Jika Agong berkata ‘tidak’, perdana menteri mungkin harus mencari kerajaan alternatif untuk mengurus negara ini. Dan itulah cabarannya.”

Kes Mohammad Nizar Jamaluddin lwn Zambry Abdul Kadir sebelum ini menjadi duluan, yang menyaksikan Zambry daripada Umno menang saman di Mahkamah Persekutuan pada 2010 untuk diiktiraf sebagai menteri besar Perak yang sah, berikutan krisis perlembagaan negeri.

Mahkamah memutuskan sultan memiliki hak untuk menolak permintaan diadakan pilihan raya.

Seorang lagi peguam perlembagaan, Surendra Ananth, memberitahu The Malaysian Insight yang mengambil petunjuk daripada krisis perlembagaan Perak, Agong boleh melantik perdana menteri baharu selepas berpendapat Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti.  – 11 Jun, 2020. By Bede Hong


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/tidak-semestinya-ada-praya-umum-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Vows To Strengthen Ties With Umno And Ppbm Says Pn Ready For Polls

Pas Vows To Strengthen Ties With Umno And Ppbm Says Pn Ready For Polls

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 418 hits
PAS is among parties which gave Muhyiddin Yassin the numbers to form the government following the collapse of Pakatan Harapan PETALING JAYA PAS today pledged its commitment to Perikatan Nasional saying it would work hard to strengthen coope...
Najib Muafakat Umno Pas Boleh Dapat Lebih 95 Undi Di Chini

Najib Muafakat Umno Pas Boleh Dapat Lebih 95 Undi Di Chini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 382 hits
PEKAN Ketua UMNO Bahagian Pekan Najib Razak menyatakan keyakinan beliau bahawa kerjasama parti itu dengan PAS melalui Muafakat Nasional boleh meraih lebih 95 peratus undi pada pilihan raya kecil Chini yang akan datang Kita memang berazam un...
Umno Dan Pas Disaran Ketepikan Mn Hayati Pn Rahim

Umno Dan Pas Disaran Ketepikan Mn Hayati Pn Rahim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 404 hits
UMNO dan Pas sepatutnya membuat keputusan secara waras dan rasional dengan mengenepikan Muafakat Nasional serta segera menyertai Perikatan Nasional sebagai salah satu komponen kanan yang penuh komited terhadap piagamnya demi masa depan raky...
Pas Umno Menutup Kelemahannya Dgn Hanya Menfitnah Dap Sbg Sasarannya

Pas Umno Menutup Kelemahannya Dgn Hanya Menfitnah Dap Sbg Sasarannya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 418 hits
Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan Maksudnya orang melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yg sensitif Perkara apa Islam terancam hak melayu ingin dihapuskan Kerana ap...
Umno Pas Collab Could Net Over 90pct Votes For Pn In Chini Najib

Umno Pas Collab Could Net Over 90pct Votes For Pn In Chini Najib

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 421 hits
Pekan Umno chief Najib Abdul Razak has expressed confidence that the party s cooperation with PAS through its Muafakat Nasional pact could net over 90 percent of votes in the upcoming Chini by election In an interview with Pahang Media the ...
Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 422 hits
UMNO kini semakin sedar semakin boleh terima kenyataan bahawa yang membawanya masih relevan dalam politik Malaysia adalah Muhyiddin dan PAS Tetapi di depan penyokongnya pemimpin UMNO masih cuba lakon tunjuk kuasa Mana surat Zahid kepada Muh...
Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 518 hits
Tindakan pihak tertentu meniru konsep BERNAMA dan menyebarkan fitnah adalah jijik Berhemahlah dalam politik Semoga Allah SWT mengadili mereka dengan sebaik baik pengadilan Itu kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah kepada Allah supaya mem...
Pas Confidence In Pn Not Yet A Commitment For Ge15 Umno Leader

Pas Confidence In Pn Not Yet A Commitment For Ge15 Umno Leader

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 387 hits
PAS statement expressing confidence that the Perikatan Nasional parties can go into the 15th General Election as a coalition remains just that said Umno vice president Mohamed Khaled Nordin He said this is because no commitment for the PN p...
Ulama Pas Rela Tidak Insaf Bersekongkol Dengan Penipu Penyamun Umno

Ulama Pas Rela Tidak Insaf Bersekongkol Dengan Penipu Penyamun Umno

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 393 hits
ARIF ATAN Jika dengan kerjasama Pas Umno dapat menumbangkan PH saya bersetuju kerana menumbangkan PH adalah ibadah Itu penegasan terbaharu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mokhtar Senik menjawab apa yang didakwanya soalan daripada beberapa...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas Netizen Naik Risau Bawa Wang Berjuta Dalam Luggage