Pertemuan Mb Kedah Dengan Presiden Pas Apa Cerita
“BERSUNGGUHNYA Sanusi nok mari sini,” itu respon Ayah Chik (Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) bila dapat tahu MB Kedah nak berkunjung ke Rusila bertemu dengan beliau.Sahabat saya Syahir Sulaiman (Setiausaha Politik Ayah Chik) beritahu, Ayah Chik nampak teruja bila diberitahu bahawa MB dan rombongan PAS Kedah nak datang berkunjung ke Rusila jumpa beliau.Kata Syahir, Ayah Chik bersedia untuk jumpa di KL. Itu lebih memudahkan perjalanan. Ada 2 pilihan pengangkutan, darat dan udara. Itu pilihan yang lebih mudah untuk kami dari Kedah.Saya sampaikan pada MB mengenai perkara itu (Ayah Chik bersedia jumpa di KL).MB terus jawab, “Tak pa, kita pi Rusila. Naik kereta pun tak pa. Yang penting, kena pi mengadap jumpa Tok Guru. Bukan Tok Guru yang mai mengadap jumpa kita.”Begitu bersungguh MB nak jumpa Ayah Chik. Memang sejak awal dilantik jadi MB, beliau minta saya aturkan pertemuan dengan Ayah Chik.Memang itu akhlak dalam berjemaah. Lebih-lebih lagi apabila sudah memerintah. Bertemu dengan pemimpin utama, untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan“Selagi tak jumpa Tok Guru, saya rasa macam Tok Guru ni duk perhati saya siang malam. Bila la Sanusi ni nak mai jumpa”. Itu ucapan sempoi MB ketika mula-mula dapat bertemu Ayah Chik baru-baru ini. Ayah Chik tertawa mendengarnya. Kami pun sama, masing-masing tertawa.Sepanjang hampir 2 jam pertemuan MB dan Harian PAS Kedah bersama Ayah Chik, Ayah Chik sungguh ceria. Bahkan, Ayah Chik pula yang paling banyak bercerita.Kadang kala kami serius, menumpukan perhatian dan mencatat isi-isi penting ucapan Ayah Chik. Kadang kala kami tertawa bila mendengar Ayah Chik berjenaka dan berseloroh.Biasanya, kalau Ayah Chik banyak bercakap, itu tanda moodnya baik. Apatah lagi kalau berseloroh berjenaka, itu confirm Ayah Chik memang happy dan seronok!Maksudnya, Ayah Chik sangat seronok menerima kunjungan MB dan kami semua. Alhamdulillah.Di hujung pertemuan, kami dihidangkan dengan masakan istimewa, nasi Arab kambing. Kambing itu Ayah Chik sendiri yang sembelih, waktu awal pagi, sebelum kami datang.Nasi arab tu pula, anak menantu Ayah Chik sendiri yang gotong-royong memasak untuk kami! Bukan tempah kedai tau, masak sendiri dekat dapur rumah!Terharu sungguh! Begitu bersungguhnya Ayah Chik seisi keluarga melayan MB dan kami rombongan PAS Kedah.MB bersungguh untuk datang. Ayah Chik pula bersungguh untuk menyambut.Begitulah kemesraan Ayah Chik, MB dan kami semua. Kemesraan ini bukan perkara yang boleh dibuat-buat. Ianya terpamer daripada kemanisan perjuangan dan ketulusan hubungan. Tiada agenda peribadi, tiada matlamat untuk diri sendiri. Yang ada hanyalah keikhlasan perjuangan.Terima kasih Ayah Chik atas saat-saat yang indah ini. Seindah senyuman Ayah Chik. Sangat bermakna buat kami.AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Catatan selepas pulang dari Rusila – HARAKAHDAILY 9/6/2020
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/pertemuan-mb-kedah-dengan-presiden-pas.html